Anda di halaman 1dari 1

CIRI-CIRI MURID CEMERLANG

Yang dihormati para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya
ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya ingin menyampaikan
syarahan yang bertajuk ‘Ciri-Ciri Murid Cemerlang’.

Dasawarsa ini , semua murid bersaing untuk menjadi pelajar


cemerlang. Antara ciri murid cemerlang ialah cemerlang dalam
akademik. Akademik merupakan kayu pengukur untuk menentukan
tahap kecemerlangan seseorang murid. Seseorang murid mestilah
tekun belajar untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

Selain itu, murid cemerlang haruslah mempunyai daya


kepimpinan yang mantap . Contohnya, murid cemerlang tidak akan
berasa gusar apabila perlu menyampaikan ucapan di perhimpunan.
Murid hendaklah mematuhi peraturan sekolah. Misalnya beratur
semasa membeli makanan di kantin.

Seterusnya, seseorang murid cemerlang perlulah


mempunyai sahsiah yang cukup baik. Sahsiah yang baik
mencerminkan bahawa seseorang murid itu beradap. Contohnya,
murid haruslah menghormati guru dan menjaga kebersihan
sekolah.

Di samping itu, murid cemerlang juga mempunyai


kecergasan . Seseorang pelajar cemerlang akan bergiat aktif dalam
sukan dan kokurikulum .

Kesimpulannya, kita haruslah berusaha dengan


bersungguh- sungguh agar dapat menjadi murid cemerlang dalam
semua bidang.

Anda mungkin juga menyukai