Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan ketibaan Yang berusaha Tuan Norsiah bt Mohd

Josli, penolong PPD Hal Ehwal Murid, Daerah Kota Setar.


 VIP BERADA DI PADANG
 UPACARA TABIK HORMAT

1. Yang berusaha Tuan Norsiah bt Mohd Josli, penolong PPD Hal


Ehwal Murid, Daerah Kota Setar, Kem Komandan, barisan
jurulatih, pembantu-pembantu jurulatih dan seterusnya rakan
peserta sekalian.
2. AssalamualaikumWarahmatullahhiWabarakatuh dan salam
sejahtera. Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana limpah
kurnianya dapat kita bersama-sama menjayakan Majlis
Perasmian Penutupan Kursus Pemakaian Pangkat Koperal TKRS
Peringkat Daerah kota Setar bagi tahun 2018. Bagi memberkati
majlis kita pada hari ini dijemput Kadet
____________________________________untuk bacaan doa.
3. Terima Kasih diucapkan kepada Kadet
_______________________________ atas bacaan doa itu tadi.
4. Bagi meneruskan majlis, dijemput Kem Komandan, Mohd
Shukri bin Jahaya , bagi menyampaikan laporan kem Kursus
pemakaian pangkat koperal TKRS peringkat Daerah Kota Setar
2018.
5. Terima Kasih Tuan.
6. Kini tibalah masanya untuk penyampaian sijil. Majlis
menjemput kem Komandan, Mohd Shukri bin Jahaya bagi
mengiringi Yang berusaha Tuan Norsiah bt Mohd Josli,
Penolong PPD Hal Ehwal Murid, Kota Setar, untuk
menyampaikan sijil pentauliahan pangkat koperal. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Dijemput:
Kadet ....................................................
Berikut diumumkan penerima anugerah kadet putera dan puteri
terbaik.
7. Anugerah kadet putera terbaik disandang oleh Koperal
Muhammad Adli bin Ibrahim dari Sek. Kebangsaan Haji
Ismail.

8. Anugerah kadet puteri disandang oleh Koperal


Salmi binti Othman dari Sek. Kebangsaan Alor Janggus

9. Jutaan terima kasih kepada Tuan Norsiah bt Mohd Josli,


Penolong PPD Hal Ehwal Murid, Daerah Kota Setar .

10. Tahniah dan syabas kepada semua kadet yang telah


menyertai Kursus Kenaikan Pangkat Koperal TKRS Peringkat
Daerah Kota Setar 2018.
11. Tanpa melengahkan masa, dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan yang berusaha Tuan Norsiah bt Mohd
Josli, penolong PPD Hal Ehwal Murid, Daerah Kota Setar untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis
penutupan kursus pemakaian pangkat Koperal TKRS peringkat
Daerah Kota Setar 2018. Dengan segala hormatnya di
persilakan .

12. Tamatlah sudah majlis kita. Dijemput Kem Komandan Tuan


Mohd Shukri bin Jahaya mengiringi Tuan Norsiah bt Mohd Josli,
untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai