Anda di halaman 1dari 3

Nik : Hey semua, saya ada benda nak bagitahu kamu.

Apakah kamu semua tahu pada tahun ini dalam


media sosial sering memaparkan masalah kesihatan yang berlaku di negara kita khususnya dalam
kalangan pelajar.

Atika: Ooo yaa, saya juga ada terbaca dalam surat khabar baru-baru ini tentang masalah ini. Semakin
hari ia semakin teruk, dan apa yang saya tahu kesihatan ini bukan hanya tertumpu kepada kesihatan
fizikal sahaja, tapi ia juga termasuk dengan kesihatan mental .

Jai: Ohh betul kew ?? maafkan saya, saya sibuk dengan perniagaan saya. Jadi saya tidak mengambil tahu
sangat tentang isu semasa. Tapi saya setuju yang atika baritahu tadi. Kesihatan ini terbahagi kepada dua
kan ? iaitu kesihatan dari segi fizikal dan mental kerana saya pernah membacanya dalam buku.

Nik: Ya, betul apa yang kamu beritahu itu. Kesihatan ini terbahagi kepada dua iaitu kesihatan dari segi
fizikal dan mental. Kesihatan fizikal ini mengenai kesihatan tubuh badan kita manakala kesihatan mental
ini pula mengenai pemikiran seseorang itu. Adakah kamu semua faham ?

Atika/jai yaaa we understand now .

Atika : kebetulan pula , btw saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai anak saudara saya. Anak
saudara saya pernah mengalami masalah tekanan perasaan pada ketika dahulu, dia tertekan disebabkan
oleh masalah peribadi yang dia hadapi ketika belajar dahulu. Kesan daripada masalah yang di hadapi
itu, perlakuannya menjadi berubah, kalau dahulu dia seorang yang seorang periang , tetapi di sebabkan
tekanan perasaan yang dia hadapi. Dia mula tidak suka bergaul dengna orang lain , dia lebih suka
bersendirian.

Jai : ouhh betul ke ni atika ? saya turut bersimpati dengan dia. Jadi ? macam mana dengan keadaan anak
saudara awak sekarang ? adakah dia sudah pulih ? hm saya juga ada anak saudara yang ramai.
Semuanya aktif dan periang. Saya tidak boleh bayangkan kalau masalah ini terjadi kepada ahli keluarga
saya sendiri .

Atika: hahah ya I understand, syukur keadaan dia sekarang sudah stabil. Kalau dahulu, dia sering
mengelakkan diri daripada berjumpa dengan orang walaupun dengan keluarganya sendiri. Namun kami
semua telah membawa dia pergi berjumpa dengan kaunseling pada setiap 2 minggu sekali. Dan akhirnya
keadaan dia semakin hari semakin baik. Dan sekarang dia fikiran dia tidak lagi kusut dan dia sudah dapat
berfikir dengan baik .

Nik: wahh syukur sangat anak saudara dah kembali normal. Btw saya memuji tindakan yang keluarga
kamu lakukan. Memang wajar untuk membawa dia pergi ke kaunseling. Banyak kebaikannya bila kita
pergi mendapatkan nasihat kaunseling. Kaunseling ini mempunyai kemahiran dalam psikologi, jadi dia
lebih arif dalam menyelesaikan seseorang yang mengalami masalah seperti masalah kesihatan mental
ini

Jai: Ya bersyukur sangat anak saudara kamu dan kembali normal. Saya gembira mendengarnya. Tapi
semua. Saya pernah terbaca dalam artikel yang mengatakan, selain daripada masalah tekanan perasaan
yang sering berlaku dalam kalangan pelajar. Pelajar juga mengalami masalah kesihatan fizikal iaitu
mempunyai berat badan yang melampau. Kebanyakan pelajar sekolah mempunyai berat badan yang
melebihi paras normal dan ini menyebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai keyakinan diri untuk
aktif seperti pelajar lain. Adakah betul apa yang saya katakan ini nik ?

Nik: Yaa jai , saya sangatlah setuju apa yang kamu katakan itu. Golongan pelajar ini selalunya suka
makan-makanan yang tidak berkhasiat , itu adalah faktor utama berat mereka bertambah. Hehe and
untuk pengetahuan kamu semua. Saya juga pernah tergolong dalam kategori yang mempunyai berat
badan yang melebih tahap normal ketika sekolah pada waktu dahulu

Atika: hahaha betulkah nik ? saya tak tahu pula yang dahulu kamu ini seorang yang gemuk. Tapi
bagaimanakah awak dapat menguruskan badan awak sekarang ? setahu saya, orang yang gemuk ini
susah untuk membuang lemaknya, ia memerlukan usaha yang kuat dan berterusan .

Jai: Ya tepat atika. Ramai kawan2 saya yang cuba untuk menguruskan badan dengan mencuba pelbagai
produk tapi masih tidak berjaya. Macam manakah kamu dapat menguruskan badan kamu, boleh kamu
cuba bagitahu kami semua apa rahsia kamu ? hehehe

Nik: haha tiada rahsia apa-apa pun. Untuk kekalkan kesihatan fizikal khususnya dalam mengawal atau
menurunkan berat badan ini. Kamu perlu melakukan senaman secara kerap, ramai yang ingin kurus
tetapi malas nak bersenam , mereka hanya makan supplement sahaja tapi tidak bersenam. Oleh sebab
itu lah mereka tidak dapat mengawal berat badan mereka.

Jai: ya betul tuh nik, saya setuju dengan apa yang awak katakan itu. Kalau kita hanya makan ubat, tetapi
tidak bersenam. Bagaimana lemak dalam tubuh boleh dipecahkan. Betul tak ? tapi boleh kamu detailkan
lagi senaman secara kerap yang kamu lakukan itu ? saya kurang mengertilah

Atika: oohh sokey nik, saya akan cuba terangkan ini kepada jai . Macam ni jai , apa yang nik katakan tadi
mengenai bersenam secara kerap ialah kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Contohnya melakukan aktiviti berbasikal atau mendaki bukit. Dengan ini lemak dalam badan dapat
dipecahkan.

Nik: Yaa betul tu atika, saya dulu menggunakan kaedah berbasikal, setiap hujung minggu saya akan
berbasikal bersama abang saya di kawasan kampung. Dan bersyukur lama kelamaan berat saya semakin
menurun . selepas berat saya mencapai tahap yang oukey. Saya semakin aktif dan mula untuk turut
serta pelbagai program yang dianjurkan di sekolah. Saya juga berasa semakin yakin untuk berkomunikasi
dengan orang lain . kalau sebelum itu, saya sangat malu untuk bergaul.

Jai: ouhh begitu ceritanya . baru saya faham. Tahniah untuk awak kerana begitu berusaha untuk
menurunkn berat badan hehe. Kalau tidak, mungkin awak masih tiada keyakinan diri untuk bercakap
dengan kami semua kan hehe. Btw gais , saya ada terbaca dalam artikel yang mengatakan bahawa
kebanyakan pelajar suka tidur lewat malam, ini menyebabkan masa rehat pelajar itu tidak cukup , ia
boleh menyebabkan pelajar itu mengalami sesuatu penyakit. Contohnya demam dan selesema .

Atika: ya betul tuh , saya setuju dengan apa awak katakan itu jai. Tapi, saya ingin menambah sedikit,
Apabila pelajar itu kurang rehat. Kesan kepada dia juga akan mengakibatkan dia mengalami tekanan
mental. Kerana otak manusia memerlukan masa untuk berehat. Dia tidak akan dapat focus masa cikgu
mengajar, dia akan merasa penat . oleh itu , cara untuk mengatasinya ialah dengan tidur dan rehat yang
secukupnya. Dengan tidur, otak akan dapat rehat dan tubuh badannya dapat mengembalikan tenaganya
kembali

Nik: ya betul itu, saya juga pernah mengalami masalah yang sama, apabila kita penat. Kita tidak akan
dapat focus dalam pelajaran. Btw gais, saya rasa setakat ini sahaja perbincangan kita. Kerana saya perlu
pergi teman mak saya ke pasar . hehe

Jai: hehe oukey nik, btw thank you gais untuk penerangan pasal ini

Atika: hahah oukey nik , saya juga ada hal yang perlu dilakukan ini . nanti kita berborak lagi . hehe

Nik: Bhai gaiss.. see you next time

Atika/jai : haha bhaii2

Anda mungkin juga menyukai

  • Bi
    Bi
    Dokumen3 halaman
    Bi
    amzair
    Belum ada peringkat
  • Bi
    Bi
    Dokumen3 halaman
    Bi
    amzair
    Belum ada peringkat
  • Resepi 2
    Resepi 2
    Dokumen4 halaman
    Resepi 2
    amzair
    Belum ada peringkat
  • Otak Remaja
    Otak Remaja
    Dokumen3 halaman
    Otak Remaja
    septi
    Belum ada peringkat