Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu hari, Zainab pulang ke rumah bersendirian.

Dalam perjalannya, Zainab mengalami


kemalangan jalan raya kerana kereta yang melanggarnya hilang kawalan. Aminah yang berjalan di
belakangnya melihat kemalangan itu, lalu dia menelefon ambulan. Aminah membawa Siti
bersamanya untuk melawat Zainab di hospital. Berikut adalah perbualan antara mereka semasa di
hospital.

Aminah : Assalamualaikum, apa khabar? Bagaimana perkembangan kesihatan awak pada hari ini?

Zainab : Waalaikummussalam. Alhamdulillah, saya semakin sihat. Terima kasih kerana sudi datang
melawat saya di sini.

Aminah : Ini kawan saya. Siti namanya. Dia merupakan jiran saya.

Siti : Hai Zainab. Semoga awak cepat sembuh.

Zainab : Hai Siti. Terima kasih juga sudi melawat saya.

Siti : Boleh saya tahu bila dan di mana kemalangan itu berlaku?

Zainab : Boleh. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu, saya berjalan seorang diri pulang
ke rumah setelah tamat waktu persekolahan.

Aminah : Kebetulan, saya sedang berjalan dibelakang Zainab dan melihat kejadian kemalangan
tersebut.

Siti : Subhanallah. Bagaimana boleh berlaku kemalangan itu?

Zainab : Sebenarnya, saya ingin melintas jalan. Tiba-tiba datang satu kereta dan kereta itu hilang
kawalan. Kejadian ini berlaku sekelip mata sahaja dan saya sendiri tidak tahu bagaiman boleh terjadi.

Aminah : Apa kecederaan yang awak alami setelah diperiksa oleh doctor?

Zainab : Saya mengalami kecederaan di bahagian kaki. Kaki kiri saya patah. Ia mengambil masa yang
lama untuk sembuh. Hampir seluruh badan saya mengalami luka dan calar-balar.

Siti : Syukurlah awak masih selamat. Saya harap awak lebih berhati-hati selepas ini.

Aminah : Saya doakan awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah seperti biasa.

Zainab : Terima kasih Aminah dan Siti kerana sudi menjenguk saya di sini. Kirim salam saya pada
kawan-kawan lain di sekolah.

Aminah : Sama-sama. In shaa Allah, saya akan datang melawat awak lagi bersama kawan-kawan
yang lain.

Siti : Kami minta diri dulu. Semoga awak cepat sembuh. Assalamualaikum.

Zainab : Waalaikummussalam.

Anda mungkin juga menyukai