KOKURIKULUM
Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang dalam bidang masing-masing.
Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.
Kelab / Persatuan
Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
Pengurusan
Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti
setiap rumah.
Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju mengadakan program khas untuk mereka.
SETIAUSAHA SUKAN
Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD, MSSS, MSSM.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan
dan rekod.
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan
Sekolah.
Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran.
Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran
dan kelicinan pelaksanaan.
GURU PERMAINAN
Membentuk Jawatankuasa
Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi
untuk digunakan.
Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil
Negeri dan Negara.
Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan failkan
Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
o
Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.
Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di Bilik
Bimbingan dan Kauseling.
Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod
Mengumpulkan Laporan Tahunan dan Buku Kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod
Kokurikulum sekolah.
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras untuk
simpanan dan rekod.
Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.
Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan
sebagai wakil sekolah.
Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan. Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.
Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.