Anda di halaman 1dari 1

Sekolah Kebangsaan Sentosa,Sibu

Latihan Fizikal Permainan Badminton dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

JENIS-JENIS LATIHAN
Latihan Fizikal
Latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang
ulang dan beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan
penyesuaian diri. Tujuan utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki
dan meningkatkan komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri
daripada mengalami kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan
apabila atlit memiliki koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan
badan yang stabil dan tidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang
dirancang dan dijalankan secara bersistematik dapat membantu para atlit meningkatkan
prestasi. Semasa menjalani latihan fizikal ini atlit-atlit harus mengetahui secara mendalam
prinsip-prinsip latihan supaya apa yang dilaksanakan nanti berkesan dan memberi manfaat
pada diri sendiri.

Prinsip-prinsip Latihan
a. Memanaskan badan
b. Ansur Maju
c. Intensiti
d. Spesifisiti (Pengkhususan)
e. Kekerapan latihan
f. Masa latihan
g. Jenis-Jenis Latihan Kecergasan :

- Latihan Litar - Latihan Tekanan


- Latihan Fartlek - Latihan Bebanan
- Latihan Jeda - Latihan Plyometrik
- LSD (Long Slow Distance)

Anda mungkin juga menyukai