Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN

KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


SJK (T) LADANG SUNGAI CHOH, RAWANG

NAMA PELAJAR :THILAKA MUNIYANDI


PROGRAM : PPG PSV2 (SEMESTER 6) 2014
NAMA SEKOLAH : SJKT LADANG SUNGAI CHOH, RAWANG.
NAMA PROJEK : PROJEK KECERIAAN PUSAT SUMBER
TEMPOH PELAKSAAN : 26.03.2014 (RABU) DAN 05.04 . 2014 ( SABTU)

PENDAHULUAN

Perpustakaan merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi para
murid dan guru, SJKT Ladang Sungai Choh. Antara peranan penting pusat sumber
adalah membentuk kerjaya perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan
berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan
peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama serta
membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu
supaya dapat memainkan peranan positif. Sekadar mempunyai pusat sumber sahaja
tidak cukup untuk memupuk minat para murid untuk belajar, malah adalah wajar
menyediakan persekitaran dan kemudahan yang bagus. Keceriaan pusat sumber
sekolah adalah matlamat utama kumpulan bagi dengan sokongan pihak penguasa dan
pentadbiran SJKT Ladang Sungai Choh.

RASIONAL

Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmu terhadap warga


SJKT Ladang Sungai Choh, keadaan persekitaran pusat sumber yang cantik dan
kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik para pengguna dan pembaca untuk
melawat dengan lebih kerap. Keadaan keceriaan ini dapat membantu menambahkan
lagi populasi pembaca dan golongan yang berilmu.

OBJEKTIF

 Menceriakan pusat sumber dengan menambahkan bahan keceriaan seperti


‘sudut bacaan’ yang direka khas berdasarkan konsep sebuah taman.
 Mengoptimumkan penggunaan pusat sumber sekolah dikalangan warga SJKT
Ladang Sungai Choh.
 Membentuk wajah baru pusat sumber yang lebih baik dan selesa.
 Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian
 Menjadi tempat santai yang berilmu di kalangan murid-murid .

TEMA

“Pusat Sumber Yang Ceria, Menjana Kejayaan Minda Cemerlang”

STRATEGIK PELAKSANAAN

Pada mulanya saya bergabung dengan kumpulan pelajar ambilan Feb 2012 dan
berbincang untuk menjalankan projek keceriaan Pusat Sumber sekolah ini. Kami telah
mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa sekolah untuk menjalankan projek
keceriaan ini. Ahli kumpulan kami adalah seramai 5 orang.

Seterusnya kami telah membentuk satu jawatankuasa dan mengagihkan aktiviti


kerja keceriaan sesama kami. Seterusnya, kami merangka kertas kerja sehubungan
dengan projek ini dan menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek ini yang
berlokasi di pusat sumber. Selepas mendapat pengesahan daripada guru besar, kami
telah membuat pengumuman rasmi di perhimpunan sekolah bagi para murid yang
menjawat jawatan pengawas pusat sumber, supaya penglibatan mereka adalah amat
dialu-alukan bagi menceriakan lagi suasana dan mempercepatkan projek ini hasil
daripada tenaga kerja yang ramai. Berikut adalah jadual pengagihan tugasan.

Nama Guru Tugasan AJK Kerja Perasmian


PN.SUNDHARI KECERIAAN DINDING & JURUKAMERA
MEJA
PN.V.KALAIVAANI MELUKIS & MEWARNA PERALATAN
MURAL
PN.K.SARASWATHY KECERIAAN PINTU & RAK MAKANAN
BUKU
PN.M.SUGANTHI MELUKIS & MEWARNA BUKU PROGRAM
MURAL
PN . THILAKA MEWUJUDKAN SUDUT BUKU PROGRAM
BACAAN
PN.S.RADHA MEMBENTUK KATA-KATA PENGURUSAN MURID
KHIDMAT

Sepanjang kejayaan projek ini, kami telah membantu antara satu sama lain
dengan bantuan pengawas pusat sumber dan kami sedar bahawa komunikasi
dikalangan kami menjadi faktor utama kejayaan projek ini. Pada penghujung projek ini,
kami telah menjemput pensyarah untuk merasmikan projek ini dan berdasarkan komen
yang telah diberikan oleh pensyarah, kami telah memperbaiki lagi hasil kami dengan
idea baru.

AKTIVITI DAN KOLEKSI GAMBAR KECERIAAN PERPUSTAKAAN

Sebelu Selepas
m
Sebelu Selepas
m
Sebelu Selepas
m
Sebelu Selepas
m
Lain-lain

KESIMPULAN
Secara keseluruhan, projek ini dapat dilaksanakan dengan baik.semoga projek ini dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Disediakan oleh,

_____________________________

(THILAKA MUNIYANDI)

Anda mungkin juga menyukai