Anda di halaman 1dari 8

BICARA BERIRAMA

BARIS 1 Assalamualaikum
BARIS 2 Salam Sejahtera
BARIS 3 Salam 1 Malaysia
SEMUA Indah Tutur Bahasa
Manis Berirama
Mencuit Jiwa
Dari Kami
Bangsa Merdeka
Seiring Bersama
M1 Uhuhuuhuuuuuuu *Menangis*
Kenapa Menangis?
Janganlah Menangis.
Itulah.

Orang Suruh Belajar Rajin-Rajin,


Tak Nak Belajar Rajin-Rajin.
Sekarang, Siapa Yang Susah Hati?
Pasal Upsr Ke?
Cikgu Datang!
Cikgu Datang!
Syyyyyyy
Syyyyyyy
Syyyyyyy
Bangun Semua
Selamat Pagi Cikgu
Faizal Tahir?
Faizal Tahir!
Faizal Tahir
Assalamualaikum Dunia
Bangunlah Semua
Lihatlah Pada Diri Kita, Semua Serupa
Damailah Manusia, Kita Bersaudara
Assalamualaikum Dunia
Assalamualaikum Dunia
Selamat Pagi Cikgu
Murid-Murid
Cikgu Ada Pengumuman
Cikgu Ada Khabar Gembira Untuk Semua
Hah?!
Aktiviti Selepas Upsr Ini
Kita Akan Pergi, Cuti-Cuti Malaysia
Kita Akan Pergi Berkelah
Horayyyy *Gerakan Tangan Gembira*
Cuti-Cuti Malaysia
Cuti Rehat Kan Minda
Murid-Murid Riang Ria
Bercuti Melihat
Alam Sekitar
Hari Itu Kan Cikgu
Keluarga Kami Pergi Bercuti
Kami, Pergi Ke Sungai
Sungai?
Sungai Mana?
Kalau Pergi Sungai
Boleh Memancing *Pancing Ke Kiri*
Boleh Berenang
Swish
Swish
Swish
Tiba-Tiba Kan Cikgu
Tolooooong!
Tolooooong!
Tolooooong!
Cikgu
Tolong
Cikgu
Tolong
Ada Orang Lemas
Awak Kat Mana?
Awak Awak Kat Mana?
Awak Kat Mana?
Awak Awak Kat Mana?
Sini Hoiiiii
Tolooooong
Saya Yang Lemas
Hish!
Kalau Tak Tahu Berenang Tu,
Janganlah Main Air Sungai
Masalahnya...
Saya Bukan Lemas Air
Habis?
Saya Lemas Sebab Sampah Banyak Sangat!
Hah?!
Sampah?
Kotornya!
Eewwww
Dah Kotor, Macam Manalah Nak Memancing Ikan
Ikan Ooo Ikan
Kenapa Tak Mahu Timbul?
Macam Mana Aku Nak Timbul
Air Hitam Sangat!
Air Kotor Sangat!
Air Ooo Air
Kenapa Kotor Sangat?
Macam Mana Aku Tak Kotor
Buang Sampah Sini
Buang Sampah Sana
Buang Sampah Merata-Rata
Sana Sampah
Sini Sampah
Di Mana-Mana Pun Ada Sampah
Sungai Tersumbat
Harus Jaga-Jaga
Cikgu Dah Ajar
Ibu Bapa Dah Pesan
Menteri Dah Kata
Jangan Buang Sampah Merata-Rata
Mereka Pula Kata....
Nanti.... Orang Tak Ada Kerja
Sampah Oo Sampah
Kenapa Engkau Banyak?
Macam Mana Aku Tak Banyak
Manusia Malas Sangat!
Manusia Malas Sangat!
Pergi Berenang Di Dalam Sungai
Pergi Berenang Bersama Keluarga
Kita Perlu Menjaga Sungai
Agar Ia Terpelihara Sentiasa
Tak Naklah Pergi Sungai
Baik Pergi Lawat Tempat Lain
Cikgu! Cikgu! Kita Pergi Lawat Bandar Besar.
Kita Pergi Tengok Pusat Membeli-Belah.
Bouelevard!
The Spring!
City One!
Tengok!
Kat Atas Tu!
Apa Tu?
Kapal Terbang!
Bukan!
Helikopter!
Bukan!
Itu Menara Berkembar Petronas
Jom Kita Lawat Klcc!
Jom Jom Jom
Jom Heboh Heboh
Fuhhhhhh
Panasnya
Panas!
Panas!
Panas!
Uhuk! Uhuk!
Banyaknya Asap.
Banyaknya Kenderaan.
Udara Kita Semakin Tercemar.
Aduh! Peningnya Kepala Aku.
Mana Perginya Semua Pokok Hijau?
Mana Perginya Udara Yang Segar?
Inilah Dunia Moden
Ya! Dunia Moden!
Arus Modenisasi Mengalir Deras
Negara Maju Jadi Dambaan
Ekonomi Mekar Berkembang
Tapi Sayang,

Sayang
Kalau Nak Melintas Jalan Tu
Pandang Kanan
Pandang Kiri
Pandang Kanan
Pon ! Pon!
Hoi!
Jalan Cepat Hoi!
Tak Pandai Bawa Kereta Ka?
Gostan! Gohed!
Gostan! Gohed!
Lesen L Ka?
Apa? Tak Dengarlah.
Haiyaaaa...
Bisingnya. Tak Boleh Dengarlah.

Janganlah Menjerit!
Awak Tu Janganlah Menjerit!
Hoi Diamlah!
Kau Diam!
Kau Diam!
Kau Diam!
Ayoyo...
Ini Macam Bila Mau Habis.
Hidup Di Bandar Besar Memang Begitu.
Diam Di Kawasan Kilang Pun Sama.
Kita Terdedah,
Dengan Pencemaran Bunyi.
Kita Seharusnya Berbangga
Menjadi, Rakyat Malaysia
Kerana
Tempat Pelancongan Kita
Antara Yang Terbaik Di Dunia
Sipadan, Pulau Tercantik Di Dunia
Pulau Sipadan Tempat Menyelam
Pulau Pangkor Indah Nian
Pulau Tioman Sang Puteri Berendam
Pulau Kera Indah Menawan
Eh! Eh!
Ada Ke Pulau Kera?
Ada.
Asal Usul Pulau Kera Kan,
Dari Puteri Sejinjang.
Lagu:
Puteri Santubong
Puteri Sejinjang
Menjaga Gunung Negeri Sarawak
Mana Sik Ada Dapat Dilawan
Anak Dak Dewa Turun Kayangan
Gua Mulu Dan Gunung Kinabalu
Khazanah Terpelihara Sejak Dahulu
Kami
Generasi Anak-Anak Muda
Akan Memastikan
Flora Dan Fauna
Kekayaan Alam Sekitar Kita
Akan Kami Pelihara
Sebagai Tinggalan
Generasi Akan Datang
Mari
Ayuh
Kita Bersama-Sama
Selamatkan Alam Sekitar Kita
Jadikan Bumi Ini
Tempat Yang Selamat Dan Selesa
Untuk Kita Duduki
Satu Suara
Satu Harapan
Satu Dunia
Kekuatan Sesuatu Negara
Dapat Digambarkan
Melalui
Amalan Kebersihan
Oleh
Masyarakatnya
Lihat Saja…
Singapura!
Colombia!
Switzerland!
Norway!
Canada!
Perancis!
Jepun!
Bukti Kebersihan Negara Mereka
Tetap Berupaya
Menjadikan Mereka
Masyarakat
Yang
Berdaya Saing!
Maju!
Dikagumi!
…Seantero Dunia.
Boleh Ke Kita Ikut Jejak Mereka?

Boleh!
Yakin Boleh!
Bagaimana?

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang


Yang Bulat Tak Datang Bergolek
Yang Pipih Tak Datang Melayang
Bulat Air Kerana Pembetung
Bulat Kata Kerana Muafakat
Yang Bulat Tak Datang Bergolek
Yang Pipih Tak Datang Melayang
Bulat Air Kerana Pembetung
Bulat Kata Kerana Muafakat

Anda mungkin juga menyukai