Anda di halaman 1dari 1

Yang berusaha Tuan Haji Abdul Rasid Bin Ariffin, Guru Besar SK Tajong Belanja.

Yang dihormati, Penolong Kanan Kurikulum, Encik Abdullah Radzi Bin Abbas,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Jamiah Binti Ahmad, Penolong Kanan
Kokurikulum Encik Abu Hasan Bin Mohamed, barisan guru-guru yang diraikan
seterusnya rakan-rakan yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke


hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat kita berhimpun pada hari
ini bagi meraikan insan yang telah berusaha keras, mengerah kudrat, memerah
keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru
berjasa yang amat kita sayangi.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, perlu kita ingat bahawa peranan guru bukan
sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak
kita semua. Justeru, sesuailah pemilihan tema pada tahun ini iaitu, “Guru Pemacu
Transformasi Pendidikan”.

Rakan-rakan sekalian, Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan
mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita
yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan
mereka dan amalkanlah tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita. Saya
juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang
mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh dengan
semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi. Terima kasih
cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati, selagi hayat
dikandung badan. Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran, segala salah laku
dan sesuatu yang mengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insan yang
masih memerlukan bimbingan daripada guru-guru semua. Semoga segala
pengorbanan guru ini akan menjadi amal soleh yang akan memberikan pahala yang
berterusan dan berkekalan.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membacakan beberapa bait kata
daripada sajak nukilan Usman Awang. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku, Budi yang diapungkan di dulang ilmu, Panggilan keramat "cikgu" kekal
terpahat, Menjadi kenangan ke akhir hayat. “Teachers that love to
teach.....Create kids that love to learn .... “Guru yang suka mengajar ....akan
melahirkan murid yang suka belajar” Akhir kata daripada saya, “Terima kasih
cikgu! “

Anda mungkin juga menyukai