Anda di halaman 1dari 2

1

LAPORAN AKTIVITI DI LEMBAH BUJANG,(PERAK) PADA 28.3.2018

Sebelum

Kami telah ditugaskan untuk melaksanakan satu aktiviti dengan kerjasama dua
universiti di bawah program sejarah ke Lembah Bujang. Oleh itu pada peringkat awal
kami telah melantik ahli-ahli jawatan kuasa bagi program sejarah untuk menguruskan
program ini seperti pengerusi, timbalan penerusi, setiausaha , bendahari serta ahli
jawatan kuasa yang berperanan menjalankan tugas-tugas sepanjang keberadaan kami
disana.

Hari pertama

Kami telah bertolak ke lembah bujang pada 8 pagi pada 28.3.2018 (jumaat)
dengan menaiki bas Universiti kebangsaan Malaysia. kami tiba disana sekitar jam 3
petang. Setibanya kami disana kami bersama pelajar-pelajar dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris membangunkan khemah untuk didiami sepanjang keberadaan
kami disana. Setelah siap membangunkan khemah kami diberikan masa untuk berehat
di dalam khemah dengan melakukan aktiviti sendiri. Selepas isyak kami diarahkan
berkumpul dan mendengar beberapa penerangan mengenai muzium lembah bujang
dan serba sedikit hal-hal berkaitan bidang akeologi sebelum bersurai.

Hari kedua

Hari kedua kami telah bertolak awal pagi ke muzium lembah bujang. Kami
sarapan di sana selepas melakukan senamrobik. Seterusnya kami telah dibahagikan
kepada kumpulan 1 sehingga 10 dimana didalam kumpulan tersebut terdiri daripada
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Aktiviti pertama di dalam kumpulan kami telah melihat satu persatu cara-cara
melindungi sesuatu aktifak dan proses-proses sesuatu artifak dijaga. Aktiviti
seterusnya kami bersama kumpulan ditugaskan untuk melakukan satu explores
dimana 10 cek point telah dibahagikan dan kami perlu menyelesaikan kesepuluh-
puluh cek point tersebut. Kami juga diberikan soalan-soalan pada akhir aktiviti
explores mengenai sejarah. Setelah itu kami telah dilepaskan untuk mencari bahan-
bahan untuk asingment kami. Kami telah menemu ramah penjaga muzium dan
mengambil beberapa gambar mengenai tugas yang diberikan pada kami terlebih
2

dahulu. Menjelang petang kami mula menaiki bas dan pulang ke tapak khemah kami.
Kami berkumpul kembali semasa makan malam dan setiap kumpulan perlu
melakukan persembahan. Setelah tamat persembahan kami bersurai.

Hari ketiga

Hari ketiga merupakan hari dimana kami siap sedia untuk pulang ke Universiti
kebangsaan Malaysia. Selepas sarapan kami telah dikumpulkan untuk melihat secara
pratikal bagaimana aktiviti-aktiviti proses cari gali dilakukan. Penerangan diberikan
oleh Dr Zul dan beberapa kakitangan. Setelah tamat kami kembali ke khemah dan
mengemas kawasan-kawasan khemah sebelum meninggalkan kawasan tersebut. Kami
telah bertolak sselepas makan tengah hari. Kami tiba di Universiti Kebangsaan
Malaysia sekitar jam 9 malam.

Anda mungkin juga menyukai