Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3

SEKOLAH BERRESTASI TINGGI


JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
16150 KOTA BHARU
KELANTAN

KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSFORMASI DIRI

“MINDA UNGGUL”

TARIKH

20 – 21 APRIL 2018

TEMPAT
SK Kubang Kerian 3

ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Dengan kerjasama

Unit Skuad Gemilang


1.0 MUQADDIMAH

Remaja merupakan generasi yang penting untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka
adalah golongan pemangkin kepada kecemerlangan dan keutuhan ummah. Ummah sesebuah tamadun
akan goncang jika jiwa para pemudanya gersang dari nilaian Islam dan modal insan yang sepatutnya.

Bagi membolehkan para pelajar mencapai kejayaan yang sebenarnya, jiwa pelajar juga mesti diisi
dengan roh rohani untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi melalui realiti kehidupan di
zaman ini.

Justeru itu, pendedahan program motivasi dan qiamullail amat penting kepada semua pelajar
yang ingin memperolehi kecemerlangan dalam tujuan hidup mereka.

Program ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi,
kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya melalui kesedaran yang wujud dari
dalam diri belia itu sendiri.

2.0 OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini, adalah diharapkan agar:

2.1 Melahirkan remaja yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar
kehidupan dunia dan akhirat.

2.2 Melahirkan pelajar yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan
tanggungjawab terhadap Allah, Diri, Keluarga, Bangsa, dan Negara.

2.3 Melahirkan pelajar yang soleh dan solehah yang menyedari tentang hakikat sebenarnya kepentingan
ibadah di dalam kehidupan.

2.4 Menyedarkan para peserta bahawa sikap negatif boleh menghalang kejayaan ianya perlu dikikis dan
diganti dengan sikap positif.
3.0 JUSTIFIKASI

Program dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar yang akan menduduki
peperiksaan yang terpenting dalam hidup mereka. Oleh itu, mereka perlu melakukan perubahan sikap
dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh.

a. SOLAT
Pendekatan solat dan pembentukkan akhlak yang berterusan kepada para pelajar yang sering lupa / lalai
dalam solat adalah sebagai usaha mengembalikan mereka kepada fitrah kejadian manusia yang asal
kejadiannya adalah baik. Personaliti muslim yang positif akan terbentuk daripada latihan-latihan melalui
ibadat wajib dan sunat terutama solat yang khusyuk. Ini selari dengan firman Allah S.W.T yang
bermaksud, ‘sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.’

b. PENYELESAIAN MASALAH
Satu bentuk kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Ianya penting dalam memahami dan
menganalisa penyelesaian terhadap masalah yang wujud melalui persekitaran pelajar melalui keluarga,
sekolah dan masyarakat.

c. MOTIVASI
Pelajar sering cuba menerangkan kejadian sesuatu tingkah lakunya dengan menggunakan pelbagai
luaran mahupun dalaman. Pelajar juga sentiasa ingin tahu mengapa sesuatu tingkah laku dipaparkan
oleh individu lain. Persoalan seperti “mengapa sesuatu tingkah laku itu dilakukan” atau “apa yang
mendorongnya untuk melakukan sesuatu” kerap ditanya kerana mereka mengharapkan penerangan
tentang sesuatu tingkah laku itu terutama sekali tingkah laku yang jarang mereka lihat berlaku dalam
masyarakat. Oleh itu, keperluan motivasi pelajar dan ibubapa harus diterapkan dalam program kali ini.

4.0 SASARAN

Semua murid tahun 6 (197 Orang)

5.0 TARIKH & TEMPAT

Tempat : Perkarangan SK Kubang Kerian 3

Tarikh : 20 April – 21 April 2018

6.0 AJK KERJA


Sila rujuk lampiran A

7.0 JANGKA MASA

Dua hari satu malam (2H1M)

8.0 JADUAL PROGRAM (Tertakluk kepada perubahan)

HARI HARI HARI

PERTAMA KEDUA
MASA

7 AM – 10 AM RIADAH PAGI + SLOT (BETULKAH


IBADATKU)

10 AM – 10.30 AM MINUM PAGI

10.30AM – 11.30PM SLOT TEKNIK BELAJAR

11.30 PM – 12.30 PM LDK 3 (CITA-CITA KU)

12.30 PM – 2 PM MAKAN TGH HARI & SOLAT

3 PM – 3.30 PM TAKLIMAT DAN ICE BREAKING LDK 4 SAHABAT SEJATI(KAWAN ATAU


LAWAN)

3.30 PM – 4.30 PM LDK 2 (KEKURANGAN & KELEBIHAN) SOLUSI & MAJLIS PENUTUP

4.30 PM – 5 PM SOLAT ASAR

5 PM – 6.45 PM SLOT : CIRI-CIRI PELAJAR HEBAT!

6.45 PM – 9 PM MKN MLM, SOLAT MAGHRIB & ISYA’

9 PM – 11 PM CERAMAH MUHASABAH “SUKSES


DUNIA AKHIRAT”

11 PM – 5 AM MINUM MALAM / REHAT

5 AM – 7 AM TAHAJJUD, SOLAT SUBUH & DHUHA /


SARAPAN PAGI
9.0 PENGENDALI PROGRAM / PENCERAMAH

 SAHABAT EMBUN HIDAYAH


Konsultan Motivasi & Qiamulail

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA BILANGAN RM SUMBER


1 MAKAN MURID 250.00
(MINUM PETANG)
20 April 218 197 ORANG PCG
2 MAKAN MURID MURID 250.00 KAUNSELING
(MINUM PAGI)
21 April 2018
JUMLAH 500.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan dengan terlaksananya program ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta dalam
meneruskan kehidupan seterusnya mendapatkan input yang terbaik ke arah melahirkan remaja dan belia
yang terbilang, kuat dan berjati diri pelapis harapan Negara. ”Andai inginkan kebahagiaan setahun
semailah benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun tanamlah pokok dan andai inginkan
kebahagiaan selama-lamanya didiklah manusia”. Semoga program yang dianjurkan kali ini menjadi asbab
titik permulaan perubahan kearah kebaikan berlaku kepada pelajar dan seterusnya mengharumkan
nama sekolah. IN SYA ALLAH.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

........................ .................................. ………………………


(Ab Halim B Mustappa) (Rozman B Mohd Zain) En Ahmad Shahir B Mohd Hasan
Setiausaha UBK Guru Kanan Pentadbiran Guru Besar
SK Kubang Kerian 3 SK Kubang Kerian 3 Sk Kubang Kerian 3
Tarikh:...................... Tarikh:..................... Tarikh :…………………

Lampiran A
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TRANSFORMASI DIRI : MINDA UNGGUL

PENGERUSI
En. Ahmad Shahir bin Mohd Hasan
(Guru Besar)

TIMB. PENGERUSI 1
En. Rozman bin Mat Zain
(Penolong Kanan Pentadbiran)

TIMB. PENGERUSI 2
En. Nik Zamri bin Nik Husin
(Penolong Kanan HEM)

TIMB. PENGERUSI 3
Pn. Azizom binti Ibrahim
(Penolong Kanan KoKurikulum)

PENYELARAS
En. Ab Halim bin Mustappa
Pn Norlida binti Mahmud

SETIAUSAHA
Pn. Norihan binti Mohd Zainun

BENDAHARI
Pn Hasmiros binti Mohd Lazim

AJK KERJA

Pn Norsyafira binti Ariffin En Rawi Bin Hamid


Pn Mazrah Binti Mohd Hassan En Mohd Nazri Abdullah
Pn Nazirah Binti Muhamad En Zaharude Bin
Pn Noor Hayati Binti Jamal Khan En Mohd Zain Bin Abdullah
Pn Noraizam Binti Haji husin Pn Nasrah Binti Mohd Nor
Pn Norzuraini Binti Yusoff En Mat Razali Hassan
Tg Normin Syah Binti Tg Mat En Muhammad Kamal Bin Ismail
Pn Rosliza Binti Yaacob Cik Nor Aziemah Binti Jefri

Anda mungkin juga menyukai