Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LOBAK

34310 BAGAN SERAI, PERAK

Telefon : 05-8395732 Faks : 05-8395953

“ MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj.Kami : SKCL 100-6/1//4( )


Tarikh : 13 FEBRUARI 2018
Pengurus
PLUS Expressways Berhad
Pejabat Seksyen N4
KM205.6 Lebuhraya Changkat Jering-Jawi
Simpang Dew,
34700 TAIPING

Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN AIR MINUMAN


DAN WANG TUNAI BAGI MENJAYAKAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKCL 2018

Perkara tertera adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sumbangan tuan telah dimanfaatkan untuk kegunaan temasya
tersebut.

3. Justeru, kami ingin merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih di atas
sumbangan tersebut. Semoga kerja sama ini akan berterusan demi melahirkan generasi murid yang
berkredibiliti dan berkualiti.

Sekian. Terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(JARIAH BINTI ZAINI)


Guru Besar
SK Changkat Lobak

Ckin/SKCL/021318
MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKCL
KALI KE 26/2018

Perkara tertera adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami akan menganjurkan temasya tersebut pada ketentuan
berikut:

Tarikh : 10 Februari 2018


Masa : 8.00-1.00 tengah hari
Tempat : Padang SKCL

3. Justeru, besarlah harapan kami agar tuan sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan
temasya tersebut.

4. Semoga sumbangan tuan akan meningkatkan semangat kesukanan dan kerja sama antara
penduduk dan warga sekolah demi menaikkan mutu sukan sekolah. Keprihatinan dan jasa baik tuan
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

.......................................................

Ckin/SKCL/021318

Anda mungkin juga menyukai