Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PEND.

JASMANI DAN KESIHATAN KALI 1 – 2015

SK CONVENT (1) BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Tarikh: 6 Januari 2015

Masa: 10.00 – 12.00 tengah hari

Tempat: 4 Delima

Kehadiran:

1. Cik Nur Iylia Amalina binti Mohd Zainuddin


2. Cik Nurul Izzati binti Izahar
3. Pn Siti Nor Raihan binti Jusoh
4. Cik Nor Aqidah binti Abu Bakar
5. Pn Nurul Akmal binti Ahmad Zaki
6. Pn Aniza binti Hamzah
7. Pn Nurizwa binti Pahrurrazi

Tidak hadir:

1. Pn Shobah a/p Arumugam

1. Ucapan pendahuluan
1.1. Ketua panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat Panitia
Pend. Jasmani dan Kesihatan kali pertama sesi 2014.
1.2. Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang
dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

2. Rancangan mengajar
2.1. Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis
dengan berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang
terkini dan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A) 531 Per
8 ].
2.2. Penyerahan soft copy DSKP Pend. Jasmani dan Kesihatan kepada guru-guru Tahun 5
seperti sukatan KSSR yang baharu.
2.3. Ketua Panitia menerangkan format penulisan Rancangan Pengajaran Harian sekurang-
kurangnya perlu ada tema, tajuk, sukatan pelajaran, objektif dan aktiviti.
2.4. Ketua Panitia menegaskan setiap guru mata pelajaran menyediakan hard copy
Rancangan Pengajaran Tahunan beserta buku rekod masing-masing.

3. Ujian SEGAK
3.1. Ketua panitia memaklumkan Ujian SEGAK mesti dijalankan 2 kali setahun iaitu pada
bulan 3 untuk penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2.
3.2. Ujian tersebut perlu direkodkan di dalam kad rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke
dalam aplikasi yang telah di sediakan.
3.3. Guru diberi penerangan oleh ketua panitia tentang cara-cara menilai kebolehan murid
bagi ujian SEGAK.

4. Anggaran perbelanjaan
4.1. Rujuk lampiran

5. Hal-hal lain
5.1. Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan
memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala
peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman peralatan.
5.2. Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi
mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk
setahun.
5.3. Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera
untuk proses membuat tempahan barang.

6. Ucapan penangguhan
6.1. Ketua panitia sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.
6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________________ _________________________
(NURUL IZZATI BT IZAHAR) (NUR IYLIA AMALINA MOHD ZAINUDDIN)
Setiausaha Panitia PJK Ketua panitia PJK

Anda mungkin juga menyukai