Anda di halaman 1dari 4

.‫السالم عليكم ورحمة هللا و بركاته‬.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Yang berusaha, En Shamsul Kamar b Abd Wahab,Guru Besar SK


LKTP Medoi

Yang dihormati, En Zolkifli Bin Muhamat , Penolong Kanan


Pentadbiran,
En Johari b M.Isa, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
En Mohd Nasir , Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, murid-murid sekalian..

....‫أهال و سهال و مرحبا بكم إلى مجليس ختم القرءان‬

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana
dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan
dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk
melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan
melalui program-program sebegini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan Ust Kamarulzaman untuk memimpin


bacaan doa.....dipersilakan.

#########

Amin..ya rabbal alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan
doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan
lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, En Shamsul Kamar


B Abd Wahab, Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-


aluan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Azali b Ismail
untuk memimpin Majlis Khatam Al-Quran dan Marhaban
kita pada hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

#########

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-


Quran kita pada hari ini.Namun, majlis kita masih belum selesai.

Acara seterusnya ialah penyampaian cenderahati bagi murid-


murid yang telah selesai mengkhatam Al-Quran.
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang berusaha En
Shamsul Kamar B Abd Wahab, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi
untuk menyampaikan sijil tersebut.Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan adik………………………………………………
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang b
erusaha En Shamsul Kamar B Abd Wahab, atas kesudian beliau
menyempurnakan penyampaian cenderahai sebentar tadi.

#########

seterusnya ialah penyampaian hadiah Pertandingan Ihya’


Ramadhan Majlis dengan segala hormat mempersilakan En zulkifli
bin muhamat, Guru Pk Pentadbiran Sekolah Kebangsaan LKTP
Medoi diiringi oleh GPK Koko, En Mohd Nasir
untuk menyampaikan sijil tersebut.Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan adik………………………………………………

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada En


zulkifli bin mohamad, atas kesudian beliau
menyempurnakan penyampaian hadiah itu tadi.

#########

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian barang Infaq


Ramadhan.Dengan ini, majlis dengan segala
hormat mempersilakan En Shamsul Kamar B Abd Wahab, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi diiringi oleh GPK HEM, En
Johari b M.Isa untuk tampil ke pentas
bagi menyampaikan barangan
tersebut.Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan adik………………………………………………

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang b


erusaha En Shamsul Kamar B Abd Wahab, atas kesudian beliau
menyempurnakan penyampaian barangan sebentar tadi.
Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya
mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Khatam al-
Qur’an, Infaq Ramadhan dan Agihan Bubur Lambuk bagi Tahun
2018, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita
pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita
semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada


salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan
membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah


wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi
Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Anda mungkin juga menyukai