Anda di halaman 1dari 11

1. Apakah tujuan utama alat pemadam api disediakan di dalam bengkel?

A Untuk memastikan pelajar dapat melakukan kerja amali


B Untuk memastikan tiada alatan tangan yang rosak atau hilang
C Untuk memadamkan kebakaran kecil
D Untuk memudahkan guru-guru mengajar secara berterusan

2. Antara berikut, tindakan yang manakah paling sesuai dilakukan apabila rakan kamu
terkena kejutan elektrik di bengkel?
A Menutup suis utama bekalan elektrik
B Mencabut plag peralatan elektrik yang menyebabkan kejutan elektrik
C Laporkan dengan segera kepada guru Kemahiran Hidup
D Menarik keluar rakan yang terkena kejutan elektrik

3. Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan alatan tangan rosak?


A Tidak disenggara dengan baik
B Disusun di panel alatan
C Digunakan mengikut fungsinya
D Digunakan secara berhati-hati

4. Apakah jenis bahan pemadam api yang sesuai untuk memadamkan api yang disebabkan oleh
tenaga elektrik?
A Air C Debu kering
B Buih D Karbon dioksida

5. Semasa melakukan tugas di bengkel, tangan Amirah terluka. Amirah perlu


membersihkan lukanya dengan menggunakan apa?
A Air C Iodin
B Antiseptik D Kapas basah

6. Apabila berlaku kejutan elektrik perkara pertama yang harus dilakukan ialah
A matikan suis utama bekalan elektrik
B melakukan pemulihan pernafasan
C mendapatkan bantuan
D mengalihkan mangsa kejutan dengan penebat

7. Antara perkara berikut, yang manakah perlu diamalkan semasa seseorang pelajar
bekerja di bengkel?
I Tidak merancang kerja yang dilaksanakan
II Tidak menumpukan perhatian semasa bekerja
III Bekerjasama dengan guru dan rakan
IV Mematuhi dan mengikuti tunjuk ajar guru
A I dan II C II dan III
B II dan IV D III dan IV

8. Pilih pernyataan yang benar tentang peraturan keselamatan di bengkel.


I Memakai apron bukan peraturan keselamatan bengkel
II Salah satu punca kemalangan ialah melanggar peraturan
III Pengguna bengkel mesti mematuhi semua peraturan
IV Memastikan semua pelajar bertali leher sebelum memasuki bengkel
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

1
9. Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai kotak pertolongan cemas?
A Kotak pertolongan cemas harus diletakkan di tempat yang mudah digunakan
B Labelkan semua ubat yang disimpan di dalam kotak pertolongan cemas
C Selalu periksa ubatan yang terdapat di dalam kotak pertolongan cemas
D Kuncikan kotak pertolongan cemas pada setiap masa untuk mengelakkan
kecurian

10. Mengapakah alatan tangan perlu disusun dengan kemas dan teratur di dalam
bengkel?
I Supaya alatan tangan mudah dicuci
II Supaya alatan tangan mudah diambil
III Supaya alatan tangan mudah dikesan
IV Supaya alatan tangan mudah dikawal
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

11 Azri tidak pernah memasuki bengkel tanpa kebenaran gurunya. Azri mengamalkan
salah satu amalan 4M iaitu __________________.
A menyusun atur C berdisiplin
B menilai D membersih

12 Apakah kegunaan jenis alat pemadam api kelas B?


A Memadam kebakaran natrium
B Memadam kebakaran kayu
C Memadam kebakaran elektrik
D Memadam kebakaran minyak

13 Mengapakah lantai bengkel perlu sentiasa kering dan tidak licin?


A Kerana lantai tidak perlu disapu
B Supaya pelajar dapat berlari-lari sambil membuat kerja
C Alatan tangan boleh diletakkan di atas lantai
D Dapat mengelakkan kemalangan daripada berlaku

14 Antara berikut, peralatan elektrik yang manakah boleh digunakan dalam kerja
pembersihan bengkel?
I Mesin gerudi
II Kipas angin
III Mesin penyedut hampagas
IV Mesin pemampat udara
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

15 Apakah yang perlu dilakukan sebelum menggunakan peralatan elektrik?


I Pakai kasut getah
II Pastikan tangan kering
III Gunakan semua peralatan elektrik yang terdapat di dalam bengkel
IV Biarkan suis terbuka sebelum kamu meninggalkan bengkel
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

16 Semasa membawa alat-alat tajam _________.


I rapatkan ia ke sisi tubuh badan
II matanya dihalakan ke lantai
III matanya diarahkan ke atas
IV jauhkan ia daripada tubuh badan
A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV

2
17 Antara peraturan berikut, yang manakah tidak sesuai dipatuhi semasa bekerja di
dalam bengkel?
A Memakai kasut getah dan apron
B Menyimpan semula alatan tangan
C Menutup suis mesin peralatan elektrik sebelum meninggalkan bengkel
D Melaporkan kepada pengetua jika berlaku kehilangan alatan tangan

18 Apakah etika kerja yang harus diamalkan oleh pelajar semasa di bengkel?
A Menyimpan alatan tangan dan bahan yang berlebihan tanpa pengetahuan guru
B Bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan diri sendiri
C Mematuhi peraturan yang diamalkan oleh sekolah
D Melakukan tugas walaupun tidak terdapat dalam jadual bertugas

19 Apabila berlaku sebarang kemalangan di dalam bengkel, apakah perkara pertama


yang perlu dilakukan?
A Melakukan rawatan dengan serta-merta
B Menghubungi ibu bapa pelajar tersebut
C Melaporkan dengan segera kepada guru
D Membawa pelajar untuk mendapatkan rawatan

20 Apakah alat keselamatan yang perlu ada di setiap bengkel Kemahiran Hidup?
I Alat pemadam api
II Buku kedatangan
III Kotak pertolongan cemas
IV Buku rekod penggunaan bengkel
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

21 Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud perniagaan?


A Kegiatan membeli barang dan perkhidmatan
B Kegiatan menjual barang dan perkhidmatan
C Kegiatan menjual dan membeli barang serta perkhidmatan
D Kegiatan membeli dan menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat
Untung

22 Antara berikut, kombinasi manakah yang betul tentang keperluan asas dan kehendak?

Keperluan asas Kehendak

A Dikehendaki untuk Diperlukan untuk terus hidup


kehidupan yang lebih selesa

B Terhad dan sama bagi semua Tidak terhad dan sukar dipenuhi
individu kesemuanya

C Berbeza antara setiap Sama bagi setiap individu


individu

D Manusia dapat terus hidup Manusia tidak dapat meneruskan


tanpa keperluan asas kehidupan tanpa kehendak

3
23 2 biji telur = seekor ikan atau 2 biji telur = 2 ekor ikan

Berdasarkan maklumat di atas, apakah masalah system barter?

A Barang sukar dibahagi

B Barang tidak tahan lama

C Kemahuan tidak serentak

D Kadar pertukaran sukar ditentukan

24 Mengapakah wang syiling dan wang kertas amat sesuai digunakan sebagai matawang?

A Mudah dicetak

B Diterima oleh orang tertentu

C Bahan yang digunakan mahal

D Nilainya stabil dan diterima umum

25 Antara berikut, yang manakah digunakan sebagai alat pembayaran masa kini?

I Kad pintar III Kad diskaun

II Kad pelajar IV Kad prabayar

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

26 Apakah kelebihan mesin peruncitan automatik?

A Muatan mesin ini terhad

B Keselamatan mesin ini tidak terjamin

C Pembeli dapat membeli semasa kedai lain tutup

D Mesin ini hanya menerima pecahan nilai tertentu

27 Mila melanggan majalah Mastika dari Syarikat utusan. Pihak syarikat menghantar
majalah kepadanya setiap bulan menggunakan perkhidmatan pos.

Berdasarkan maklumat di atas, apakah kaedah jualan yang dilakukan syarikat tersebut?

A Pesanan mel

B Jualan prabayar

C Mesin peruncitan automatik

D Sistem barter berasaskan wang

4
28 Apakah ciri ciri perniagaan masa akan datang?

I lebih cepat dan tepat

II syarat pinjaman yang lebih ketat

III lebih menyenangkan pelanggan

IV cara pembayaran yang lebih rumit

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

29 Antara berikut, yang manakah tergolong dalam perniagaan perkhidmatan?

A Pertanian – petani

B Pasar raya – peruncit

C Khidmat nasihat – peguam

D Pembinaan kapal – pengecat

30 X Y Peruncit Pembeli

Siapakah Y?

A Pasar raya C Pengilang

B Pemborong D Pembekal

31 Apakah yang sesuai di X?

A Gudang C Pengeluar

B Pusat beli belah D Perniagaan

32 Antara berikut, yang manakah eksport nyata Malaysia?

I Perabot Malaysia dijual ke Perancis

II Pelancong Jepun datang melawat Malysia

III Minyak kelapa sawit dieksport ke Pakistan

IV Pelajar Thailand melanjutkan pelajaran di UUM

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV

33 Apakah faedah perniagaan antarabangsa?

A Meningkatkan keperluan asas manusia

B Menghadkan pilihan barangan pengguna

C Meningkatkan mutu barangan keluaran tempatan

D Menyebarkan nilai dan budaya yang tidak sihat

5
34 Antara berikut, yang manakah benar tentang milikan tunggal?

A Menanggung liability tidak terhad

B Membayar cukai pendapatan yang tinggi

C Keuntungan diterima dalam bentuk dividen

D Bergabung kepakaran untuk memajukan perniagaan

35 Antara berikut, yang manakah jenis perniagaan milikan tunggal?

A Klinik Syafiq & Syafiqah

B Perniagaan Siti Bestari

C Penerbangan Malaysia Berhad

D Syarikat Zamrud Sendirian Berhad

36 Apakah kelebihan perniagaan perkongsian?

A Pekongsi mendapat pulangan dalam bentuk dividen

B Bebas menguruskan perniagaan mengikut idea sendiri

C Risiko perniagaan dapat disebarkan antara rakan kongsi

D Masa depan perniagaan tidak terjamin jika berlaku perselisihan

37 Encik Amirudin ialah seorang rakan kongsi yang menyumbangkan modal tetapi

tidak terlibat dalam menguruskan perniagaan.

Pernyataan di atas menunjukkan En.Amirudin ialah seorang rakan kongsi

A aktif C nominal

B lelap D terhad

38 Apakah tujuan utama koperasi ditubuhkan?

A Menjaga kepentingan ahli

B Mendapat untung maksimum

C Menyediakan perkhidmatan sukarela kepada orang awam

D Menceburi bidang perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan

6
39 Antara berikut, yang manakah kepentingan perniagaan kepada individu, masyarakat

dan negara?

I Memenuhi keperluan dan kehendak

II Menambah beban kewangan kerajaan

III Mengeratkan hubungan antarabangsa

IV Menguntungkan negara maju dan kaya

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV

40 Fatimah seorang jururawat, ibu Fatimah seorang tukang jahit dan bapa Fatimah

mengajar di sekolah sri delima

Keluarga Fatimah terlibat dalam bidang

A agihan C pengeluaran

B pemasaran D perkhidmatan

41 Antara berikut, pasangan yang manakah betul?

Jenis milikan perniagaan Ciri-ciri

A Kedai Dobi Amino Liabiliti terhad

B Selamat Enterprise Liabiliti tidak terhad

C Syarikat Luq7 Sdn Bhd Liabiliti terhad

D Koperasi Guru Berhad Liabiliti tidak terhad

42 Bilangan maksimum pemilik perniagaan perkongsian ialah

A 2 orang C 20 orang

B 30 orang D 50 orang

43 Rakan kongsi aktif memainkan peranan sebagai

I penyumbang modal

II pengurus perniagaan

III penyumbang nama

IV penanggung liabiliti terhad

A II sahaja C II dan III sahaja

B I dan II sahaj D II dan IV sahaja

7
44 Apakah maksud liabiliti?

A Hutang C Tanggungan

B Aset D Modal

45 Antara berikut, perniagaan manakah diuruskan oleh lembaga pengarah?

I Lazat seafood

II Koperasi MRSMB Berhad

III Syarikat Langkahmaju

IV Klinik Adi& rakan-rakan

A I dan II C III dan IV

B II dan III D II, III dan IV

46 Apakah maksud berhad?

A Liabilti adalah tidak terhad

B Syarikat Awam Berhad

C Liabiliti terhad

D Koperasi Berhad

47 Antara berikut, yang manakah kategori perkhidmatan agihan?

A Klinik Dr Bob C Syarikat Pos Laju

B Syarikat Insurans Am D Agensi pelancongan Nur

48 Pilih situasi perniagaan yang mungkin berlaku pada tahun 2020.

I menggunakan katalog III menggunakan telefon

II menggunakan internet IV berbaris di kaunter

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

49 Apakah ciri ciri milikan tunggal?

I Pemilikan individu

II Keuntungan dibahagi kepada keluarga

III Liabiliti pemilik tidak terhad

IV Modal penubuhan tidak besar

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

8
50 KOPERASI MRSMBESERI BERHAD

Berdasarkan papantanda diatas, yang manakah tidak berkaitan?

I Ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar MRSMBeseri

II Modalnya dari institusi kewangan

III Perniagaan di daftar kepada Pendaftar Koperasi

IV Cukai perniagaan yang dikenakan adalah rendah

A I dan II C I dan IV

B I dan III D II dan IV

51 Mengapakah kaedah jualan prabayar begitu meluas digunakan oleh ramai penjual pada

masa kini?

A Penjual memberi kadar diskaun yang tinggi

B Pengguna menjadi pemilik barang setelah bayaran selesai

C Pengguna dapat menggunakan perkhidmatan secara percuma

D Pengguna membayar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan

52 Antara berikut, yang manakah bukan masalah sistem barter?

A Kemahuan yang sama

B Sukar untuk dibahagi

C Barang mudah rosak

D Barang susah dibawa

53 Ciri-ciri wang yang baik ialah ………..

I mudah di dapati III sukar ditiru

II mudah disimpan IV nilai yang tetap

A I, II dan III C I, III dan IV

B II, III dan IV D I, II, III dan IV

54 Cara pembayaran masa kini ialah …………

I wang tunai III jualan kredit

II kad kredit IV pesanan mel

A I dan II C II dan III

B I dan III D III dan IV

9
55 ncik Samad adalah seorang pengawal keselamatan

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah bidang yang diceburinya?

A Agihan C Perlindungan

B Kewangan D Khidmat nasihat

56 Apakah maksud membeli secara pukal?

A membeli secara hutang

B membeli dengan banyak

C membeli secara beransur ansur

D membeli secara beramai ramai

57 Berapakah bilangan ahli maksimum di dalam milikan koperasi?

A 50 orang C 500 orang

B 100 orang D tiada had

58 Antara berikut, yang manakah bentuk perniagaan?

I Barang III Perniagaan dalam negeri

II Perkhidmatan IV Perniagaan antarabangsa

A I dan II C I dan III

B II dan III D III dan IV

59 Antara berikut, yang manakah aktiviti perniagaan antarabangsa?

I import nyata III eksport nyata

II import tidak nyata IV entreport

A I, II dan III C II, III dan IV

B I, III dan IV D I, II, III dan IV

60 Antara berikut , yang manakah kehendak manusia?

I barang kemas III kereta toyota

II rumah teres IV telefon bimbit

A I, II dan III C I, III dan IV

B II, III dan IV D I, II, III dan IV

‘KHB 100%A’

10
11

Anda mungkin juga menyukai