Anda di halaman 1dari 2

BAB II

PEMBAHASAN

Malaria adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat awal. Penyakit
Malaria masih lagi terdapat di beberapa buah negeri seperti di Kelantan, Pahang, Sabah dan
Sarawak. Penyakit Malaria tidak akan sembuh jika dirawat menggunakan ubat tradisional.
Penyakit ini hanya boleh disembuhkan jika dirawat menggunakan ubat khusus yang boleh
didapati di klinik-klinik kesihatan atau hospital.

Penyakit Malaria juga dikenali sebagai Demam Kura atau Demam Ketar. Penyakit ini
disebabkan oleh sejenis kuman atau parasit yang dikenali sebagai Plasmodium. Kuman atau
parasit ini dibawa oleh nyamuk Tiruk / Anoephelus.

Contoh faktual adalah apa yang pernah terjadi di Serawak, ketika daerah itu diserang wabah
penyakit malaria. Untuk menghadapi hal tersebut, pemerintah melancarkan operasi penyemprotan
nyamuk malaria dengan DDT. Namun akibatnya, disamping terberantasnya nyamuk, beberapa
binatang lain yang bukan merupakan sasaran penyemprotan,turut pula mati, seperti binatang cecak.
Binatang ini mati karena memakan nyamuk yang terkena semprot tadi. Kemudian kucing pun, banyak
yang mati karena binatang ini turut memakan cecak yang mati terkena zat DDT tadi melalui nyamuk
sebagai mangsanya.

Pendekatan kedua ialah dengan cara penghapusan besar-besaran vektor penyebar parasit
malaria. Penghapusan secara fizikal nyamuk Anopheles dengan menggunakan racun secara
amnya agak murah, tetapi hanya berkesan untuk kawasan-kawasan yang mudah dijelajahi
oleh petugas-petugas. Lagipun, terdapat banyak kesan samping dari pengunaan racun seperti
DDT yang sudah diharamkan penggunaannya di negara-negara maju. Sungguhpun DDT tidak
bahaya kepada manusia, tetapi ia memberikan dampak yang buruk terhadap alam sekitar dan
banyak hidupan liar.

Ide terbaru dalam proses penghapusan nyamuk Anopheles kini ialah dengan cara
menghasilkan banyak nyamuk jantan Anopheles yang mandul. Telur hasil dari persenyawaan
dengan nyamuk jantan ini tidak akan menetas dan lama kelamaan populasi nyamuk
Anopheles akan pupus dan seterusnya akan menyebabkan parasit Plasmodium tidak dapat
disebarkan lagi. Nyamuk jantan mandul yang akan dihasilkan melalui proses mutasi gen
(kejuruteraan genetik) mungkin menjadi jalan keluar kepada masalah wabak malaria yang
sudah bertapak di bumi ini sejak sekian lama.

Walau apa pun perancangan untuk memerangi wabah ini, yang pastinya di mana sahaja
terdapat kawasan takungan air yang tidak mengalir, terutamanya di pendalaman, nyamuk
Anopheles akan menjadikannya sebagai sarang pembiakannya. Setiap tiga hari, nyamuk
betina akan mencari mangsanya sehinggalah ia bertelur dan setiap kali ia menghisap darah,
parasit malaria akan disebarkan kepada pesakit baru. Selagi tiada usaha keras untuk menyekat
kesinambungan kitaran ini, sehingga itulah penyakit malaria akan terus wujud dan menjadi
masalah kepada manusia sejagat.

Anda mungkin juga menyukai