Anda di halaman 1dari 5

Pengurusan kelas yang mesra Budaya penting supaya suasana

pembelajaran menjadi kondusif untuk murid. Menurut Richards (1990),


Konsep Pengurusan Bilik Darjah adalah Organisasi dan kawalan guru ke
atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran
berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Manakala Alberto & Troutman (1986) berpendapat Konsep Pengurusan Bilik
Darjah adalah Kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber
pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim
yang susuai untuk pembelajaran.

Pengurusan Bilik Darjah yang berkesan dan baik oleh guru adalah
penting kerana Suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai
latar bangsa dan budaya, Mengembangkan nilai sivik yang diperlukan oleh
masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya dan juga Mewujudkan suasana
pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid.

Antara isu-isu Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra


Budaya termasuk pengurusan persekitaran fizikal, pengurusan pengajaran
dan pembelajaran, pengurusan persekitaran sosio-emosi, perhubungan antara
kelompok etnik, pedagogi releven budaya dan kepelbagaian kelompok,
pedagogi kelas bercantum, sosiolinguistik dan penilaian berasaskan budaya.
Pengurusan persekitaran fizikal
Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah
pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS. Antara
aspek-aspek Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah mencukupi serta
dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Pengurusan persekitaran fizikal
termasuk pelan lantai, sudut dan ruang bacaan, kebersihan, susunan kerusi
dan meja murid, hiasan bilik darjah, susunan perabot dan peralatan,
pencahayaan dan pengudaraan. Ruang dan pergerakan harus diurus supaya
lebih fleksibel. Penyediaan ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan
kepada murid ketika belajar. Aspek pencahayaan, pengudaraan dan
kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan
kepada proses P&P.
Pengurusan Sosio-emosi

Ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri


dalam masyarakat. Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi
perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap
pembelajaran mereka.

Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Mesra Budaya ini merupakan Budaya yang dipersetujui oleh semua


ahli dalam satu komuniti dan mereka mengiktiraf Budaya tersebut sebagai
suatu amalan murni bersama. Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang
ditentukan menerusi perbezaan ciri Budaya seperti adat resam, pakaian,
bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

Guru perlu menjadi seorang pengurus bilik darjah yang berkesan supaya
objektf pelajaran tercapai. Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara,
pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah
kecemerlangan murid. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah, model, teknik
dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bimbingan dan
kaunseling dalam proses P&P. Selain itu

Prinsip utama pembelajaran adalah meningkatkan dan mengekalkan rasa


kejayaan, meluaskan tahap keintelektualan, kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan
jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokan.

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok


Pedagogi Kelas Bercantum

Kelas Bercantum diwujudkan apabila bilangan murid dalam satu tahun


persekolahan adalah kurang daripada 15 orang.Guru akan mengajar lebih daripada
satu tahun persekolahan secara serentak dalam kelas bercantum.Guru menjalankan
Pengajaran dan Pembelajaran secara berkumpulan dan kaedah perbincangan dalam
kumpulan kecil digalakkan.

Sosiolinguistik

Gabungan perkataan sosio dan linguistik.Adalah ilmu interdisiplin yang


membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan
bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.
Penilaian Berasaskan Budaya

Pengurusan kelas yang mesra Budaya penting supaya suasana


pembelajaran menjadi kondusif untuk murid

Anda mungkin juga menyukai