Anda di halaman 1dari 8

2017

KERTAS KERJA DASAR

KEM BESTARI
SOLAT
2017

1.0 PENDAHULUAN

1
2017

Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim.
Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang hebat di dalam
kehidupan seharian. Sehubungan itu, seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF)
Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5
Mac 2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis bersama model-model
projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan kekuatannya. Program Kem Bestari
Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan program j-QAF. Kerjasama dan
hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa amat penting bagi memastikan hasrat murni dapat
dijayakan.

2.0 NAMA PROJEK

KEM BESTARI SOLAT.

Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid
boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara
intensif di suatu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. KBS ini disarankan dibuat sebanyak
2 kali dalam tempoh setahun.

3.0 TARIKH/MASA

*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan

4.0 TEMPAT

Surau

5.0 OBJEKTIF

Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat

1. Mengetahui kepentingan solat


2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna
3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu
4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
5. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancar

2
2017

6. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua 140 orang murid beragama Islam Tahun 1 hingga 6

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

7.1 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. Pengerusi:
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksanaan

2. Setiausaha:
 Menguruskan surat-menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyedia minit/keputusan mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program

3. Bendahari:
 Menyedia anggaran perbelanjaan
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus/menyelia perolehan dan perbelanjaan
 Menyedia laporan kewangan

4. Pendaftaran/buku program:
 Menyediakan keperluan pendaftaran seperti meja, tempat, senarai nama peserta dan
fail
 Menyediakan buku program

3
2017

5. Urusetia/Protokol/Persiapan tempat:
 Menentukan perkataan untuk ‘backdrop’
 Menentukan pengerusi majlis
 Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti
 Mengagihkan kumpulan peserta
 Menyediakan borang-borang

6. Makanan minuman:
 Membentuk jawatankuasa kecil
 Menyediakan menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu
 Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum
 Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan
 Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program
 Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

7. Fasilitator/Pengisian:
 Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai
 Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan LDK

8. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin:
 Memberi taklimat kepada peserta sebelum program bermula
 Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan
 Menyedia senarai barangan keperluan peserta

9. Dokumentasi/Penilaian:
 Mengurus fotografi dan rakaman audio-video
 Menyelia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti
 Menyelaras agenda post-mortem program

10. Multimedia/Publisiti:
 Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot
 Menyediakan banner dan sepanduk publisiti

11. Teknikal dan peralatan


 Menguruskan hal berkaitan system PA seperti plag penyambung, mikrofon,
pembesar suara dan lain-lain.

4
2017

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

9.0 KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat: (Guru Besar)

Pengerusi: (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi: 1. En ( GPK Pentadbiran )


2. Pn ( GPK Hem )

Penyelaras : Cik (Guru j-QAF)


Pn (Guru j-QAF)

Ahli Jawatankuasa:
1. (GPI)

LAMPIRAN 2

5
2017

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Sesi pendaftaran dan Taklimat Kem Bestari Solat

8.30 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 1


(Pengenalan anggota wudhuk dan amali wuduk)

9.30 pagi – Rehat dan kudapan

10.00 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 2


(Bacaan pendek dalam solat)

10.30 pagi – Rehat dan kudapan

11.00 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 3


(Perlakuan dalam solat dan amali solat)

11.30 pagi – Kuiz Smart Solat


- Ulasan guru pembimbing

12.00 tengahari- Persiapan pulang dan Bersurai

LAMPIRAN 3

KEWANGAN

Dalam usaha untuk menjayakan Kem Bestari Solat sepanjang Tahun 2017 ini, pihak jawatankuasa
telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan dana mahupun peruntukan demi memastikan kem ini
berjalan lancar. Bagi program ini, KPM telah memperuntukkan khas untuk Kem Bestari Solat sebanyak
RM 1.00 bagi seorang murid per kem. Pendapatan dan perbelanjaan kewangan adalah seperti berikut:

PENDAPATAN

1. Peruntukan j-QAF
Tahun 1 = 21 orang
Tahun 2 = 27 orang
Tahun 3 = 27 orang
Tahun 4 = 16 orang

6
2017

Tahun 5 = 25 orang
Tahun 6 = 24 orang
Jumlah = 140 orang

PERBELANJAAN

1. Makanan dan minuman

RM 1.00 X 1 kem X 140 Orang = RM 140.00

10.0 PENUTUP

Model Bestari Solat merupakan sebahagian daripada pengajaran j-QAF yang wajib dilaksanakan
kepada semua murid tahun 1 hingga 6 yang beragama Islam. Pihak pentadbiran sekolah
bertanggungjawab dalam menggerakkan kem ini supaya impak akhirnya dapat dicapai bersama.
Sesungguhnya solat merupakan antara aspek terpenting di dalam pelaksanaan Fardhu Ain supaya murid-
murid dapat menerapkan amalan solat dengan berkesan dan berterusa, seteruusnya mendidik diri menjadi
insan berdisiplin dan taat kepada Tuhan.

Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan
kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………… ………………………………

Guru j-QAF Guru Besar

Disemak oleh:

………………………………….

7
2017

Anda mungkin juga menyukai