Anda di halaman 1dari 3

KESAN BURUK YANG TIMBUL DARIPADA PERGAULAN BEBAS

Setiap perbuatan yang bertentangan dengan perintah Allah SWT mempunyai kesan
yang buruk dalam kehidupan kita. Antara kesannya adalah seperti yang berikut :

1. Merosakkan jiwa dan akhlak.

Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk. Seseorang yang berkelakuan
buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang
ditanggungnya. Dosa akibat perbuatan maksiat akan mengakibatkan seseorang itu
sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk menghilangkan kekotoran
tersebut, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah
SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.

2. Menyuburkan perzinaan.

Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi punca kepada perbuatan zina
dalam kalangan manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan
pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal. Syaitan sentiasa berusaha agar
manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan
memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat
yang lain.

3. Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara.

Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa
keburukan. Kemungkaran yang dibuat akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa
maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat dan
Negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.

4. Membawa kepada kemurkaan Allah SWT

Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam
golongan hamba yang mulia disisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan
larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa
berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tiada lagi ketenangan jiwa akibat
dosa-dosanya.
PANTANG LARANG ANTARA KAUM

Negara Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai bangsa yang berbilang
kaum . Setiap kaum mempunyai adat resam dan pantang larangnya yang tersendiri di
dalam kaum . Walaupun negara mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan
mempunyai perbezaan dari sudut budaya dan etnik tetapi perpaduan tetap dapat
dirasai hingga ke hari ini .

Ø Pantang larang kaum Melayu

Terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi digunakan oleh orang
melayu. Antaranya ialah , ibu hamil dilarang memukul, mendera atau
mencederakan binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu boleh mengalami
kecacatan . Seterusnya, ialah dilarang untuk melihat sesuatu yang ganjil, takut akan
terkenan , terkenan bermaksud terpengaruh dengan sesuatu keadaan yang luar biasa
yang boleh jadi baik untuk dirinya atau sebaliknya. Tambahan pula , dikhususkan
untuk golongan yang lemah seperti ibu hamil,bayi dan kanak-kanak untuk tidak
keluar atau berkeliaran di waktu senja kerana dipercayai waktu itu syaitan akan
berkeliaran dengan banyaknya dan boleh menganggu golongan yang lemah ini .
Pantang larang yang lain juga adalah sewaktu memasuki hutan , dilarang untuk
bercakap besar kerana dikhuatiri akan ditimpa bencana, juga apabila dihutan tidak
digalakkan untuk mengambil batu atau apa sahaja benda ganjil kerana dikhuatiri
berpenunggu . Akhir sekali , pantang larang untuk duduk di atas bantal kerana takut
mendapat penyakit bisul .

Ø Pantang larang kaum Cina

Terdapat beberapa pantang larang yang terdapat didalam kaum Cina .


Antaranya ialah,semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai
milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia
dipercayai boleh menghilangkan tuah. Seterusnya , pantang larang sewaktu hamil
iaitu ibu hamil tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana
dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Selain itu , sewaktu hari
perayaan tahun baru cina mereka digalakkan untuk membuat kerja dengan hati-hati
kerana jika terdapat pinggan mangkuk yang pecah kerana dipercayai akan membawa
nasib malang . Akhir sekali , sewaktu perayaan dilarang untuk memakai baju
berwarna hitam kerana dipercayai akan membawa nasib buruk jadi digalakkan untuk
memakai warna-warna yang ceria seperti merah dan lain-lain.
Ø Pantang larang kaum India

Terdapat beberapa pantang larang yang digunakan oleh kaum India .


Antaranya ialah, sewaktu perkahwinan ada pantang larang yang perlu diikuti
sewaktu ingin mengambil pokok pisang ini. Semua orang boleh mengambilnya
kecuali pengantin lelaki kerana dikhuatiri akan mendatangkan nasib yang kurang baik
untuk pasangan itu kemudian hari. Di dalam perkahwinan kaum India, pokok pisang
disimbolkan atas tujuan menolak bala. Pokok pisang yang dihias menjadi gerbang ini
tidak boleh dibuang sesuka hati kerana dianggap suci ketika majlis. Pokok itu
dibiarkan selama seminggu sebelum dibuang keseluruhannya ke dalam sungai. Selain
itu, seorang ibu yang hamil dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti
mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya
kerana perbuatan tersebut dipercayai membawa dosa dan mendedahkan seorang ibu
kepada kuasa-kuasa jahat dan seterusnya akan mempengaruhi kelakuan serta
pemikiran anak yang bakal lahir.Akhir sekali, terdapat pantang setelah melahirkan
anak iaitu ibu dan anak akan diasingkan di dalam sebuah bilik dan sebuah bilik yang
lain bertujuan untuk memberikan rehat kepada ibu setelah melahirkan anak .

Anda mungkin juga menyukai