Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

Hari / Minggu : Isnin/27 Tarikh: 2 Julai 2018

MATAPELAJARAN MATEMATIK
KELAS / MASA / BIL MURID 1 SEROJA/1.00 – 2.00/ 30 ORANG
TEMA / TAJUK 3. PECAHAN
STANDARD KANDUNGAN 3.1 Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu
perempat.
STANDARD PEMBELAJARAN (i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat
dengan mengunakan perkataan ”setengah”, ”separuh”
dan ”suku” dengan menggunakan bahan konkrit,
gambar dan lipatan kertas.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

Menyatakan satu perempat dengan menggunakan


perkataan suku dengan menggunakan lipatan kertas dan
gambar.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
(i) Set Induksi/Persediaan :
- Murid ditunjukkan gambar pizza di hadapan kelas.
- Guru memotong pizza tersebut kepada empat bahagian.
- Guru menyatakan objektif pdpc hari ini.
(ii) Imaginasi :
- Murid ditunjukkan gambar kek.
- Seorang murid diminta untuk memotong empat bahagian daripada gambar kek
tersebut.
- Guru menyatakan bahagian kek yang dipotong adalah suku.
(iii) Perkembangan :
- Murid diberi sehelai kertas.
- Murid diminta untuk melipat kertas menjadi suku.
- Murid perlu melorekkan bahagian suku.
(iv) Tindakan :
- Murid diminta menyiapkan latihan di buku aktiviti Jilid 2
(v) Penutup :
- Murid diminta membuat rumusan pdpc.
- Guru membimbing murid membuat rumusan pdpc.
BBM : Gambar, kertas, buku aktiviti
STRATEGI : Berpusatkan bahan, berpusatkan murid, soal jawab
EMK : (a) Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menyelesaikan
masalah, merumus, mengingat semula
(b) Nilai Murni : Kerjasama, kesungguhan, keadilan
PENILAIAN P&P : Pemerhatian aktiviti (iii) murid menjawab sekurang –
kurangnya dua soalan dengan betul.
REFLEKSI :
PERANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

Hari / Minggu : Isnin/27 Tarikh: 2 Julai 2018

MATAPELAJARAN MATEMATIK
KELAS / MASA / BIL MURID 1 DAHLIA/3.30 – 4.30/ 44 ORANG
TEMA / TAJUK 4. WANG HINGGA RM10
STANDARD KANDUNGAN 4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen.
STANDARD PEMBELAJARAN (iv) Menukar wang:
(a) Syiling hingga 1 ringgit.
(b) Ringgit hingga RM10.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

Menukar wang syiling hingga 1 ringgit serta ringgit hingga


RM10 dengan betul.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
(i) Set Induksi/Persediaan :
- Murid diminta untuk menyatakan berapakah wang yang mereka bawa hari ini.
- Murid diminta untuk menyatakan tajuk pdpc.
(ii) Imaginasi :
- Secara berkumpulan, murid perlu menukar wang 50 sen menggunakan nilai syiling
yang berbeza.
- Murid perlu berbincang bagaimanakah cara untuk menukar wang.
- Murid bersoal jawab dengan guru.
(iii) Perkembangan :
- Secara berkumpulan, murid perlu menukar wang RM10 menggunakan wang kertas
yang berbeza.
- Murid perlu berbincang bagaimanakah cara untuk menukar wang.
- Murid bersoal jawab dengan guru.
(iv) Tindakan :
- Murid menjawab latihan di buku aktiviti masing – masing.
(v) Penutup :
- Murid diminta membuat rumusan pdpc.
- Guru membimbing murid membuat rumusan pdpc.
BBM : Duit kertas, buku aktiviti
STRATEGI : Berpusatkan bahan, berpusatkan murid, soal jawab
EMK : (a) Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menyelesaikan
masalah, merumus, mengingat semula
(b) Nilai Murni : Kerjasama, kesungguhan, keadilan
PENILAIAN P&P : Pemerhatian aktiviti (iii) murid menjawab sekurang –
kurangnya dua soalan dengan betul.
REFLEKSI :

Anda mungkin juga menyukai