Anda di halaman 1dari 4

ISL MINGGU 1

Kerajaan-kerajaan Melayu terawal adalah merujuk kepada istilah kerajaan Melayu


Tradisional yang dianggap sebagai asas kepada kewujudan kerajaan Malaysia
moden yang wujud pada hari ini.

Kerajaan Langkasuka

Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan-kerajaan Melayu
terawal
Kerajaan Funan

Kerajaan Majapahit

Kerajaan Srivijaya

KERAJAAN KEDAH TUA


1
Kedah menjadi tumpuan pedagang India yang menyeberangi Teluk Benggala untuk
berdagang di persekitaran gugusan Kepulauan Melayu. Kedah menjadi tempat
persinggahan kapal dari Barat yang belayar ke Timur sewaktu angin barat daya.
Puncak Gunung Jerai berfungsi sebagai pusat tanda arah bagi kapal yang berlabuh
di pelabuhan Kedah.

Pada awal kurun ke-2 Masihi, Kedah telah menjadi sebuah kawasan yang
terpenting di Tanah Melayu. Pelabuhannya yang terletak di muara Sungai Merbuk
memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barangan untuk
pasaran Funan dan seterusnya dibaw a ke negeri China. Menjelang awal abad ke-
9, Kedah telah diserang oleh kerajaan Cola dari India Selatan dan selepas serangan
tersebut,perdagangan di Kedah menjadi semakin merosot.

KERAJAAN LANGKASUKA

Langkasuka terletak di timur laut Tanah Melayu, iaitu di daerah Patani. Pelabuhan
Langkasuka digunakan oleh pedagang dari Barat dan Timur sebagai tempat
emperoleh bahan makanan dan bekalan air sewaktu
kapal mereka singgah untuk berlabuh.

Dari segi ekonomi, Langkasuka menghasilkan kayu wangi, gading gajah dan sumbu
badak sebagai hasil keluaran utamanya, manakala saudagar dari China akan
membawa barangan dagangan mereka seperti kain sutera, kapas dan tembikar
sebagai barangan tukaran. Bagi mengukuhkan kedudukannya, Langkasuka telah
menjalin hubungan diplomatik dengan India dan China.

KERAJAAN FUNAN

2
Kerajaan ini berpusat di Sungai Mekong dan dikatakan sebuah kerajaan Hindu
yang pertama didirikan di Asia Tenggara. Kerajaan ini menguasai perdagangan lalu
lintas di negeri sebelah Barat (India dan Mediterranean) dan China.

Pada abad ketiga Masihi, kerajaan Funan di bawah pimpinan Fang-Shih Man telah
memperluaskan kekuasaannya dengan menakluki bahagian Utara Tanah Melayu
dan telah menguasai jalan perdagangan dan pelabuhan penting di Tanah Melayu.
Pada pertengahan kurun ke-6 Masihi, kerajaan Funan telah ditewaskan oleh
kerajaan Chen Ha yang kemudiannya telah mendirikan tanah jajahan baru yang
dikenali sebagai kerajaan Khmer.

KERAJAAN SRIVIJAYA

Kerajaan ini bertapak di Sumatera pada ke-7. Pada akhir abad ke-8, kerajaan
Srivijaya telah memperluaskan kekuasaan politik dengan menguasai Tanah
Melayu, Selat Sunda dan Selat Melaka. Pada akhir abad ke-11, kerajaan Srivijaya
telah menguasai pesisir timur Sumatera, di bahagian barat Pulau Jawa, Tanah
Melayu dan sebahagian besar Pulau Kalimantan. Akibat daripada amalan
perdagangan monopoli yang diamalkan oleh kerajaan ini, akhirnya kerajaan
Srivijaya menghadapi saingan daripada kerajaan lain yang mengamalkan sistem
perdagangan yang lebih terbuka.

Bermula pada abad ke-13, banyak pemberontakan berlaku di wilayah jajahan


kerajaan Srivijaya. Kesannya kerajaan Srivijaya menjadi semakin lemah lebih-lebih
lagi dengan kemunculan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa dan kerajaan Siam.
Akhirnya, kekuasaan Srivijaya semakin tenggelam.

KERAJAAN MAJAPAHIT

3
Kerajaan ini berpusat di Jawa Timur dan kemunculannya semakin digeruni
sewaktu berada di bawah kepimpinan Gajah Mada. Bagi mencapai cita-cita
politiknya, Majapahit memperluaskan jajahan takluknya dan membentuk empayar
Melayu yang besar, yang terdiri daripada kepulauan Nusantara. Gajah Mada telah
menakluki Bali, Temasik, Pahang, Sumatera dan daerah Jawa Barat. Bagi menjamin
pengiktirafan daripada kuasa besar yang lain, Majapahit telah menjalin hubungan
diplomatik dengan kerajaan Siam, India dan China.

Walau bagaimanapun, selepas kematian Gajah Mada pada 1364, keagungan


Majapahit semakin merosot. Banyak negeri yang telah menerima ajaran Islam
telah membebaskan diri daripada empayar Majapahit dan menjelang awal abad
ke-15, kerajaan Majapahit telah berkubur.

Kaitan kerajaan-kerajaan ini dilihat mempunyai kaitan dengan asal usul negara
Malaysia kerana peranan dan penglibatannya ke atas wilayah-wilayah di Tanah
Melayu yang pada hari ini adalah sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Bagaimanapun, Kerajaan Melayu Melaka dilihat mempunyai hubungkait secara


langsung dengan perkembangan dan struktur politik, pentadbiran dan ekonomi
kerajaan Malaysia moden.

Anda mungkin juga menyukai