Anda di halaman 1dari 7

Huraikan sistem pendidikan pondok yang terdapat di Malaysia sebelum mencapai

kemerdekaan
Pendidikan sebelum kedatangan British banyak dipengaruhi oleh adat resam dan
budaya masyarakat tempatan. Sistem pendidikan pondok di Tanah Melayu bermula sejak
awal kurun ke-19 dengan pengaruh yang dibawa dari Patani, Sumatera, Jawa dan Acheh.
Pendidikan ini dipercayai berkembang bersama-sama dengan penyebaran agama Islam di
Tanah Melayudan Kepulauan Melayu pada abad 14. Pedagang-pedagang Arab Islam
merupakan pelopor usaha pendidikan tidak formal dengan cara membina sekolah-sekolah
pondok di negeri Perlis, Kedah, dan Terengganu.
Pondok adalah sistem pengajian yang lebih sistematik. Sekolah tersebut didirikan atas
usaha ulama dan masyarakat tempatan. Sekolah ini dibina berhampiran pantai dan sungai.
Rumah tuan guru dan asrama pelajar juga dibina berdekatan dengan sekolah tersebut.
Kemudahan kelas hanya terdiri daripada ( slate) dan galam. Pelajar-pelajar menjalankan kerja
seperti bertani, menangkap ikan, mencari kayu api, bagi membantu tuan guru menyara
kehidupan mereka. Mata pelajaran yang diajar di sekolah pondok termasuk Hadis, Fiqh,
Tauhid, Tafsir dan doa-doa yang bersabit dengan kehidupan seharian. Selain itu, Bahasa
Arab dan tulisan Jawi juga diajar.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar kerana kitab bahasa Arab telahpun
diterjemahkan ke bahasa Melayu. Tempoh bagi mengikuti pelajaran di sekolah pondok tidak
terhad. Matlamat sebenar sekolah pondok ialah untuk melahirkan individu yang arif tentang
hokum-hukum agama, tahu beribadat dengan betul dan bermoral tinggi. Kelantan merupakan
negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan ialah
Pondok Pulai Chondong oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah.
Pada sekitar tahun 1900, pendidikan pondok telah mendapat persaingan dari sekolah
berbentuk sekular yang ditaja oleh British. Sekolah sekular ini telah dibina di Kota Baharu
pada tahun 1904. British telah menggunakan berbagai cara untuk menarik minat rakyat ketika
itu kepada sekolah sekular. Antaranya dengan mengatakan sekolah pondok itu adalah
primitive kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah Inggeris.
Walaubagaimanapun, usaha-usaha British tidak begitu berjaya. Pada tahun 1950-1970 an,
sistem pondok masih mendapat sambutan dari orang ramai.
Jelaskan Akta Pendidikan 1996 yang terdapat membentuk warganegara Malaysia yang
makmur dan bersatu padu
Selaras dengan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupaduakn
masyarakat pelbagai kaum, bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi dalam segala
urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal ini telah pun termaktub dalam Akta Pendidikan
1996. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam sistem pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana
institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh kementerian. Walaupun sekolah terdiri dari
berbagai aliran, Bahasa Melayu dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di
sekolah. Di peringkat pengajian tinggi setiap pelajar wajib mengambil peperiksaan Bahasa
Melayu sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan. Kesedaran tentang kepentingan
bahasa amat penting kerana melalui perkongsian satu bahasa, kita dapat berkomunikasi
dengan lebih berkesan. Penggunaan bahasa yang seragam mampu membantu
menghilangkan perasaan prasangka dan meningkatkan kefahaman budaya sesuatu kaum.
Sikap saling memahami ini akan mewujudkan sikap hormat menghormati yang seterusnya
akan membantu memupuk integrase kaum dan juga perpaduan.
Selain itu, mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama. Ini dilakukan
dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap
pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Melalui
kurikulum yang sama, asas perpaduan dapat dipupuk sejak dari alam persekolahan lagi.
Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Sejarah tahun 6 murid-murid akan mempelajari
tentang Negara Malaysia. Dalam topik ini mereka lebih tumpu kepada Rukun Negara. Dengan
ini murid dapat menghayati Rukun Negara yang menjadi asas pembinaan jati diri dan alat
perpaduan kearah melahirkan warganegara Malaysia yang bertanggungjawab. Kementerian
perlu menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang
digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
digubal dengan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berilmu pengetahuan
disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik dan sikap saling
menghormati.
Seterusnya, kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu
pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat
perpaduan. Ianya berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah tanpa
mengira jenis dan kategori. Disamping itu, ianya juga menjadi mata pelajaran teras yang wajib
diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
Manakala pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan Moral.
Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan dan menjadi mata pelajaran teras ialah untuk
melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Setiap subjek yang diajar di sekolah juga
harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya
bersama diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu
merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta moral para pelajar.
Tambahan pula, pendemokrasian pendidikan merupakan satu langkah yang
diperkenalkan oleh pihak kerajaaan dalam mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang
dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dari kawasan luar bandar ataupun pedalaman tanpa
mengira bangsa. Dengan itu, diharap semua kaum akan mendapat menikmati kemudahan
yang sama dalam pendidikan. Di samping itu, alat-alat serta kemudahan yang dibekalkan di
sekolah-sekolah juga adalah seragam tanpa mengira junis sekolah iaitu sama ada sekolah
kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan. Dengan ini, tidak timbul perbezaan
kemudahan di antara jenis-jenis sekolah. Selain itu, pelajar-pelajar dari kalangan pelbagai
kaum tidak disekat untuk bersekolah di mana-mana sekolah. Mereka diberi kebebasan untuk
membuat pilihan masing-masing. Hak-hak kebudayaan kaum-kaum lain untuk mempelajari
bahasa dan kebudayaan kaum masing-masing tetap dihormati dan diberi perlindungan
sewajarnya. Diharap dengan semangat toleransi dan hormat-menghormati ini, usaha
memupuk perpaduan dapat dicapai sepenuhnya.

Huraikan ciri-ciri yang terkandung dalam falsafah pendidikan guru


Falsafah Pendidikan Guru( FPG) dibentuk untuk menghasilkan guru yang berkualiti
dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku, menguasai ilmu, kemahiran
dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk
pengisian tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke-21.
Sebagai guru mestilah mempunyai pekerti mulia. Pekerti yang mulia merujuk kepada
sahsiah seseorang guru. Guru yang bertindak sebagai agen perubahan pelajar perlu terlebih
dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi keperibadian guru.
Antara sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan
bermoral. Sekiranya, seorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap misalnya
merokok dalam kawasan sekolah, sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik untuk
pelajar-pelajar. Guru berperanan sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang
sifatnya dinamik.
Selain itu, dalam berpandangan progresif dan saintifik pula guru perlu banyak
membaca dan berlatih untuk mampu menggunakan alat teknologi sehingga dapat membantu
mereka dalam menyediakan set induksi dan suasana pembelajaran yang berkesan kepada
murid. Seseorang guru perlu memiliki kemahiran profesional dalam menyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat serta memotivasikan mereka dalam
pelajaran. Tidak cukup dengan itu sahaja guru perlu menyediakan satu suasana
pembelajaran yang akan memupuk murid-murid kea rah pemikiran yang progresif dan saintifik
yang mampu melahirkan suasana murid-murid yang aktif serta mempunyai kebolehan untuk
belajar dengan sendiri walaupun ketiadaan guru. Ini sangat penting bagi pelajar kerana ia
dapat membantu murid menyelesaikan kerja rumah atau pun tugasan yang telah diberikan
dengan baik serta tepat. Guru perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi untuk
merealisasikan agar mereka mampu tampil sebagai guru yang berpengetahuan dalam
bidang.
Seterusnya, aspirasi dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau
kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara,
guru sebagai agen yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru perlu
mempunyai integriti yang utuh dalam diri agar cekap, jujur, boleh dipercayai, amanah, patuh
kepada negara dan mempunyai kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan. Negara kita
sekarang sedang meningkatkan mutu dan gaya hidup masyarakat. Antaranya ialah
mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beragama, berdisiplin, berjaya dalam bidang
sukan, mempunyai bilangan orang yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan
sebagainya. Semua ini seharusnya bermula dari sekolah rendah. Jadi, guru perlu komited
terhadap tugas yang digalaskan sebagai pendidik anak bangsa negara.
Tambahan pula, guru bertanggungjawab memupuk nilai-nilai kebudayaan rakyat
Malaysia dalam kalangan anak murid agar dapat menghayati kebudayaan negara yang unik.
Untuk menyemarakan semangat ini, guru perlulah mengadakan aktiviti serta program dan
kata-kata yang mendorong kepada murid-murid.
Guru hendaklah menegaskan anak-anak murid mengenai rasa hormat antara satu
sama lain walaupun berbeza latar belakang. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah
menuju kea rah perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yang
merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru hendaklah memberi peluang
kepada murid-murid untuk melaksanakan serta membuat keputusan dalam pemilihan ketua
murid, pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa. Dalam pengajaran guru,kaedah inkuiri-
penemuan dan kaedah dapatan hendaklah ditekankan bagi memupuk sifat gemar menyiasat
dan mereka cipta. Kedua, ialah sifat-sifat ini adalah sejajar dengan hasrat
memperkembangkan anggota-anggota masyarakat yang berpandangan futuristik dan
progresif.

Huraikan peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah


Guru adalah pejuang barisan hadapan dalam mendidik anak bangsa. Pada asasnya
tugas utama seoarang pendidik ialah menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan
kemahiran dan membentuk budi pekerti atau akhlak murid. Di samping tugas tersebut guru
juga berperanan sebagai pentafsir, perancang, pelaksana, pembimbing dan penilai.
Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan jayanya, guruhendaklah terlebih
dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi
kurikulum serta sukatan pelajarannya. Guru perlu bertindak sebagai pentafsir. Isi kandungan
sesuatu kurikulum sekolah yang utamanya ialah bahan pengajaran. Tanpa bahan pengajaran
yang bernas, kurikulum itu tidak berguna dan tidak bermakna. Ditinjau dari perspektif
epistemology, bahan pengajaran hendaklah sesuai dengan prinsip keseriusan kognitif, iaitu
bahan pengajran yang dipilih hendaklah sah dan tepat sekali tanpa sebarang tafsiran
kekaburan dan keraguan. Garu harus membaca dan membuat tafsiran terhadap kemahiran
yang hendak di ajarnya dalam kesekuruhan tahun untuk mendapatkan gambaran yang jelas
tentang apa yang hendak diajarkan dalam tahun persekolahan itu. Tambahan pula, guru
harus mentafsir kaedah yang digunakan untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Sejarah tahun 4 dalam topik tokoh-
tokoh terbilang kesultanan Melayu Melaka murid-murid mempelajari tentang Tun Perak. Bagi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah
lakonan supaya murid-murid dapat memahami ciri-ciri mulia yang terdapat pada Tun Perak
dengan mudah dan jelas.
Selain itu, perancangan kurikulum iaitu persediaan rancangan kerja merupakan suatu
program yang disediakan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang akan diajarkan. Kejayaan seorang guru bergantung kepada perancangan
pembelajarannya. Guru perlu bijak merancang pelajaran kerana melibatkan penggunaan
masa yang terhad. Biasanya rancangan kerja meliputi rancangan kerja tahunan, rancanga
kerja penggal, rancangan kerja mingguan dan rancangan kerja harian. Rancangan kerja
tahunan disediakan berdasrkan sukatan pelajaran keseluruhan tahun. Guru panitia mata
pelajaran merancang aktiviti atau program sepanjang tahun untuk membantu murid yang
lemah dalam mata pelajaran tertentu. Guru harus merancang bahan bantu mengajar yang
sesuai. Ia membantu guru untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar. Guru patut
sesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran. Sebagai contohnya, dalam mata
pelajaran Matematik tahun 4 murid-murid belajar tentang wang dari RM 1 hingga RM 100.
Untuk kefahaman yang jelas tentang topik tersebut guru boleh menggunakan flash cards.
Dengan ini, murid-muird dapat mengenalpasti wang dengan mudah.
Seterusnya, sebelum mengajar, guru harus mengumpulkan maklumat tentang topik
supaya boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
bermakna. Maklumat-maklumat ini sangat penting untuk membolehkan guru memilih dan
menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai, serta menyusun aktiviti dan contoh yang
sesuai untuk mencapai objektif pelajaran. Sebagai contohnya, bagi seorang guru Bahasa
Melayu KBSR, dia dikehendaki memahami objektif pelajaran yang perlu dicapai oleh murid-
muridnya. Oleh itu, dia hendaklah memahami objektif pelajaran Bahasa Melayu KBSR.
Misalnya, murid-murid harus mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat
di dalam kehidupan seharian sama ada di dalam atau di luar sekolah. Segala konsep dan
kemahiran yang patut disampaikan kepada murid-murid perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru
sendiri. Alat-alat bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pencapaian objektif
pelajaran jika alat-alat itu digunakan dengan berkesan. Peruntukan masa untuk pelajaran itu
perlu dibahagikan secara berpatutan supaya tiap-tiap langkah penyampaian boleh menjamin
penglibatan murid-murid secara aktif serta menjalankan penilaian dan maklum balas.

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum


Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari
ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-
ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan
kurang tepat diperkemaskinikan. Sehubungan dengan itu, perancang kurikulum
bertanggungjawab menyemak semula dari semasa ke semasa. Pengguguran, perubahan
atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak
masyarakat dan kemajuan negara. Perubahan kurikulum, sebagai contoh daripada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)
adalah untuk memenuhi keperluan semasa. Perubahan ini adalah untuk membantu para
pelajar yang dihasilkan untuk menjadi warganegara yang bukan sahaja berilmu

Buat banding beza antara model objektif dengan model proses

Model objektif (Tyler dan Taba) Model proses (Stenhouse)

Model Tyler- Ralph Tyler Pengasas Lawrence stenhouse


Model Taba- Hilda Taba

Berasaskan kepada objektif Dasar Berdasarkan kepada proses dan


pengajaran dan pembelajaran kriteria yang diambil
Hasil pembelajaran (produk) Fokus Lebih kepada proses pelaksanaan
berdasarkan objektif yang hendak yang dilalui pelajar (kemahiran
dicapai guru)

 Kurikulum terlalu terikat Ciri-ciri  Tidak terlalu terikat kepada


dengan mata pelajaran dan mata pelajaran
peperiksaan - Lebih mementingkan cara
- Perlu mencapai objektif pelaksanaan guru
yang hendak dicapai  Kurang sistematik
 Lebih sistematik

Model Tyler Objektif Interaksi antara guru dengan murid,


- Merujuk kepada objektif murid dengan murid dan guru
hasil pembelajaran dengan bahan
- Berdasarkan keperluan
murid

Model Taba
- Kenalpasti keperluan murid

Model Tyler Kandungan - Aktif


- Spesifik - Dinamik
- Bersifat eksplisit - Bukan setakat yang
- Boleh diukur berbentuk fizikal
- Berdasarkan falsafah - Melibatkan interaksi antara
pendidikan guru dengan murid
- Berdasarkan pengetahuan
sedia ada murid

Model Taba
- Berpadanan dengan
objektif
- Relevan
- Signifikan

Model Tyler Pengurusan - Guru masuk ke kelas untuk


- Melibatkan pemilihan isi mengajar, mereka
kandungan dan membawa satu
pengalaman perancangan pengajaran
- Pembelajaran yang sejajar yang akan disampaikan
dengan tujuan pendidikan - Ciri-ciri personality serta
sistem kepercayaan, nilai
Model Taba dan jangkaan masing-
- Dirancang dengan teliti masing terhadap
- Relevan dengan pencapaian murid
kandungan yang diajar
- Bersesuaian dengan jenis
murid

Model Tyler Penilaian - Penilaian kandungan (apa


- Bentuk formatif dan sumatif yang diajar)
- Model penilaian yang - Pemilihan strategi
digunakan mengajar, bagaimana
- Jenis instrument untuk diajar, bagaimana
mengutip data mempelajari sesuatu
- Buat keputusan mengenai
Model Taba urutan kandungan yang
- Perhatian diberi kepada akan diajar
tujuan, bentuk, jenis - Pelaksanan kurikulum
dalam konteks sekolah,
murid dan persekitaran
yang berbeza-beza

- Bersifat sistematik Kebaikan - Melihat kurikulum sebagai


- Objektif pengajaran yang penyampaian kandungan
ingin dicapai digariskan oleh para pendidik kepada
dengan jelas sasaran masing-masing
dalam situasi pendidikan
tertentu
- Dapat menggalakkan
interaksi bersama murid

- Kurikulum terlalu terikat Kekurangan - Mengabaikan pertimbangan


dengan mata pelajaran dan kandungan yang sesuai
peperiksaan - Susah diaplikasikan pada
- Susah untuk menulis sesetengah bidang
objektif tingkah laku yang
memuaskan pada peringkat
pembelajaran yang lebih
tinggi

Anda mungkin juga menyukai