Anda di halaman 1dari 12

/ SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2 Tahun 2

SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASSIYAH

KOD KURSUS SJHK3083 PEPERIKSAAN : MEl 2018

SKEMA PEMARKAHAN (SP)

© 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULJT


SULIT SJHK3083

( 60 markah)

1. AI-Ajurriy (1987) dalam karyanya yang bertajuk Akhlak a/-U/amak menjelaskan


beberapa etika yang perlu diamalkan oleh Sejarawan Islam.
a Jelaskan etika dan adab Sejarawan Islam.

• Sejarawan Islam dituntut berniat ikhlas dalam usaha mencari ilmu


pengetahuan. lkhlas disini bermaksud melakukan sesuatu hanya
kerana Allah .

• Menilai keseluruhan peristiwa dengan menyandarkan sesuatu kejadian


adalah takdir Allah.

• Mempamerkan sikap merendah diri serta lemah lembut dengan para


ilmuan lain, penuntut ilmu dan orang ramai.

• Menggunakan bahasa yang baik untuk mentaksir bahan-bahan bukti.

• Menyampaikan peristiwa yang benar berdasarkan kajian dan penilaian .


1fakta I lsi x 1markah= 1 markah
1fakta + huraian x 2.5 = 2.5 markah
2 fakta + huraian x 2.5= 5 markah

Jumlah = 5 markah

b Penduduk Kota Mekah menjalani kehidupan secara jahiliah sebelum


kedatangan Islam.
Huraikan kehidupan masyarakat Arab jahiliah dari aspek sosial dan ekonomi.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Contoh Hujah:
Dari aspek sosial, semangat assabiyyah dilihat menyuburkan ciri-ciri
kehidupan jahiliah. lni kerana segelintir puak mempunyai sikap kasar
terhadap kabilah lain. Justeru, peperangan mudah berlaku meskipun
puncanya hanya perkara kecif. Peperangan ber1aku untuk menguji
kekuatan dan mengejar nama dan kemahsyuran . Pihak yang kalah dalam
peperangan akan ditawan dan dijadikan hamba abdi.

Kegiatan perdagangan merupakan aspek penggerak ekonomi bagi


masyarakat Arab. Hal ini didorong dengan lokasi Semenanjung Tanah Arab
yang terletak di jalur perdagangan antara Syria dan Yaman . Masyarakat Arab
menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak adif. Keuntungan dan kekayaaan
amat dipentingkan oleh pedagang berasaskan sistem riba dan penindasan .

Hujah-hujah
lain:

• Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan


melibatkan kegiatan pelacuran, pembunuhan dan perjudian.

5 SULIT
© 2018 Hak Cipta Kerajaan
Malaysia
SULIT SJHK3083

SAHAGIAN A
• Kaum wanita dipandang hina dan bayi perempuan akan ditanam
hidup hidup bagi mengelakkan rasa malu.

2 SULIT
© 2018 Hak Cipta Keraj aan
Malaysia
• Masyarakat menganggap perkara keji seperti merompak, membunuh
dan berzina sebagai perkara biasa.

• Tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalam menulis dan membaca bagi


perkembangan pendidikan
• Barangan seperti bijirin, buah-buahan dan hamba abdi yang
tidak ditebus setelah tewas dalam peperangan akan dijual dipasar-
pasar

Jumlah 10=
markah Jumlah keseluruhan =
15 markah

2. Nabi Muhammad SAW berdakwah secara rahsia dalam kalangan ahli keluarga
baginda selama tiga tahun di Mekah. Manakala Abu Bakar ai-Siddiq telah berjaya
mengislamkan beberapa orang tokoh Quraisy Mekah ketika itu.
a Nyatakan sebab-sebab orang Quraisy Mekah menentang ajaran Islam yang
dibawa oleh Baginda Rasullah SAW.

• Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Arab


Quraisy dengan Islam
• Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia

• Arab jahiliah menolak konsep persaudaraan Islam (sangat


bertentangan dengan konsep assabiyah yang diamalkan mereka)
• Islam melarang amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri dan
menindas
• Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap Nabi
Muhammas S.A.W
• Penyebaran Islam menggugat ekonomi orang Arab Quraisy seperti
pengukiran patung dan amalan riba
1fakta I isi x 1markah =
1
markah 5 fakta/isi x 1 markah =
5 markah

Jumlah = 5 markah
b Kemukakan sumbangan Khalifah Umar bin ai-Khattab dalam memantapkan
lagi pentadbiran Khulafah Ar-Rasyidin .

Rujuk Rubrik
Pemarkahan Contoh
Hujah:
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga
atau majlis perunding yang tertinggi. Ia terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura
Tertinggi dan Majlis Syura Am . Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri
daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Tsabit, Abdul Rahman
bin Auf, Saad bin Abi Waqas dan I. Semua perkara yang melibatkan masalah
politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama
dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan
polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
SULIT SJHK3083

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara


Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan
sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah umar telah
membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada kepada beberapa
wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam.

Khalifah Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan


pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap
tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar
dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi
melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah bin Abu Suffian, Amru
bin al-As dan Zaid bin Sumyah.
Hujah-hujah
lain:

• Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk


melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syam dan
Iraq, tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan
segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai
kemudahan-kemudahan awam negara.
• Khalifah Umar juga menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh
penduduknya tidak akan dirampas tetapi ia akan dikenakan cukai.
• Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan
mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembetian.
lni berbeza dengan amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan
dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.
• Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut
jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat
dan tidak adit akan dihapuskan .
• Golongan hamba diberikan hak kepentingan sosial dan tarat yang
baik.
Hamba tidak lagi dihina dan ditindas. Mereka boleh hidup bebas
kecuali mereka yang benar-benar menentang Islam dalam
peperangan .
• Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Umar untuk mengembangkan
pelajaran ai-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar
pelbagai ilmu. Guru-guru ini juga dibayar gaji
• Sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid

Jumlah = 10 markah
Jumlah keseluruhan =15 markah

1 SULIT
© 2018 Hak Cipta Kerajaan
Malaysia
3. Semasa pemerintahan Khalifah ai-Walid II, kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di
Damsyik menghadapi zaman kelemahan sehingga kekuasaan kerajaan diganti oleh
kerajaan Bani Abbassiyah pada tahun 750 masihi.
a Senaraikan faktor-faktoryang menyebabkan kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah
di Damsyik pada tahun 750 masihi.
• Kelemahan pemerintahan disebabkan sikap hidup sebahagian
pemerintah yang hidup mewah dan kurang member perhatian terhadap
perkembangan agama
• Sistem pengantian melalui garis keturunan tidak jelas sehingga
menimbulkan persaingan dalam kalangan anggota keluarga
• Penentangan daripada golongan Syiah dan Khawarij yang tidak setuju
dengan penubuhan Kerajaan Umaiyah
• Berlaku penentangan etnik antara suku kaum Arab Utara dari Bani
Qias dan Arab Selatan dari Bani Kalb sejak sekian lama
menyukarkan kerajaan bani Umaiyah mewujudkan satu kesatuan
• Munculnya gerakan penentangan daripada keturunan At-Abbas Bin
Abdul Mutalib yang mendapat sokongan Bani Hasyim dan Kaum
Mawali bukan orang Arab yang tidak puas hati dengan pemerintahan
Bani Umayyah

1 fakta I isi x 1 markah = 1


markah 5 fakta I isi x 1 markah = 5
markah

Jumlah = 5 markah
b Kerajaan Daulah Umaiyah di Andalusia telah diasaskan oleh Abdul Rahman
ai-Dakhil dan berkembang pesat sebagai pusat perkembangan ilmu
pengetahuan ketika itu.
Perincikan kemajuan ilmu pengetahuan yang berlaku semasa pemerintahan
Daulah Umaiyah di Andalusia.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Contoh Hujah:
Perbagai ilmu pengetahuan telah berkembang dengan pesat pada ketika ini.
Perkembangan ilmu pengetahuan ini kerana adanya galakan daripada
Khalifah yang memerintah di ketika itu dan ditambah lagi dengan minat yang
ada dalam kalangan ilmuan pada masa itu. Berbagai-bagai bidang ilmu
telah lahir dan berkembang pesat,antaranya ialah bidang ilmu matematik .
Pada ketika ini lahir tokoh matematik terkenal iaitu lbnu ai-Khawarizmi yang
telah menyumbangkan ilmu matematik kepada peradaban dunia. Beliau
telah memperkenalkan teori geometri dalam matematik dan statistik .
Hujah-hujah
lain:

• Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu


Ma'syar dan juga Kuwarizmi. Abu Ma'syar merupakah cendikiawan
Islam yang telah membetulkan karya-karya Ptolemy dan menentukan
ketepatan gerhana matahari.
SULIT SJHK3083

• Dalam bidang sains dan perubatan di Eropah amat mengagumkan


kerana kecemerlangan telah dicapai dalam bidang anatomi dan fisiologi
oleh Abu Qasim Khalaf bin Abbas AI-Zahrawi (Abucasis) yang telah
mengarang karya yang dianggap sebagai ensiklopedia perubatan yang
lengkap iaitu kitab a/- Tasrfi.
• Kemajuan seni bina yang melambangkan peradaban Islam dalam
bentuk sertastruktur binaan termasyhur di Andalusia terletak di
Granada seperti lstana Al-Hambra yang melambangkan salah mercu
tanda Islam di Andalusia.
Jumlah =
10
markah Jumlah keseluruhan =
15 markah

4. Daulah Abbassiyah telah diasaskan pada tahun 132 Hijrah bersamaan 750 masihi oleh
Abdullah ai-Saffah bin Muhamad bin Ali bin Abdullah bin Abbas merupakan lanjutan
dari pemerintahan Daulah Umaiyah yang telah hancur di Damsyik.
a Nyatakan faktor-faktor penubuhan Dautah Abbassiyah.

• Gerakan sulit Abbasiyyah untuk mengembalikan pemerintahan


kepada keturunan Bani Hashim
• Penentangan puak Malawi terhadap pemerintahan Umayyah
• Pemberontakan puak Syiah
• Pemberontakan puak Khawarij
• Kecuaian pemerintah Umaiyah dalam melaksanakan tanggungjawab
terhadap rakyat
1fakta I isi x 1markah = 1markah
5 fakta/isi x 1 markah
markah
=5
Jumlah = 5 markah
b Berikan hujah anda sebab-sebab Abu Jaafar ai-Mansur dianggap sebagai
pengasas sebenar kerajaan Daulah Abbassiyah.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Contoh Hujah:
Nama penuh betiau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhamad bin Ali bn
Abdullah bin Abbas. Beliau merupakan saudara kepada Abu Abbas . Dilahirkan
pada tahun 101 Hijrah. Beliau berjuang bersama-sama Abu Abbas untuk
menegakkan daulah Abbasiyah. Beliau dianggap pengasas sebenar kerajaan
Daulah Abbassiyah kerana ditangannyalah kerajaan Daulah Abbassiyah
berdiri teguh, beliau berjaya menghapuskan segata anasir subvesif yang
mengancam kerajaan, beliau memulakan pembangunan negara secara lebih
pesat dan beliau memulakan gerakan mengkaji ilmu pengetahuan sehingga
Baghdad menjadi pusat ilmu utama ketika itu.
Antara tindakan beliau ialah menghapuskan pemberontakan puak Syiah.
SULIT SJHK3083

Golongan ini adalah golongan yang turut sama memerangi dan menjatuhkan
kerajaan Umaiyah sehingga tertegak Bani Abbassiyah . Penghinaan dan
penipuan politik yang dilakukan ke atas mereka itu menimbulkan perasaan
simpati dalam kalangan sesetengah golongan umat Islam. Mereka tidak
berpuas hati lalu bangun menentang Kerajaan Abbasiyah . Golongan
ini dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah .Mereka mendapat sokongan
yang kuat dari penduduk Hijaz, Kufah dan Basrah. Khalifah Abu Jaafar AI
Mansur telah menghantar tenteranya di bawah pimpinan lsa bin Musa
dan berjay a menghapuska n pengaruh golongan Syiah ini.
Hujah-hujah
lain:

• Memerangi bapa saudaranya sendiri Abdullah bin Ali dan


menghapuskan pengaruhnya .Abdullah bin Ali adalah panglima tentera
yang sangat berjasa mengalahkan Kerajaan Bani Umaiyah disaat
terakhir dengan mengalahkan Marwan bin AI Hakam dalam
Peperangan Sungai Zab .Abdullah mempunyai pengaruh dan pengikut
yang besar dalam kalangan penduduk Syam dan Mesir.Oleh itu beliau
mendakwa dirinya berhak menjadi khalifah. Beliau juga mendakwa
bahawa Abu Abbas berjanji untuk mengangkat beliau sebagai khalifah.
Khalifah Abu Jaafar mengutus tentera seramai 17000 orang dibawah
pimpinan Abu Muslim pasukan tentera ini dapat mendudukkan tentera
Abdullah dan beliau akhirnya ditangkap dan dipenjarakan.
• Menghapuskan pengaruh Abu Muslim AI Khurasani. Beliau seorang
yang berjasa kepada Khalifah kerana dalam membangunkan Kerajaan
Abbasiyah dan menghapuskan pemberontakan Abdullah bin Ali.
Selepas menundukkan tentera Abdullah , beliau tidak lagi mematuhi
arahan khalifah kerana beliau telah mempunyai pengaruh besar.
Khalifah Abu Jaafar bimbang akan pengaruh beliau dapat menggugat
pemerintahnnya. Lalu Khalifah membuat helah dengan menjemput
beliau ke istana kemudian beliau dicerca dan kerana tidak tahan
menerima cercaan beliau cuba melawan dan akhirnya beliau pun
dibunuh . Beliau dianggap penentang khalifah.
Jumlah = 10 markah
Jumlah keseluruhan = 15 markah
''

RUBRIK PEMARKAHAN

Skala
Skala Skala
Gred 5 Deskriptor
10 markah 20 markah
markah
Am at 4.5-5 9- 10 18-20 • Mempamerkan satu pemahaman yang jitu
dan Cemerlang menyeluruh terhadap soalan.
(A+) • Pemahaman sangat mendalam tentang
90- 100 kandungan yang releven.
• Menggunakan banyak hujah beserta contoh dan
data untuk meyokong generalisasi
• Menjawab dengan tepat dan
mengkomunikasikan idea dengan
cemerlang
• lnterpretasi yang menyeluruh dan pengolahan
idea logikal dan koheren.

Cemerlang 3.8-4.4 7.5-8.9 15.0- 17.9 • Mempamerkan satu pemahaman yang tepat
dan (A dan A-) baik terhadap soalan
75.89 • Pemahaman yang mendalam tentang kandungan
yang relevan
• Menggunakan beberapa hujah bersama contoh
dan data untuk menyokong generalisasi.
• Menjawab dengan tepat dan mengkomunikasi
yang jelas dan pengolahan idea yang jelas
dan logikal

Kepujian 3-3.7 6.0-7.4 12-14.9 • Mempamerkan pemahaman yang baik terhadap


(8+, 8 dan soalan
B-) • Pemahaman agak mendalam dan kandungan
60.74 yang relevan
• Menggunakan beberapa hujah bersama contoh
dan data yang menyokong kesimpulan
• Menjawab dengan agak tepat dan
berkomunikasikan idea dengan jelas
• Beberapa interpretasi yang jelas dan pengolahan
idea agak jelas dan logikal.

Lulus 2.5-2.9 50-59 10.0-11.9 • Mempamerkan pemahaman yang


minima (C+ dan C) terhadap soalan
50.59 • Pemahaman minima kandungan yang relevan
• Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah
bersama beberapa contoh dan data yang
menyokong generalisasi.
• Beberapa ketidaktepatan dalam jawapan dan
.. beberapa kekaburan dalam pengolahan idea
• lnterpretasi idea yang lemah

Gaga! (C- < 2.5 <5.0 <10 • Tidak mempamerkan pemahaman terhadap
,D+,D dan F) soalan
'<50 • Tidak menjurus kepada isu dalam soalan.
Pemahaman lemah tentang kandungan yang
relevan.
• Hujah tidak disokong dengan contoh dan data
• Banyak hujah yang tidak relevan; jawapan yang
kabur; pengolahan idea yang kabur
• lnterpretasi ideayang sangat lemah.

Anda mungkin juga menyukai