Anda di halaman 1dari 1

Guru belasah murid hingga mati jenayah serius: TPM

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama
persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU),
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak
tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.
Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama
dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga
menyebabkan mangsa koma. Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan
tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit
yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan. Selepas memukul kepala,
suspek dikatakan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke
dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam
kepala dan komplikasi jantung.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa,
Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8
malam hari kejadian. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri
Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan
meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas
mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak
berperikemanusiaan itu.

Sumber: Berita Harian (4/4/2011)

Anda mungkin juga menyukai