Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MENULIS ESEI SEMPENA HARI KEPENGGUNAAN MALAYSIA


TAHUN 2017

1.0 PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras semua sekolah rendah dan menengah. Pendidikan
Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal
budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan
tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Bagi merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis juga selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Justeru, Panitia
Bahasa Melayu SK Sepakat Jaya menganjurkan Program Seorang Murid Tiga Esei sempena
Sambutan Hari Kepenggunaan Malaysia tahun 2017.

2.0 RASIONAL
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik
penyertaan warga sekolah khasnya murid-murid agar lebih mahir berkomunikasi dalam bahasa
Melayu seterusnya menanam minat murid untuk menyertai pertandingan menulis esei.

3.0 TEMA
“Bahasa Transformasi Penglahiran Idea”

4.0 MATLAMAT PROGRAM


Program Menulis Esei Sempena Hari Kepenggunaan Malaysia dapat mencungkil bakat murid-
murid tahap dua dalam bidang penulisan, meningkatkan lagi keyakinan diri murid dalam
melahirkan idea serta meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan bahasa yang betul
dan gramatis.
5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Melahirkan insan berkeyakinan diri yang tinggi.


5.2 Meningkatkan kebolehan murid menulis untuk melahirkan idea.
5.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai bidang penulisan.

6.0 CADANGAN TARIKH PROGRAM


2 – 31 Mei 2017

7.0 TEMPAT
Dalam kelas semasa proses pembelajaran.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid tahap dua SK Sepakat Jaya

9.0 AJK PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : EN. ZULKEFLI BIN ABDULLAH


(Guru Besar)

NAIB PENGERUSI : EN. MOHD RAZAK BIN HAMID


(GPK Kurikulum)
PN. ATIQAH BINTI HJ. AHMAD
(GPK Hal Ehwal Murid)
CIK NURUL AIN BINTI SAAT
(GPK Kokurikulum)

PENYELARAS : PN. MASLINA BINTI AWANG NGAH


(Ketua Panitia Bahasa Melayu)

SETIAUSAHA : EN. AZIZAN BIN SAM


(Setiausaha Panitia Bahasa Melayu )
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI PERBELANJAAN/HADIAH

1. Hadiah Menulis Esei Tempat pertama


Set A RM5.00 x 3 = RM 15.00
Set B Tempat Kedua
Set C RM4.00 x 3 = RM12.00
Tempat Ketiga & Penyertaan Kelas
Terbanyak
RM3.00 x 15 = RM 45.00

JUMLAH RM 72.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM72.00

SUMBER KEWANGAN : Bantuan Kokurikulum

11.1 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah dikemukakan.
Sesungguhnya kejayaan program ini amat bergantung kepada sikap serta komitmen yang
positif daripada murid yang terlibat. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat
pertimbangan dan kelulusan pihak puan.

Sekian, terima kasih.

‘BAHASA TRANSFORMASI PENGLAHIRAN ILMU’

Disediakan oleh :
PN. MASLINA BINTI AWANG NGAH
Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai