Anda di halaman 1dari 8

SENI BUDAYA

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG
Manusia dan kebudayaan merupakan dua hal yang sangat erat kaitannya satu
sama lain. Budaya, satu kata yang tidak dapat dipisahkan dari sebuah negara terlebih
untuk Indonesia yang dikenal sebagai negara multikultural. Budaya atau kebudayaan
berasal dari bahasa Sansekerta yaitu buddhayah, yang merupakan bentuk jamak dari
buddhi (budi atau akal) diartikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal
manusia. Budaya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan masyarakat karena semua aspek
dalam kehidupan masyarakt dapat dikatakan sebagai wujud dari kebudayaan, misalnya
gagasan atau pikiran manusia, aktivitas manusia, atau karya yang dihasilkan manusia.

Budaya juga merupakan identitas bangsa yang harus dihormati dan dijaga dengan
baik oleh para penerus bangsa. Budaya lokal Indonesia beranekaragam sesuai dengan
potensi yang dimiliki Indonesia sebagai negara majemuk yang terdiri dari banyak pulau,
suku, dan sumber daya lainnya. Dalam artikelnya, Parsudi Suparlan mengatakan bahwa
potensi Indonesia sebagai negara multikultural, telah digunakan sebagai acuan oleh para
pendiri bangsa Indonesia dalam mendefinisikan apa yang disebut kebudayaan bangsa,
seperti yang terdapat pada penjelasan Pasal 32 UUD 1945, yang berbunyi:
“Kebudayaan bangsa (Indonesia) adalah puncak-puncak kebudayaan di daerah”. Hal ini
menjadi satu kebanggaan sekaligus suatu tantangan bagi seluruh rakyat Indonesia untuk
dapat mempertahankan budaya lokal yang ada di tengah banyaknya pengaruh budaya
asing yang dapat merusak budaya lokal. Tugas ini tentunya dikhususkan bagi generasi
penerus bangsa yang mulai mengabaikan pentingnya peranan budaya lokal untuk
memperkokoh ketahanan budaya bangsa. Padahal ketahanan budaya bangsa merupakan
salah satu identitas negara di mata Internasional.Konsep kebudayaan yang dikemukakan
oleh Geertz memang sebuah konsep yang dianggap baru pada masanya. Seperti dalam
bukunya Interpretation of Culture, ia mencoba mendefinsikan kebudayaan yang
beranjak
1
SENI BUDAYA

dari konsep yang diajukan oleh Kluckholn sebelumnya, yang menurutnya agak
terbatas dan tidak mempunyai standard yang baku dalam penentuannya. Berbeda
dengan Kluckholn, ia menawarkan konsep kebudayaan yang sifatnya interpretatif,
sebuah konsep semiotik, dimana ia melihat kebudayaan sebagai suatu teks yang perlu
diinterpretasikan maknanya daripada sebagai suatu pola perilaku yang sifatnya kongkrit
(Geertz; 1992, 5). Dalam usahanya untuk memahami kebudayaan, ia melihat
kebudayaan sebagai teks sehingga perlu dilakukan penafsiran untuk menangkap makna
yang terkandung dalam kebudayaan tersebut. Kebudayaan dilihatnya sebagai jaringan
makna simbol yang dalam penafsirannya perlu dilakukan suatu pendeskripsian yang
sifatnya mendalam (thick description).

RUMUSAN MASALAH
Mempelajari ISBD bertujuan untuk menambah pengetahuan tentang
kebudayaan yang dimiliki negara Indonesia. Makalah ini juga disusun agar pembaca
mengetahui permasalahan yang terjadi terkait dengan konsep kebudayaan ,hakekat
kebudayaan, kebudayaan sebagai kritik ideology, kebudayaan sebagai perilaku,
kebudayaan sebagai teks, tiga wujud kebudayaan,adat-istiadat, dan unsur-unsur
kebudayaan.

2
SENI BUDAYA

PEMBAHASAN

KONSEP BUDAYA

Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam


persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu


• Budaya kebendaan
• Budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza
dengan orang Inggeris atau orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki
yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India,
hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan
terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat
komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya


• Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti
• Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan
Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai
‘budaya’ dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia
mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu
keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan
kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

3
SENI BUDAYA

CIRI-CIRI BUDAYA

• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit


daripada tingkahlaku dan akal manusia :

*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi,
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk
menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh
menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk
berbahasa dan berhubung.

Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada


beberapa faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan
sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini
bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia.
Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa
Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam
kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak
termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam
masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.

*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam
semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor
pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

4
SENI BUDAYA

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington
etc.)

*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada
budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini.
Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang
dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang
tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan
proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap
rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat
dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi
kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

•Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:


• i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
• ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
• iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
• iv. pertembungan budaya.
• v. konflik yang berlaku.
• vi. perubahan alam sekitar.

*Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna
tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan
sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

5
SENI BUDAYA

*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan
alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana
manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat
ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur
dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan
sebagainya.

Fungsi Budaya Dalam Kehidupan


Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna
yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu
diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.

1.Memenuhi dan Menyediakan Keperluan


Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian,
manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan
rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan
keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewrisi
ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal

2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku


Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia.
Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya
mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam
bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi:
•i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan.
•ii. perlakuan yang patut dan tidak patut.
•iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

3.Mengatur Hubungan Sesama Manusia


Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan
sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan
ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan
memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.

4.Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta


Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang
Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, dengan adanya budaya ini, ia sebagai pendorong
kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.

6
SENI BUDAYA

5. Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti


Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenaalan identiti. Sesuatu bangsa
dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali
Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya
dalam ekonomi dan perindustrian.manusia juga akan bersatu apabila anggota
masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai
sesuatu.

7
SENI BUDAYA
DAFTAR ISI
http://arsandiarsad.blogspot.com/2015/10/makalah-tetang-konsep-
kebudayaan.html
http://notagurupelatih.blogspot.com/2012/04/konsep-budaya.html

Anda mungkin juga menyukai