Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

Sejarah adalah satu disiplin ilmu yang mempunyai peranan yang sangat penting terutamanya
kepada negara kita yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang keturunan. Melalui
pengetahuan sejarah membolehkan kita mengetahui latar belakang kepada sesuatu masalah,
tindakan dan isu dengan tepat dan benar. Melalui sejarah kita akan dapat mengetahui dan
memahami latar belakang negara ini dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa yang
pernah terjadi di negara kita. Sejarah boleh mengelakkan sikap melampau, dengan kata lain
sejarah dapat memberi panduan dan menjadi guru yang memungkinkan kita terlepas daripada
mengulangi kesilapan yang serupa. Sejarah dapat memberi teladan, iktibar, menunjukkan
batasan-batasan kerana melalui sejarah kita belajar daripada contoh-contoh yang pernah berlaku
pada zaman lalu.

Kajian sejarah menekankan aspek seseorang sejarawan mencari kebenaran dan sentiasa
mematuhi tatacara (etika) penyelidikan serta bersikap kritis. Dalam pada itu kesedaran sejarah
itu juga biasa dilihat sebagai kesedaran terhadap perlunya sejarah itu diasaskan kepada
kebenaran iaitu kepada fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa yang sebenarnya telah berlaku pada
sesuatu ketika dahulu dan bukannya peristiwa-peristiwa yang direka atau dikhayalkan sahaja. Ini
ditegaskan oleh Khoo Kay Kim yang menyatakan bahawa tugas utama para sejarawan adalah
untuk mengejar kebenaran atau hakikat. Justeru para sarjana seharusnya sentiasa berdiri di
sebelah pihak yang benar. Peristiwa yang benar itu akan meresap dan menimbulkan kesan yang
bererti di dalam jiwa seseorang, malah sesebuah masyarakat. Bidang penulisan merupakan
salah satu bidang yang penting dalam disiplin sejarah. Sejak zaman-berzaman, manusia
daripada pelbagai peradaban yang terbesar seperti Islam, China dan Eropah telah menghasilkan
penulisan daripada pelbagai sudut. Mereka yang menulis mengenai pensejarahan digelar
sejarawan; sejarawan dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan atau sosial.
2.0 R.O. Winstedt

Sir Richard Olaf Winstedt (1878-1966) merupakan seorang pegawai kolonial British di
Tanah Melayu di samping merupakan seorang orientalis Barat yang terkemuka. Sepanjang di
Tanah Melayu, beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai permulaan di Perak (1902), pegawai
Daerah Kuala Pilah (1912), pegawai Pejabat Pelajaran (1916), Pengarah Pelajaran bagi NNS
dan NNMB (1924) serta Presiden kepada Raffles College, Singapura (1928) sebelum dilantik
menjadi Penasihat Johor (1931). Dalam bidang pensejarahan Malaysia, beliau merupakan salah
seorang daripada pegawai kolonial British yang memainkan peranan penting dalam kajian dan
tulisannya berkait dengan Tanah Melayu. Ternyata sepanjang perkhidmatannya di Tanah
Melayu, beliau merupakan seorang orientalis yang sangat prolifik dengan menerbitkan sembilan
buah kamus, lapan buah buku nahu bahasa Melayu, enam buah buku sejarah, sebelas buah teks
hikayat dan sastera lisan Melayu, sebuah buku analisis ilmiah evolusi sastera Melayu, 23 buah
rencana etnografi dan ratusan tulisan lain berkait dengan mitos, magis, lagenda, kraftangan dan
Melayu. Winstedt dianggap sebagai seorang orientalis yang begitu berminat meneliti dan menulis
tentang masyarakat dan budaya yang disampingnya selama tiga dekad

3.0 Khoo Kay Kim

Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim yang dilahirkan pada Mac 28 1937
ialah seorang ahli sejarahwan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari
Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia. Beliau berkelulusan B.A. 1959;
M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD)
berdasarkan thesis beliau yang bertajuk ‘The beginnings of political extremism in Malaya 1915-
1935’ (1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas
sebagai seorang professor sejarah di Raffles College, Singapura. Tregonning juga adalah bekas
pelajar Universiti Malaya. Khoo Kay Kim merupakan salah seorang penulis yang merangka
Rukun Negara.
4.0 perbandingan dalam hasil karya pensejarahan Malaysia sejarawan tempatan dan
sejarawan barat

4.1 Pensejarahan Malaysia

Khoo Kay Kim menyatakan bahawa tugas utama para sejarawan adalah untuk mengejar
kebenaran atau hakikat. . Justeru para sarjana seharusnya sentiasa berdiri di sebelah pihak yang
benar. Peristiwa yang benar itu akan meresap dan menimbulkan kesan yang bererti di dalam jiwa
seseorang, malah sesebuah masyarakat. Kajian sejarah menekankan aspek seseorang
sejarawan mencari kebenaran dan sentiasa mematuhi tatacara penyelidikan serta bersikap kritis.
Dalam pada itu kesedaran sejarah itu juga biasa dilihat sebagai kesedaran terhadap perlunya
sejarah itu diasaskan kepada kebenaran iaitu kepada fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa yang
sebenarnya telah berlaku pada sesuatu ketika dahulu dan bukannya peristiwa-peristiwa yang
direka atau dikhayalkan sahaja. Khoo Kay Kim juga mengatakan bahawa pensejarahan
tradisional Melayu terpecah kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama yang penuh dengan
mitis-legendaris iaitu hal-hal berkait dengan mitos dan lagenda dan bahagian kedua yang lebih
bersifat sejarah. Oleh itu, pensejarahan tradisional Melayu dilihat bercampur baur di antara
perkara mitos dan lagenda yang tidak diterima dalam sejarah serta fakta sejarah yang
terselindung di sebalik hal-hal yang bersifat mitos dan lagenda tersebut. Sejahrawan tempatan
berpendapat bahawa kemasukan unsur mitos dan legenda dalam penulisan sejarah betul kerana
unsur mitos dan legenda menunjukkan kesaktian sultan dan juga penghormatan kepada sultan.

Manakala, Winstedt berpendapat bahawa Sejarah Melayu yang menjadi sumber


pensejarahan tradisional Melayu. Winstedt berpandangan bahawa pengarangnya telah
mengasimilasikan semasa pada ketika itu dengan unsur-unsur dongeng seperti cerita dewa-dewi.
Winstedt mengenalpasti perbezaan salinan dalam beberapa naskhah Sejarah Melayu yang
menampakkan bagaimana Winstedt berpendapat bahawa penyalin membuang jalan cerita yang
tidak sesuai dengan zamannya. R.O Winstedt telah membaca dan mengkaji teks Hikayat Hang
Tuah sebelum memuatkan analisisnya mengenai hikayat tersebut dalam bukunya A History of
Malay Literature (1939) dan membuat perbandingan dan mendapati hikayat tersebut mempunyai
pengaruh epik Ramayana. Perkara ini membuktikan bahawa R.O Winstedt berpendapat
penulisan pensejarahan tidak boleh mengandungi unsur mitos dan lagenda. Oleh itu, sejarahwan
Barat menolak penulisan yang berbentuk lagenda dan mitos dalam penulisan seseorang
sejarawan.
4.2 Pensejarahan Berbentuk Undang-undang

Khoo Kay Kim menggunakan corak meliputi pelbagai corak penulisan seperti sastera
kitab,Undang-undang melayu lama,puisi,pelbagai cabang sastera rakyat (cerita jenaka,penglipur
lara) serta satera lisan.Kecenderungan penulisan tokoh tempatan dilihat lebih berfokus kepada
golongan pemerintah dan istana.

Bagi mengkritik pandangan Winstedt berkenaan undang-undang di Tanah Melayu,


penulis mendatangkan dua pendekatan yang bersifat wasatiyyah (pertengahan) iaitu pendekatan
mitologi dan tekstologi. Kedua-dua pendekatan ini amat sesuai bagi menjawab segala tohmahan
yang digambarkan oleh Winstedt berkaitan undang-undang Islam. Pendekatan kajian yang
bersifat wasatiyyah ini menerapkan paradigma pertengahan di antara dua sikap ekstrem, di
antara sikap yang terlalu positif dan sikap yang terlalu negatif. Ianya bertujuan untuk
menghasilkan sesuatu kajian yang bersifat adil dan tidak berat sebelah. Dalam mengkritik
tanggapan Winstedt berkenaan teori Islam yang dianuti oleh orang Islam di Tanah Melayu
bukanlah Islam yang asli dari Timur Tengah, tetapi merupakan “campuran Islam di India” persis
dari agama Hindu dan dipengaruhi dengan kepercayaan Hinduisme,11 penulis menjadikan
pendekatan mitologi sebagai panduan utama bagi menjawab persoalan tersebut. Tidak dapat
dinafikan bahawa teks-teks sejarah Melayu Islam pada kurun ke-14 hingga ke-19 mempunyai
unsur-unsur mitologi.

4.3 Kajian dan Penggunaan Sumber

Karya-karya pensejarahan tradisional Melayu dibuat tanpa kajian dan lebih berpandukan
kepada pemikiran dan intelek para penulisnya. Walaupun sebahagian penulisan pensejarahan
Melayu dilihat mengambil sumber-sumber daripada penulisan lain untuk dimuatkan dalam
penulisan mereka, pernyataan sumber tidak dinyatakan dalam penulisan mereka. Sebagai
contoh, penulisan Bustanus Salatin yang menggalurkan kembali sejarah raja-raja Melayu
semestinya merujuk sumber seperti Sejarah Melayu atau sumber Pahang dalam penulisannya,
akan tetapi penulisnya, Syeikh Nuruddin al-Raniri tidak menjelaskan mengenai sumber
penulisannya.

Manakala, R.O.Winstedt melakukan kajian terhadap amalan perbomohan dan upacara


keramat dalam kalangan masyarakat Melayu. Beliau telah melihat sendiri ritual-ritual
perbomohan di Tanah Melayu pada masa tersebut sebelum menulis hasil kajiannya iaitu
Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the Evolution of Malay Magic yang diterbitkan pada tahun
1925. Dalam membantu memahami budaya dan bahasa masyarakat tempatan juga, para penulis
kolonial turut mendapatkan bantuan daripada para pemikir tempatan.

Anda mungkin juga menyukai