Anda di halaman 1dari 3

Eksperimen

Dwicelah Young (optik gelombang).

Tajuk

Mengkaji kesan jarak di antara celahan terhadap interferens gelombang cahaya melalu.

Tujuan

Menentukan panjang gelombang cahaya monokromatik, λ dan pemisahan pinggir, x dengan


eksperimen dwicelah Young.

Pernyataan masalah

Apakah faktor yang mempengaruhi corak interferens gelombang cahaya?

Eksperimen dwicelah Young moden merupakan demontrasi yang menunujukkan cahaya dan
jirim menggambarkan sifat-sifat defined gelombang dan partikel. Eksperimen dwicelah yang lebih
mudah telah dilaksanakan oleh Thomas Young pada tahun 1801.

Eksperimen ini merupakan eksperiment dwilaluan (double-path) eksperimen kelas umum


yang dimana gelombang terbahagi kepada dua gelombang berbeza dan kemudian bergambung
menjadi satu gelombang.Maka, eksperimen ini adalah bagi menerangkan fenomena interferens
dan pembiasan bagi cahaya dengan memerhatikan pemisahan pinggir, x.

Apabila pembiasan cahaya berlaku, garis (fringe) gelap dan terang akan terhasil pada
skrin. Oleh yang demikian, pemisahan pinggir antara garis (fringe) dapat dikira dengan formula
berikut;

𝜆𝐷
𝑦=
𝑎

𝑦 = 𝑝𝑒𝑚𝑖𝑠𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑔𝑎𝑟𝑖𝑠 (𝑓𝑟𝑖𝑛𝑔𝑒)

𝜆 = 𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑔𝑒𝑙𝑜𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔

𝐷 = 𝐽𝑎𝑟𝑎𝑘 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑖𝑠𝑖𝑝 ℎ𝑖𝑡𝑎𝑚 𝑑𝑤𝑖𝑐𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑘𝑟𝑖𝑛

𝑎 = 𝑗𝑎𝑟𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑚𝑖𝑠𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑑𝑤𝑖𝑐𝑒𝑙𝑎ℎ


Hipotesis

Bagi gelombang cahaya yang panjang gelombangnya, λ adalah malar dan begitu juga jarak skrin
dari dwicelah dengan skrin, D tidak berubah (malar). Maka pemisahan pinggir, x bertambah
apabila pemisahan di antara dwicelah, a berkurangan dimana x berkadar songsang dengan a.

Prosedur

1. Sediakan bahan dan radas seperti rajah di atas

1. Kotak sinar yang mempunyai mentol lampu disambung dengan penjana kuasa (arus ulang alik)
bagi menghasilkan cahaya kuning yang terang.

2. lampu yang bercahaya kuning melalui celah sempit S0 ditujukan kearah dwicelah S1 dan S2
dalam susunan berdasarkan rajah di atas.

3. corak interferens yang dihasilkan pada skrin yang terletak pada jarak D (D > 3) dari dwicelah
diperhatikan.

4. Dengan menggunakan pembaris, jumlah jarak bagi 2 pinggir cerah berturutan, iaitu x.

5. Eksperimen diulang dengan meningkatkan nilai a manakala jarak dwicelah dengan skrin, D
dimalarkan.

𝑎𝑥
6. Oleh itu, panjang gelombang cahaya kuning (lampu), λ, dihitung daripada rumus, 𝜆 = .
𝐷

Pemboleh ubah

Dimanipulasi :Jarak pemisahan antara dwicelah, a.

Bergerak balas :Pemisahan pinggir, x.

Dimalarkan :Jarak skrin dari dwicelah, D dan panjang gelombang, λ.


Jarak pemisah antara Pemisahan pinggir yang Penjang gelombang yang
dwicelah, a (cm) terbentuk, x (cm) terhasil, λ (cm)
1.0 cm 2.0 cm 0.08 cm

2.0 cm 1.5 cm 0.12 cm

3.0 cm 1.0 cm 0.12 cm

PERBINCANGAN
Eksperimen dwicelah Young untuk mengkaji kesan jarak di antara celahan terhadap
interferens gelombang cahaya. Jarak antara sisip plastik dwicelah dengan skrin, D (cm),
dimanipulasikan iaitu 3.0 cm, 3.5 cm, dan 4.0 cm, 4.5 cm, 5.0 cm. manakala jarak antara
dwicelah, a(cm) dan Jarak antara sisip platik hitam satu celah dan dua celah, d (cm) dimalarkan
iaitu 0.3 cm dan 10 cm.
Cahaya daripada kotak sinar melalui satu lubang kecil S0. Cahaya yang melalui lubang
S0 menjadi belauan, iaitu merebak sebagai satu alur mencapah. Cahaya yang terbelau oleh S0
sampai pada dua celah iaitu S1 dan S2. Belauan berlaku sekali lagi pada S1 dan S2. Kemudian,
berlaku superposisi dari alur-alur S1 dan S2, menghasilkan corak interferens iaitu pinggir cerah
dan pinggir gelap pada kertas A4 (skrin). Interferens membina berlaku pada pinggir cerah
manakala interferens memusnah berlaku pada pinggir gelap.
Apabila jarak pemisahan di antara dwicelah, a ditambah, pinggir-pinggir menjadi lebih rapat
antara satu sama lain dan jarak pemisahan pinggir, x berkurang. Hal ini dapat dibuktikan
melalui formula :
𝒚𝒂
𝝀=
𝑫

Anda mungkin juga menyukai