Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN MINGGU 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN (MINGGU PERTAMA)

NAMA : WONG SENG ZI

PROGRAM : PISMP MATEMATIK SEMESTER 5

AMBILAN JUN 2016

TEMPOH PRAKTIKUM : 29 JULAI 2018 – 25 OKTOBER 2018

PENGKHUSUSAN : MATEMATIK DAN BAHASA CINA

NAMA GURU PEMBIMBING : ENCIK LIM SIEW TONG

PN LIM MEI MEI

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: TN. HAJI MOHAMED AZLI BIN ABU SAMAH

ENCIK TAN SIN KEAT

TAJUK JURNAL : MASALAH BERKENAAN MURID YANG

PASIF

MINGGU 1 : 12/8/2018 (AHAD) – 16/8/2018 (KHAMIS)

1.0 Masalah yang Difokuskan

Minggu ini merupakan minggu ke tiga saya di sekolah ini, kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas,
terutamanya di dalam aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila
hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang
dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala mengganggu
murid lain.

1
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN MINGGU 3

2.0 Analisis Masalah


Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang
lemah berbanding dengan pelajar lain. Saya mendapati ada pelajar yang sentiasa
tidak mahu melibatkan diri sendiri dalam aktiviti kerana ada pelajar yang lebih
mahir dan pandai dalam bidang tersebut dalam kumpulan mereka yang
menyebabkan mereka tidak berani untuk menjalankan aktiviti bersama. Selain itu
juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Ia juga
mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang
mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam
diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Kajian Lampau Terhadap Isu

Menurut “my Metro” telah mempamerkan satu artikel “Didik hibur elak murid pasif”
melalui laman web

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/01/200025/didik-hibur-elak-murid-pasif

4.0 Cadangan Penyelesaian Masalah

Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar


mereka dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam
diri mereka.
Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai
peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas.
“Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu
ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu
diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini
diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam
bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar
melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman,
menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.”

2
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN MINGGU 3

Guru perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid
untuk melibatkan diri semasa proses P&P berlangsung.

5.0 Tempoh Penyelesaian


Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin supaya murid-
murid dapat melibatkan diri dalam P&P yang dijalankan.

6.0 Tindakan Susulan


Saya hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada murid yang lebih pasif dan
sentiasa memberi peneguhan positif kepada murid-murid yang berkaitan.

7.0 Kesimpulan
Pengukuhan adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perkara
itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk
memuaskan kehendak individu; keduanya untuk mengurangkan tekanan dan
merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada 2 bahagian iaitu
pengukuhan positif dan negatif. Sebagai guru, sangat penting untuk
mengaplikasikan teori ini bagi menarik minat murid-murid dalam aktiviti P&P.

8.0 Rujukan

Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Siti A’isyah Sukaimi. (24 January 2017). Didik hibur
elak murid pasif. Retrieved 20.8.2018, from

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/01/200025/didik-hibur-elak-murid-pasif

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai