Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN

1. TAJUK INOVASI : ET 2.0

Apa itu “ET”?


“ET” berasal dari huruf pertama “Electrical-visual Teaching”. Produk ini
merupakan inovasi daripada produk “ET” yang telah dihasilkan pada tahun
2017. Produk ini dihasilkan melalui satu Atomi Systems iaitu ActivePresenter.
Inovasi ini dapat memupuk pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar di
samping memupuk minat pelajar untuk belajar. “ET” menghasilkan impak
besar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Cina dalam tajuk
simpulan bahasa.

2. NAMA PASUKAN : ANGELA LOO YAN ZHEN


ONG YUN WEN
NG WAI PENG
HENG WAY SHEN
WONG SENG ZI
3. OBJEKTIF

3.1. Meningkatkan kefahaman pelajar tentang simpulan bahasa (rujuk buku


teks Bahasa Cina tahun 3) di sekolah rendah.
3.2. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
menyeronokkan.
3.3. Memupuk pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar.
3.4. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan pelajar.

4. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN


Sebelum inovasi ini diperkenalkan, para pelajar melihat simpulan
bahasa sebagai sesuatu yang susah untuk dipelajari. Mereka juga tidak
berminat dalam mempelajari simpulan bahasa dan menghadapi masalah
untuk mengingati susunan simpulan bahasa yang betul. Setiap simpulan
bahasa (Bahasa Cina) terdiri daripada 4 perkataan. Namun, kadangkala
pelajar akan keliru tentang susunan simpulan bahasa tersebut.

Sebagai contoh yang nyata, semasa pelajar mempelajari simpulan


bahasa menggunakan kaedah konvensional mereka tidak begitu minat dan
berasa bosan (rujuk gambar rajah). Apabila diuji secara lisan, kami mendapati
para pelajar tidak dapat menjawab simpulan bahasa dengan betul dan mereka
juga keliru tentang susunan simpulan bahasa yang tepat.
5. MASALAH –MASALAH YANG DIHADAPI
5.1 Pelajar mengalami masalah untuk mengingati susunan perkataan
simpulan bahasa (Bahasa Cina) di sekolah rendah.
5.2 Pelajar tidak menunjukkan minat dan agak pasif dalam
mempelajari simpulan bahasa.
- Pengajaran simpulan bahasa secara kaedah konvensional
(kuliah) tidak mengandungi unsur “kreatif” tetapi lebih
berunsur seterotaip.
5.3 Pelajar kurang menggunakan simpulan bahasa dalam aktiviti
mengarang kerana mereka menghadapi masalah untuk
memahami maksud simpulan bahasa.

6. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN


6.1 Mengapa “ET”
“ET” merupakan program secara talian dalam P&P Bahasa Cina
Sekolah Rendah. Program tersebut adalah berkaitan dengan
simpulan bahasa. “ET” mewujudkan suasana PdP yanf aktif dengan
melibatkan semua pelajar (secara berkumpulan) semasa
menggunakannya. ET” menarik minat pelajar untuk belajar. Selepas
melakukan soal selidik dalam kalangan guru pelatih, dibuktikan
bahawa program ini dapat mewujudkan PdP yang berkesan dan
menarik.

6.2 Bagaimana “ET”?


6.2.1 Guru menyediakan kemudahan komputer di bilik darjah.
6.2.2 Guru boleh menggunakan program ini dalam pengajaran
dan pembelajaran. Misalnya, meminta semua pelajar
bekerjasama untuk menyusun simpulan bahasa dengan
betul dan menjelaskan maksud simpulan bahasa
tersebut.
6.2.3 Program ini boleh dimuat turun ke dalam komputer supaya
pelajar dapat menggunakan program tersebut pada
bila-bila masa dengan adanya kemudahan komputer.
6.2.4 Pelajar boleh menggunakan kemudahan komputer yang
disediakan tanpa kehadiran guru dan semakan jawapan
juga boleh dibuat sendiri dengan menekan butang
“submit”.
6.2.5 Pelajar boleh meluangkan masa lapang untuk
menggunakan program ini di mana penguasaan mereka
dalam simpulan bahasa dapat ditingkatkan dengan
secara tidak langsungnya.

6.3 Tumpuan “ET”


Inovasi bagi kumpulan kami lebih tertumpu kepada sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Produk inovasi ini telah
digunakan dalam PdPc simpulan bahasa (Bahasa Cina) yang selalu
dianggap sebagai tajuk yang sukar untuk difahami dalam kalangan
pelajar sekolah rendah.

6.4 Bila ? Kos?


6.4.1 Inovasi ini telah dimulakan pada awal tahun 2018 dan
mengambil masa kira-kira 3 hari untuk membuat
pembinaan permainan ini secara offline.
6.4.2 Hasil inovasi ini tidak melibatkan sebarang kos kerana
kami hanya menggunakan apps yang sedia ada
(ActivePresenter) untuk membina program ini.

7. FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DIPERKENALKAN


7.1. Inovasi ini dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran simpulan
bahasa dan meningkatkan penguasaan pelajar dalam simpulan
bahasa (Bahasa Cina).
Jawapan Bilangan Peratus

Ya 29 96.67%

Tidak 1 3.33%
Jadual 1.0 : Soal Selidik tentang keberkesanan hasil inovasi dalam
menarik minat murid dalam pembelajaran
Rajah 1.0 : Analisis tentang keberkesanan hasil inovasi dalam menarik
minat murid dalam pembelajaran

7.2. Inovasi ini dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
pelajar kerana ia memerlukan pelajar untuk menyusun semula
simpulan bahasa dan ini melibatkan kemahiran menganalisis dalam
dimensi Proses kognitif.
Jawapan Bilangan Peratus

Ya 26 86.67%

Tidak 4 13.33%
Jadual 1.1 Soal selidik tentang keberkesanan hasil inovasi dalam memupuk
KBAT

Rajah 1.1: Analisis tentag keberkesanan hasil inovasi dalam memupuk KBAT
7.3. Inovasi ini dapat memupuk pembelajaran koperatif pelajar dan
menggalakkan komunikasi antara pelajar.
7.4. Inovasi ini juga boleh diaplikasikan dalam subjek lain seperti subjek
Sains, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya.
7.5. Kebanyakkan siswa didik menunjukkan penerimaan yang baik
terhadap penggunaan hasil inovasi dalam proses PdPc.

Jawapan Bilangan Peratus


Ya 30 100%
Tidak 0 0%
Jadual 1.2 Soal Selidik tentang penerimaan siswa didik terhadap
penggunaan hasil inovasi dalam proses PdPc

Rajah 1.2: Analisis tentang penerimaan siswa didik terhadap penggunaan


hasil inovasi dalam proses PdPc

7.6. Impak “ET”


“ET” sesuai digunakan untuk PdPc Bahasa Cina tajuk simpulan
bahasa. Dengan menggunakan “ET”, guru dapat meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi pelajar iaitu salah satu elemen yang
amat penting dalam pembelajaran abad ke- 21. Selain itu, permainan
ini turut memupuk pembelajaran kendiri dalam kalangan murid iaitu
mereka dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran
guru.

Selain itu, “ET” juga memberi impak yang besar kepada JERIS.
“ET” melatih keseimbangan fizikal dan mental dalam kalangan pelajar.
Dari segi intelek, “ET” memupuk kemahiran berfikir pelajar. Untuk
mencari susunan simpulan bahasa yang betul, pelajar-pelajar perlu
mengimbas kembali pengetahuan sedia ada supaya dapat menyusun
simpulan bahasa dengan betul. Melalui inovasi ini, guru juga dapat
menperkukuhkan ingatan pelajar terhadap sesuatu simpulan bahasa.

Dari segi emosi, pelajar-pelajar lebih menghayati proses PdPc,


mereka mencapai kepuasan belajar kerana ingin mendapatkan
markah yang tinggi dalam permainan tersebut. Di samping itu, “ET”
dapat mengurangkan tekanan pelajar semasa belajar kerana “ET” ini
merupakan pembelajaran simpulan bahasa dalam bentuk permainan.

Dari segi rohani, suasana P&P yang aman tenteram berjaya


memupuk fikiran positif dan amalan bertanggungjawab dalam
kalangan pelajar.

Dari segi sosial, “ET” memupuk semangat berkerjasama dan


menggalakkan gaya hidup yang sihat. Pelajar dapat mempelajari cara
bergaul dengan rakan-rakannya yang secara tidak langsungnya dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka.

“ET” meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan amat sesuai


digunapakai untuk belajar tajuk simpulan bahasa (Bahasa Cina).
Selain itu, “ET” juga boleh digunapakai dalam pembelajaran subjek
lain seperti Sain, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai