Anda di halaman 1dari 2

Teks juruacara 9/8/2018

Bismilahirahmannirahim…
Yang Mulia,
Cgu Hj Mohd Fadhillah bin Hj Ismail -
Pemangku pengetua SMAS

YM,Cgu Hjh Norsinah binti Hj Metusin


Tim.Pengetua Akademik SMAS

YM Pegawai-pegawai dari Information Technology Protective Security Services (ITPSS)


YM Pegawai-pegawai pelajaran, YM Guru-guru,
YM Ahli Jawatankuasa Program
YM Para Pelajar dan para Hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh..selamat pagi dan salam sejahtera.

Selamat Datang ke Program Kesedaran “Internet Safety on Social Media”.


Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat sama-sama kita berkumpul bagi
menjalankan program pada pagi ini bagi pelajar Tahun 9.

Hadirin yang dihormati,


Bagi memberkati majlis kita dipagi ini, marilah kita sama-sama membaca doa yang akan dipimpin oleh Pelajar
dari Tahun 9A ,Ady Farizan bin Sofaizal. Majlis mempersilakan.
-----------BACAAN DOA----------

Amin..amin..Ya Rabalallamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Syukur kehadrat Allah Subhanawataala kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita dapat berkumpul di pagi ini,
khamis 27 Zulkaedah 1439H bersamaan 9hb Ogos 2018.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Bagi meneruskan program kita pada pagi ini, dijemput Yang Mulia, Cikgu Hj Fadhillah bin Hj Ismail untuk
memberikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan.

Waalaikumsalam warahmatulahiwabarakatuh.. ( kalau salam diberi)


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya, saya serahkan majlis ini kepada Tuan…………………………………………………………. Pegawai dari ITPSS bagi
acara seterusnya. Dipersilakan.

Seterusnya Penyampaian cenderamata penghargaan dan kenangan daripada Sekolah Menengah Awang Semaun
Kepada Yang Mulia …………………………………………………………………….., pegawai dari ITPSS.
Dengan itu majlis mempersilakan Cikgu………………………………………………………………….. bagi penyampaian
cenderamata.
.Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,


Sebelum kami mengakhiri program pada pagi ini, Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan
terima kasih diatas kehadiran pegawai dari ITPSS Snd Bhd. dan para hadirin sekalian yang sama-sama menjayakan
majlis pada pagi ini.
Sekalung penghargaan juga kepada warga sekolah serta Ahli Jawatankuasa progam bagi menjayakan majlis ini.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan Terima kasih diatas segala perhatian pelajar-pelajar, semoga ilmu
yang disampaikan tadi akan dapat membantu pelajar mengenal tentang keselamatan penggunaan internet dan
mendidik pelajar untuk seorang pengguna internet yang bijak.
Sekian Wabilahitaufik Walhidayah….. Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai