Anda di halaman 1dari 3

SOALAN PENILAIAN

Rajah 1

1. Apakah fungsi alat kemasan yang ditunjukkan dalam Rajah 1?


A. Mengikis permukaan projek supaya licin
B. Mengikis lapisan cat selepas menyapu lapisan pertama cat licau pada
projek
C. Menyapu tepung penyumbat pada projek
D. Meratakan bentuk lengkung pada bahan projek

2. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi tepung penyumbat semasa


proses kemasan?
I Menyumbat liang dan ira kayu
II Mewarnakan kayu
III Menutup lubang paku
IV Mengukuhkan cantuman projek
A. I dan II C. II dan III
B. I dan III D. III dan IV

3. Antara berikut, yang manakah merupakan bahan pelarut bagi berus syelek
yang telah digunakan?
A. Spirit metal C. Minyak turpentin
B. Minyak thinner D. Air dan sabun

4. Susunkan aplikasi kemasan projek menggunakan syelek yang betul.


I Bersihkan permukaan projek daripada kekotoran dan minyak
II Gosok lapisan syelek dengan kertas las gred 00
III Sapu lapisan kedua dan biarkan kering sebelum menyapu lapisan
seterusnya
IV Sapu satu lapisan syelek dan biarkan kering
A. I, II, III, IV C. I, III, IV, II
B. I, IV, II, III D. II, I, III, IV

5. Antara berikut, pasangan yang manakah betul?

Alatan Bahan Kemasan


A. Pengikis Syelek
B. Berus cat Lekar
C. Berus syelek Cat semburan
D. Penyembur cat Cat licau
6. Apakah tujuan utama penyediaan jadual kerja?
A. Untuk menghasilkan projek yang menarik
B. Untuk menjimatkan masa dan wang
C. Dapat menghasilkan projek yang lebih bernilai
D. Menjamin keselamatan semasa membuat kerja amali

7. Apakah tujuan utama mengubahsuai sesuatu projek?


A. Menambah nilai projek
B. Menambah kos projek
C. Mencantikkan projek
D. Menambah fungsi projek

8. Antara berikut, yang manakah perkara yang perlu didokumentasikan?


I Tema
II Lakaran bebas
III Iklan jualan produk
IV Jadual kerja
A. I, II dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

9. Antara berikut, kos yang manakah harus diambil kira dalam pengiraan kos
pengeluaran?
I Kos upah
II Kos bahan
III Kos overhed
IV Kos prima
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

Butiran Jumlah (RM)


Kos bahan 420.00
Kos upah 80.00
Kos overhed 50.00
Jadual 1

10. Jadual 1 menunjukkan kos untuk membuat 10 unit projek reka bentuk.
Hitungkan kos pengeluaran bagi seunit projek reka bentuk itu.
A. RM5.50 C. RM50.00
B. RM42.00 D. RM55.00
JAWAPAN

1. C
2. B
3. A
4. B
5. D
6. B
7. A
8. B
9. A
10. D

Anda mungkin juga menyukai