Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih yang dipertua dewan, yang saya hormati rakan-rakan barisan pembangkang,

yang disengani barisan kabinet kerajaan serta seisi dewan yang sudi bersidang bersama
kami. Selamat bersidang, assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, usul kita pada hari ini pilihanraya kampus
melahirkan pemimpin berintegriti. Perdana Menteri kita telah membentangkan konsep
pilihanraya kampus melahirkan pemimpin berintegriti dengan tepatnya iaitu proses pemilihan
calon pemimpin mahasiswa universiti. Pertikaian saya yang pertama ialah adakah proses
pemilihan calon pemimpin mahasiswa yang dilakukan berdasarkan kapasiti pilihanraya
kampus itu sendiri mampu melahirkan calon yang berintegriti?

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, melalui pemahaman saya untuk berada
dalam pilihanraya kampus para calon itu akan dicalonkan dan akan menjadi pemimpin
selepas mendapat undian majoriti. Pihak kerajaan juga ada menyatakan bahawa pemimpin
yang berintegriti dapat dilihat apabila mereka menuntut hak. Seperti yang dikatakan oleh
Dato, sekadar menuntut hak yang dinafikan itu dikatakan berintegriti. Kes yang diajukan oleh
beliau cukup mudah pada hari ini, Pro Mahasiswa telah menang tiba-tiba dinafikan
kemenangan itu. Mereka semua bangkit menentang dan menuntut balik hak mereka.
Adakah itu dikatakan pemimpin yang berintegriti. Bagi saya tidak berintegriti langsung.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, menelusi kembali tujuan pilihanraya kampus
iaitu bagi memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP). MPP ini berfungsi sebagai mata dan telinga pelajar bagi menjaga
kebajikan pelajar di universiti. Ini bermakna pemimpin yang dipilih dan berintergiti
mempunyai tanggungjawab yang berat. Soalan saya, adakah pemimpin itu menjalankan
tanggungjawabnya? Terdapat juga kes yang tidak dapat diselesaikan oleh MPP sehingga
timbulnya demonstrasi.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan, untuk kes yang kedua saya ingin bertanya mereka,
pada masa yang mana pilihanraya kampus ini melahirkan pemimpin yang berintegriti?
Semasa manifesto dibentangkan ke, semasa tengah bergaduh-gaduh ke, semasa
berkempen ke atau selepas pilihanraya dijalankan. Merujuk kepada penjelasan Dato
sebentar tadi, banyak menyatakan selepas pilihanraya dan semasa sudah menjadi MPP.
Maksudnya semasa menjadi MPP baru hendak tuntut hak itu dan ini. Ketika menjadi calon
tidak boleh menuntut hak. Kes mereka ini melibatkan manifesto semata-mata. Itu saya
katakan kes mereka bercanggah sebenarnya kerana pilihanraya kampus melahirkan
pemimpin berintegriti atau tidak, dapat dilihat semasa proses pilihanraya dijalankan, semasa
manifesto dibentangkan atau semasa pengucapan umun dijalankan.
Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, pada masa proses pengundian berlaku, kita
dapat lihat tindak tanduk atau tingkah laku para calon MPP sama ada berintegriti atau tidak.
Adakah beliau agresif atau bertentangan dengan etika yang ditetapkan? Untuk pengetahuan
umum sebenarnya pilihanraya kampus ada etika-etikanya. Andaikata para calon ini terus
melanggar etika pilihanraya kampus maka dia boleh dikatakan tidak berintegriti. Hal ini
kerana, untuk menjadi pemimpin yang berintegriti para calon harus mematuhi etika tersebut.
Etika yang pertama, tidak boleh berkumpul berbentuk demonstrasi dan keduanya tidak
boleh bertindak mengoyak, menconteng atau membakar sepanduk dan gambar pihak
lawan. Etika yang ketiga ialah tidak boleh mewujudkan situasi yang huru hara semasa
pilihanraya kampus berjalan. Apabila calon-calon ini melanggar etika ini, jelas menunjukkan
kepada kita bahawa pilihanraya ini tidak dapat melahirkan pemimpin berintegriti.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, hari ini saya ingin tunjukkan kepada anda
mekanisma lain yang boleh menggantikan pilihanraya kampus untuk melahirkan pemimpin
yang berintegriti. Pertamanya, kita boleh menetapkan 30% undian daripada fakulti dan 70%
lagi undian daripada pelajar. Daripada undian tersebut kita akan ambil lima orang calon
yang mendapat undian tertinggi. Calon-calon berkenaan harus mempunyai kelulusan
akademik dan kokurikulum yang baik. Lima calon ini harus dihantar kepada HEP. Keduanya,
lima orang calon daripada setiap fakulti ini harus dihantar ke pelbagai kem pengurusan
untuk memantapkan ilmu yang mereka ada. Daripada kem ini kita akan menapis lima orang
calon ini dan hanya dua orang calon sahaja yang layak untuk bertanding. Akhirnya setiap
fakulti akan menghantar dua orang calon sahaja.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, untuk melatih pemimpin untuk berintegriti
kita perlu ada caranya. Semasa proses pemilihan calon kita mesti mengikut proses analisis,
penapisan dan pemerhatian. Melalui proses-proses ini sahaja kita akan mengambil calon
yang paling layak. Setiap fakulti kita hanya mengambil dua orang calon sahaja. Calon-calon
inilah yang boleh dikatakan berintegriti. Disini kita dapat lihat bahawa untuk menjadi
pemimpin yang berintegriti bukan hanya bergantung kepada wajah semata-mata, dalam lima
orang yang tercalon itu hanya yang layak diterima oleh mahasiswa dan fakulti sahaja layak
bertanding. Keduanya, semasa di kem kita sudah dapat lihat calon-calon ini berintegriti atau
tidak iaitu adakah mereka boleh melakukan tugas yang diberi. Kita tidak boleh lihat kepada
kemampuan mereka bercakap sahaja, tetapi kerja yang diamanahkan tidak mampu mereka
selesaikan. Hasilnya kita dapat melahirkan pemimpin yang berintegriti tanpa perlu
mengadakan pilihanraya kampus yang belum tentu bersih dan betul.

Yang dipertua dewan dan seisi dewan sekalian, menjawab soalan mereka yang terakhir,
apakah kelemahan pilihanraya kampus? Banyak kelemahan yang timbul daripada
pilihanraya kampus. Contohnya isu demonstrasi yang berlaku di universiti seluruh Malaysia
hasil daripada kelemahan pilihanraya kampus. Sebelum berjalannya pilihanraya kampus
telah banyak timbul kekecohan di sekitar kampus dan kolej kediaman. Hal ini menyebabkan
ramai mahasiswa terkandas untuk ke kuliah. Selain itu ada juga mahasiswa yang diugut
supaya menyokong mana-mana pihak. Hal ini boleh dikatakan pilihanraya kampus yang
bersih. Tidak sama sekali yang dipertua. Kelamahan yang ada ini tidak akan menimbulkan
pemimpin yang berintegriti malah sebaliknya.

Akhir sekali, saya dengar kes mereka sangat bertentangan kerana mereka kata pilihanraya
kampus kesannya selepas pilihanraya kampus bukan sebelumnya atau semasa pilihanraya.
Mereka menyatakan bahawa hak kebebasan akademik boleh dituntut selepas menjadi MPP.
Selain itu, saya juga mahu katakan bahawa kebanyakan pilihanraya kampus di universiti di
Malaysia telah melanggar etika pilihanraya kampus. Hasilnya, pilihanraya kampus tidak
mampu melahirkan pemimpin yang berintegriti.

Mohon usul ini ditolak. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai