Anda di halaman 1dari 7

CATATAN REFLEKSI

LAPORAN 1 : AKTIVITI BERMAIN BOLING DI PACIFIC BOWL, KB MALL

TARIKH : 5 OKTOBER 2015

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kekuatan, kesihatan


dan kelapangan masa untuk melaksanakan intership di Sekolah Kebangsaan Padang
Garong 2 ini dengan selamat dan kurnia-Nya

Pada minggu ini, saya dan rakan-rakan intership saya telah menjalankan projek
yang pertama iaitu aktiviti bermain boling yang diadakan di KB Mall. Sebelum itu, rakan
saya, Syahir yang telah mengelola aktiviti ini dan menyiapkan kertas kerja pada masa
yang telah ditetapkan kerana kami akan menjalankan projek yang kedua iaitu lawatan
sambil belajar murid Tahun 6 ke Kuala Lumpur pada keesokan hari selepas
menjalankan aktiviti yang pertama ini. Oleh itu, kami berkerjasama antara satu sama
lain bagi menyiapkan kertas kerja ini secepat yang mungkin dan akhirnya kami
mendapat kelulusan menjalankan aktiviti pada hari yang telah kami tetapkan iaitu pada
5 Oktober 2015 bersamaan Hari Isnin. Di sini juga, dua rakan guru pelatih dari aliran
perdana turut serta mengambil bahagian dengan menyertai aktiviti ini bagi memberikan
pengalaman baru bersama-sama murid-murid Pendidikan Khas. Murid-murid juga
berasa teruja dan seronok serta tidak sabar untuk bermain boling kerana ini adalah
pengalaman yang pertama mereka bermain boling.

Secara keseluruhannya, murid-murid berasa sangat puas hati bermain boling


dan ada yang mengajak supaya datang lagi pada masa yang akan datang. Terdapat
juga beberapa kelemahan sepanjang program ini dijalankan disebabkan beberapa
perkara yang saya akan menjelaskannya dengan lebih lanjut nanti. Di sebalik beberapa
kelemahan, terdapat juga beberapa kekuatan sepanjang program ini dijalankan seperti
murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru walaupun ada segelintir yang tidak
mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Selain itu, kami juga mendapat
pengalaman baru iaitu bermain boling bersama-sama murid-murid Pendidikan Khas
dan ini merupakan pengalaman yang indah bagi kami dan juga guru-guru Pendidikan
Khas.
MASALAH YANG TIMBUL/ISU YANG DIFOKUSKAN

Masalah yang timbul dalam kalangan murid-murid ini ada segelintir murid ini tidak
mendengar arahan yang diberikan sama ada dari kami atau guru-guru Pendidikan
Khas. Ini menyebabkan murid ini akan berkeliaran sesuka hati dia sahaja walaupun
saya tidak mengajar murid tersebut tetapi saya merasakan murid ini mempunyai
masalah hiperaktif di samping penyakit utamanya iaitu terencat akal pada tahap yang
sederhana. Murid ini akan berkeliaran ke mana sahaja yang dia mahu pergi jika kami ini
terlepas pandang walaupun sesaat. Ini menyebabkan kami terpaksa bergilir-gilir
mengawasi pergerakannya supaya dia tidak dapat pergi ke mana sahaja. Selain itu,
murid ini pernah menggulingkan badanya di tempat bermain itu disebabkan tidak
mendapat benda yang dia mahukan iaitu air 100 plus. Ini menyebabkan penyelaras
Pendidikan Khas terpaksa membeli minuman tersebut bagi meredakan keadaan murid
tersebut daripada bertindak agresif lagi.

ANALISIS MASALAH

Berdasarkan masalah yang timbul pada projek ini, hal ini berlaku apabila murid
sememangnya berperangai sebegitu. Malah masalah ini juga berlaku disebabkan tiada
tindakan tegas yang dilakukan kepada murid tersebut yang menyebabkan murid ini
bertindak berani melakukan perangai sebegitu sesuka hati dia sahaja dan tidak kira di
mana jua berada. Oleh itu, saya akan bertindak tegas kepada murid ini jika melakukan
perbuatan ini di depan saya dengan mengenakan konsep “Time-Out” kepada murid ini.

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, untuk mengatasi masalah seperti ini daripada berulangnya lagi
pada masa yang akan datang adalah dengan memastikan murid ini selalu mendengar
arahan dengan masa kerana masa itu emas dan perlulah gunakan masa yang ada
dengan sebaiknya.
Selain itu, saya akan menyediakan jalan alternatif yang lain jika murid ini tidak
mendengar arahan yang diberikan iaitu dengan menyediakan terapi aroma yang
dikhususkan supaya dengan adanya terapi aroma ini diharap mampu mengawal tingkah
lakunya daripada bertindak lebih agresif pada masa yang akan datang.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN

Pada pandangan saya, masalah ini dapat diselesaikan dalam masa 2 atau 3 hari
sahaja. Hal ini kerana pada pandangan saya, murid akan berasa takut untuk melakukan
perbuatan ini lagi pada masa yang akan datang kerana bimbang akan dikenakan “Time-
Out” lagi kepadanya.

TINDAKAN SUSULAN

Antara tindakan susulan yang saya akan ambil ialah :

a) Memeriksa latar belakang murid sama ada dari keluarga yang berada atau
sebaliknya.
b) Menjadi lebih tegas kepada murid-murid ini.
CATATAN REFLEKSI

LAPORAN 2 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 KE KUALA LUMPUR


DAN PERAK

TARIKH : 6,7,8,9 OKTOBER 2015

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kekuatan, kesihatan


dan kelapangan masa untuk melaksanakan intership di Sekolah Kebangsaan Padang
Garong 2 ini dengan selamat dan kurnia-Nya

Pada minggu ini, saya dan rakan intership saya telah menjalankan projek yang
kedua iaitu aktiviti lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Perak. Aktiviti ini
dijalankan sehari selepas aktiviti yang pertama iaitu aktiviti bermain boling sehari
sebelum aktiviti kedua ini dijalankan. Sebelum itu, saya telah diberikan mandate
mengambil alih menjadi seitausaha untuk aktiviti ini dengan guru yang sebelum ini akan
bertindak sebagai naib setiausaha. Oleh itu, saya akan memastikan mandate yang
diberikan ini akan saya jalankan dengan penuh rasa bertanggungjawab. Oleh itu,
disebabkan kertas kerja sebelum ini sudah disiap, tetapi terpaksa diubah sedikit kerana
terdapat beberapa penambahbaikan, saya melakukannya sambil dibantu rakan saya
dan guru dan akhirnya saya dapat menyiapkannya pada masa yang singkat sahaja
disebabkan bantuan dari guru dan rakan saya. Tanpa bantuan mereka, mungkin saya
tidak dapat menyiapkan kertas kerja ini. Di sini juga kami mendapat pengalaman yang
baru iaitu menyertai aktiviti di aliran perdana kerana sebelum ini kami hanya
menjalankan aktiviti di kelas Pendidikan Khas sahaja. Oleh itu, kami akan gunakan
peluang ini sebaik mungkin dan akan menjalankan tugas dengan amanah semasa
lawatan ini.

Secara keseluruhannya, murid-murid berasa sangat puas hati dengan melawat


beberapa tempat yang menarik seperti I-City Shah Alam di mana mereka ini seronok
bermain permainan yang disediakan seperti rumah hantu, roller-coaster dan lain-lain
lagi. Terdapat juga beberapa kelemahan sepanjang program ini dijalankan disebabkan
beberapa perkara yang saya akan menjelaskannya dengan lebih lanjut nanti. Di sebalik
beberapa kelemahan, terdapat juga beberapa kekuatan sepanjang program ini
dijalankan seperti murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Selain itu, kami
juga mendapat pengalaman baru iaitu bermain dan bergaul bersama-sama murid-murid
aliran perdana dan ini merupakan pengalaman yang indah bagi kami yang merupakan
bakal guru Pendidikan Khas.

MASALAH YANG TIMBUL/ISU YANG DIFOKUSKAN

Masalah yang timbul dalam kalangan murid-murid ini ada segelintir murid ini suka
membuang sampah di dalam bas dan membuat bising tidak kira di dalam bas ataupun
di tempat yang dilawati. Ini menyebabkan rasa kurang senang hati disebabkan bas
yang dinaiki ini merupakan bas sekolah lain yang disewa. Orang kata tidak baik
memubang sampah di merata tempat apatah lagi bas itu bukan bas kepunyaan kita.
Oleh itu, guru-guru pengiring memberikan arahan yang tegas supaya tidak membuang
sampah di di dalam dengan menyediakan plastik supaya murid dapat membuang
sampah di dalam plastik. Tidak sedap mata memandang dengan sampah berada di
merata tempat lebih-lebih lagi membuang sampah di dalam bas yang bukan kepunyaan
kita. Selain itu, terdapat segelintir murid yang tidak menepati masa yang telah
ditetapkan sehingga terpaksa guru-guru menunggunya sebelum meneruskan
perjalanan ke destinasi yang hendak dikujungi. Sepatutnya murid perlu belajar
menepati masa kerana masa itu tidak menunggu kita. Bak kata pepatah “Masa itu
emas”. Hargailah masa tersebut dan belajar menepati masa agar orang lain akan
hormat kepada anda jika selalu menepati masa yang telah ditetapkan

ANALISIS MASALAH

Berdasarkan masalah yang timbul pada projek ini, hal ini berlaku apabila murid
sememangnya berperangai sebegitu. Malah masalah ini juga berlaku disebabkan tiada
tindakan tegas yang dilakukan kepada murid tersebut yang menyebabkan murid ini
bertindak berani melakukan perangai sebegitu sesuka hati dia sahaja dan tidak kira di
mana jua berada. Oleh itu, saya akan bertindak tegas kepada murid ini jika melakukan
perbuatan ini di depan saya dengan mengenakan tindakan yang bersesuaian dengan
kesalahan yang dilakukan oleh murid tersebut.
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Pada pendapat saya, untuk mengatasi masalah seperti ini daripada berulangnya lagi
pada masa yang akan datang adalah dengan menyediakan plastik di dalam bas supaya
mereka ini tidak membuang sampah di dalam bas seterusnya menjaga kebersihan
antara satu sama lain.

Selain itu, saya akan menyediakan jalan alternatif yang lain jika murid ini tidak
mendengar arahan yang diberikan iaitu dengan menyediakan terapi aroma yang
dikhususkan supaya dengan adanya terapi aroma ini diharap mampu mengawal tingkah
lakunya daripada bertindak lebih bising pada masa yang akan datang.

TEMPOH MASA PENYELESAIAN

Pada pandangan saya, masalah ini dapat diselesaikan dalam masa 2 atau 3 hari
sahaja. Hal ini kerana pada pandangan saya, murid akan berasa takut jika perbuatan
mereka kami laporkan kepada PK Hem kerana mendapati semua murid takut dengan
tindakan yang dikenakan dari PK Hem tersebut.

TINDAKAN SUSULAN

Antara tindakan susulan yang saya akan ambil ialah :

a) Memeriksa latar belakang murid sama ada dari keluarga yang berada atau
sebaliknya.
b) Menjadi lebih tegas kepada murid-murid ini.

Anda mungkin juga menyukai