Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya

dapat saya menyiapkan kerja kursus bagi matapelajaran Pengenalan kepada


Masalah Bahasa dan Komunikasi ini tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Jutaan
terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah penasihat iaitu Puan Nor Laini Binti
Che Mat yang telah banyak memberi tunjuk ajar, dorongan dan sokongan kepada
saya dan rakan sekelas selama menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu secara langsung dan juga tidak
langsung.

Di dalam tugasan ini, kami telah ditugaskan untuk mengkaji tentang pengubahsuaian
perancangan dalam kaedah pengajaran bahasa melayu kanak-kanak berkeperluan
khas.Tugasan ini memerlukan saya untuk menggunakan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif bagi menghuraikan dan membuat inovasi pengajaran seperti yang
dikehendaki di dalam tugasan ini.

Tugasan yang diberikan banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada


saya. Ini kerana tugasan ini banyak berfokuskan kepada alam persekolahan dan
bidang perguruan. Antara kebaikan dan manfaat yang telah saya perolehi sepanjang
menyiapkan tugasan ini ialah mendalami bidang pendidikan khas dan cabaran
sebenar menjadi seorang guru pendidikan khas. Tugasan ini banyak menggunakan
pemikiran secara kreatif dan kritis untuk membuat inovasi dalam pengajaran
pendidikan khas yang semakin mencabar pada masa kini. Ia juga mengajar dalam
mencari idea-idea yang bernas dan memperkembangkan lagi pengetahuan saya
dalam bidang perguruan ini.Saya juga dapat mempertajamkan kemahiran
membanding beza saya demi untuk menunjukkan contoh yang paling mudah
difahami oleh kanak-kanak bekeperluan khas ini..Sebagai seorang bakal guru,saya
dapat melihat potensi murid berkeperluan khas untuk maju ke hadapan selari
dengan murid-murid arus perdana.Niat saya untuk mendidik murid-murid pendidikan
khas semakin berkobar-kobar apabila terbaca berita tentang murid autisme yang
mendapat keputusan 9A dalam SPM tahun 2011.Pengalaman baru yang saya dapat
amat bermakna dan saya percaya pengalaman ini boleh jadi penyuluh karier saya
sebagai seorang guru kelak.Ini merupakan kali pertama saya menjalankan uujian
diagnostik kepada murid sekolah dan berdasarkan analisis yang saya buat,saya
berasa amat sedih apabila murid 11 tahun yang mempunyai potensi masih
ketinggalan dalam pelajaran.Adakah ini disebabkan proses pengajaran yang kurang
berkesan ataupun murid ini mempunyai tahap yang rendah?Persoalan ini bermain-
main di fikiran saya dan dengan bantuan rakan-rakan saya,kami membina sebuah
Rancangan Pengajaran Harian untuk murid tersebut.Saya berasa amat bertuah
kerana dapat mengajar murid tersebut.Walaupun hanya diberi masa sejam untuk
mengajar murid berkenaan,saya merasakan input yang telah saya beri mencukupi
dan akan dikenang oleh murid tersebut sampai bila-bila. Sebagai seorang guru,saya
ingin merealisasikan impian negara iaitu melahirkan modal insan yang sempurna
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial,InsyaAllah.

Dalam menghasilkan tugasan ini saya tidak mempunyai masalah yang begitu
rumit untuk menyiapkan tugasan ini. Ini kerana sumber-sumber untuk menghasilkan
tugasan ini agak susah untuk didapati. Selain itu juga, saya juga mendapat tunjuk
ajar dari pensyarah dan juga rakan sekelas. Semua ini banyak membantu saya
menghasilkan tugasan ini dengan lebih sempurna. Sekali lagi saya ucapkan jutaan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai