Anda di halaman 1dari 12

ATURCARA HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN MAJLIS GRADUASI CATATAN

PRASEKOLAH DAN TAHUN 6


2017

Mengumumkan ketibaan Puan Juliana binti Abdullah, Wakil Rasmi


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Buluh Kasap dan tetamu-
KETIBAAN tetamu jemputan masuk ke Dewan.
VIP DAN
TETAMU Diminta semua hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku dan Lagu Bangsa Johor.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahhir Rahmannir Rahim...

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Yang dihormati, Pn Juliana binti Abdullah, Wakil Rasmi Ahli Dewan


Undangan Negeri Kawasan Buluh Kasap.

Yang berusaha, Encik Helmyazizul Bin Abdul Hamid, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Sepinang.

Yang dihormati, Encik Muzaimi Bin Yusof, Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Sepinang,

Yang dihormati, Tuan Hj Md Taher Bin Iberahim, Ketua Kampung


Sepinang

KATA ALUAN Yang dihormati, Encik Ghazali Bin Jantan, Tuan Imam Masjid
JURU ACARA
Sepinang,

Yang dihormati, Encik Ismail bin Jaafar, Bapa Angkat Sk Sepinang,

Yang dihormati, barisan pembantu - pembantu guru besar,


Yang dihormati Guru-guru, AJK PIBG, tuan-tuan dan puan-puan
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

1
Selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi
Prasekolah dan Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sepinang bagi tahun
2017.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur, kerana dengan


limpah dan kurniaNYA, kita dapat, bersama-sama berhimpun, untuk
meraikan kejayaan, anak-anak kita dalam majlis ini.

Ribuan terima kasih, diucapkan kepada, Pn Juliana binti Abdullah


wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Buluh Kasap,
tetamu-tetamu jemputan dan semua ibu bapa kerana sudi
meluangkan masa bagi memeriahkan majlis pada hari ini.

Semoga usaha kita dalam memberi sokongan kepada anak-anak


dan pihak sekolah sentiasa diberkati Allah.

Hadirin yang dihormati,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

BACAAN DOA Untuk itu, marilah kita bersama-sama menadah tangan


mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Tuan Imam
Masjid Sepinang, Encik Ghazali Bin Jantan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..


Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih,


kepada Encik Ghazali Bin Jantan atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Prasekolah dan Tahun


PERSEMBAHAN 6 akan diserikan lagi dengan persembahan murid-murid prasekolah.
PRASEKOLAH Dipersilakan.

*******************************************************************
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid prasekolah atas
persembahan yang menghiburkan itu tadi.

2
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
UCAPAN GURU Kata aluan pemanis kalam.
BESAR
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Encik


Helmyazizul Bin Abdul Hamid Guru Besar SK Sepinang untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

******** UCAPAN GURU BESAR *************

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Helmyazizul Bin


Abdul Hamid atas ucapan itu tadi.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
UCAPAN Mohon rasmikan majlis kami.
PERASMI
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Pn Juliana binti Abdullah, Wakil Rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Buluh Kasap, untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Hari Anugerah dan Majlis Graduasi Prasekolah dan
Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sepinang bagi tahun 2017. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

…………UCAPAN PERASMIAN…………………

Mohon Pn Juliana binti Abdullah untuk berada sebentar di atas


pentas.

Dipersilakan Encik Helmyazizul Bin Abdul Hamid, Guru Besar SK


Sepinang untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Juliana
binti Abdullah, Wakil Rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
Buluh Kasap atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, dan ucapan terima


kasih,atas ucapan perasmian dan penyampaian cenderahati itu
tadi.

3
Hadirin sekalian,

Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan Majlis Konvokesyen


Prasekolah.

KONVOKESYEN Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan Encik Muzaimi bin Mohd


PRASEKOLAH Yusof, YDP PIBG SK Sepinang diiringi oleh Encik Helmyazizul Bin Abdul
Hamid, Guru Besar SK Sepinang untuk menyampaikan anugerah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

KONVOKESYEN PRASEKOLAH MURID 6 TAHUN 2017


1. AMIRUL AQIELEEN BIN AMIRUL MUKMININ
2. MOHAMAD AMIRUL HAKIM BIN MOHAMAD AZAM.
3. MUHAMMAD ADRIAN AL NAZIRUL BIN MOHD SAFARUDIN IZANI
4. MUHAMMAD NOR IRFAN BIN DARWIN
5. AISYAH NAJWA BINTI MOHD FAIZAL AZIZI
6. NUR AFRINA BINTI ARJUNA
7. NUR ASMAA RABIATUL ADAWIYAH BINTI YUSDIRMAN
8. NUR HUSNATUL IMANINA BINTI MOHD ZAMRI
9. SITI ZAHRATUSSHITAK BINTI MOHD FAIZAL
10. SYAFIQAH BINTI AHMAD

SIJIL PRASEKOLAH UNTUK MURID 5 TAHUN

1. MUHAMAD HAZIQ IKRAM BIN SYAMRULHISHAM


2. MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN KAHAR
3. NUR AIN MAHFUZAH BINTI MUZAIMI
4. NUR KAISHA ALEEYA BINTI SHARAFUDIN
5. NUR SHADATULDILLA BINTI ROSLAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Muzaimi bin Mohd


Yusof, YDP PIBG SK Sepinang atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi yang indah ini, Marilah
PERSEMBAHAN sama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid
MURID Tahun 6. Dipersilakan.
TAHUN 6
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 6 atas
persembahan yang menarik itu tadi.

4
Hadirin sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Pn Juliana binti


Abdullah, Wakil Rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Buluh
Kasap, diiringi oleh Encik Helmyazizul Bin Abdul Hamid, Guru Besar
ANUGERAH
Sekolah Kebangsaan Sepinang untuk menyampaikan Anugerah Sijil
- -SIJIL Kehadiran Penuh, Lonjakan Saujana, Prestasi Terbaik LINUS dan
KEHADIRAN Anugerah Sahsiah Terbaik Murid Tahap 1 dan Tahap 2. Dipersilakan.
PENUH
Bagi Anugerah Sijil Kehadiran Penuh Sepanjang Tahun 2017
- LONJAKAN
SAUJANA Tahun 1 : NUR FARISYA BINTI SUFFIAN

-PRESTASI Tahun 2 : 1.AHMAD NURASYAM HAJID BIN AZMAN


TERBAIK LINUS 2.MOHAMAD DANIEL HAQIEM BIN ABDULLAH
3.MUHAMMAD KHAIRUL HAKIMI BIN KHIR JUHARI
-SAHSIAH
4. NUR ANEESA ZUKRINA BINTI MOHD NEZAR
TERBAIK
Tahun 3 : NUR ATIARA BINTI ABDULLAH

Tahun 4 : 1. AHMAD FAHRIN BIN ROSLI


2. NUR FAQIHAH QAISARAH BINTI MOHD FAKHRI ZUNAIDY
3. SHAKIRA NAJWA BINTI MOHD SHARIL

Tahun 5 : 1. MUHAMMAD BAIHAQI BIN AHMAD


2. MUHAMMAD FARIS BIN MOHD FAUZI
3. NUR DAMIA QISTINA BINTI MOHD GHAZALI
4. NUR NADZIRAH MARDIAH BINTI MUZAIMI
5. NURUL SYUHADA BINTI MOHD HATTA
6. SITI NUR ADLIYA SHAFINA BINTI KHIR JAUHARI

Tahun 6 : SITI NOR AINA BINTI ALI

************************************************************
Seterusnya disampaikan Anugerah Lonjakan Saujana.

PRA SEKOLAH : SITI ZAHRATUSSHITAK BINTI MOHD FAISAL


TAHUN 1 : NURUL JANNAH BINTI WASSAL FALLAH
TAHUN 2 : AMIRUL AFIEQEEN BIN AMIRUL MUKMININ
TAHUN 3 : MUHAMMAD FIRDAUS BIN WASSAL FALLA
TAHUN 4 : MUHAMMAD FARIS BIN MOHD FAIZAL
TAHUN 5 : NUR DAMIA QISTINA BINTI MOHD GHAZALI
TAHUN 6 : SITI NURAISYAH BINTI ABDULLAH

*******************************************************************

5
Seterusnya disampaikan pula Anugerah Prestasi Terbaik LINUS.

Dipersilakan MOHAMAD NOR FADZLEY FAIZIE BIN ABDULLAH, murid


kelas tahun 2 untuk menerima anugerah.

*********************************************************************

Anugerah berikutnya ialah Anugerah Sahsiah Terbaik Prasekolah,


Murid Tahap 1 dan Tahap 2.

Penerima anugerah Sahsiah terbaik Murid Prasekolah dianugerahkan


kepada Muhammad Adrian Al Nazirul bin Mohd Safarudin Izani.
Dipersilakan.

Penerima anugerah Sahsiah terbaik Murid tahap 1 dianugerahkan


kepada ANIS SYUHADA BINTI MOHD FAISAL AZIZI dari kelas Tahun 3.
Dipersilakan.

Penerima anugerah Sahsiah terbaik Murid tahap 2 pula


dianugerahkan kepada NUR AMERINA BINTI KAMALUDIN dari kelas
Tahun 5. Dipersilakan

Hadirin sekalian,
Bagi menghargai jasa dan sumbangan yang sangat besar kepada
pihak sekolah, majlis dengan ini berbesar hati menjemput Encik
Ismail bin Jaafar, bapa angkat SK Sepinang untuk menerima sijil
penghargaan daripada pihak sekolah. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian menyampaikan


anugerah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

REHAT Majlis pada hari ini akan berehat sebentar dan bersambung semula
selepas ini.

Dijemput tetamu-tetamu jemputan untuk menjamu selera di kantin


sekolah.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


MURID Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan daripada adik
MUHAMMAD Muhammad Ikbal bin Abdullah. Dipersilakan.
IKBAL
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menghiburkan itu
tadi.

6
Hadirin yang dihormati sekalian,

ANUGERAH Majlis kita akan diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah


KEDUDUKAN Kedudukan Terbaik kelas, dan Anugerah Mata Pelajaran Terbaik.
TERBAIK Bagi menyempurnakannya, majlis menjemput Tuan Hj Md Taher Bin
Iberahim, Ketua Kampung, Kg, Sepinang, diiringi oleh Pn Hjh Zarina bt
MP TERBAIK Ahmad, PGB Kurikulum untuk menyampaikan anugerah.

Anugerah Kedudukan terbaik kelas


Dipersilakan.
Kelas Prasekolah,

Tempat pertama, dipersilakan ……………………………………………..


Tempat Kedua, dipersilakan ………………………………………………..
Dan tempat ketiga dipersilakan …………………………………………..

(rujuk lampiran kedudukan terbaik prasekolah hingga tahun6)

Bagi anugerah mata pelajaran terbaik.


Tahun 1
dipersilakan Nur Faqihah Umairah binti Mohd Fakhri Zunaidy, mata
pelajaran terbaik Bahasa Melayu Pemahaman dan Dunia Sains dan
Teknologi.

Seterusnya, Muhammad Daniel Iskandar bin Md Shaidul Islam, mata


pelajaran terbaik Bahasa Melayu Penulisan dan Bahasa Inggeris
Pemahaman.

Seterusnya, Nurul Jannah binti Wassal Fallah, mata pelajaran terbaik


Bahasa Inggeris Penulisan dan Pendidikan Islam.

Dipersilakan Dafinah Zahra binti Zahar, mata pelajaran terbaik


Matematik.

Tahun 2

Dipersilakan, Nur Aneesa Zukrina binti Mohd Nezar, mata pelajaran


terbaik Bahasa Melayu Pemahaman dan Matematik.

Seterusnya, Muhamad Shafiq bin Ahmad, mata pelajaran terbaik


Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Dunia
Sains dan Teknologi.

Dipersilakan Nor Ain Imanina binti Nor Azmi bagi mata pelajaran
terbaik, Pendidikan Islam,

7
Tahun 3

Dipersilakan, Alisya Dania Sara binti Yushairudin, mata pelajaran


terbaik Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan.

Seterusnya, Nurul Iman binti Saharuddin, mata pelajaran terbaik


Bahasa Melayu Penulisan.

Seterusnya, Nur Izatul Najwa binti Azlisshah, mata pelajaran terbaik


Bahasa Inggeris Pemahaman, Matematik dan Pendidikan Islam.

Dipersilakan Anis Syuhada binti Mohd Faisal Azizi, mata pelajaran


terbaik, Dunia Sains dan Teknologi

Tahun 4

Dipersilakan, Nur Faqihah Qaisarah binti Mohd Fakhri Zunaidy, mata


pelajaran terbaik Bahasa Melayu Pemahaman dan Pendidikan Islam.

Seterusnya, Mohd Irfan Shah Putra bin Abdullah, mata pelajaran


terbaik Bahasa Melayu Penulisan,

Seterusnya, Ariena Sofieyya binti Ahmad Azzineizar, mata pelajaran


Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan.

Tahun 5

Dipersilakan, Nur Nasuha binti Rosni, mata pelajaran terbaik, Bahasa


Melayu Pemahaman, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris
Penulisan dan Matematik.

Seterusnya, Nur Nadzirah Mardiah binti Muzaimi, mata pelajaran


terbaik, Bahasa Melayu Penulisan.

Seterusnya, Nor Amerina binti Kamaludin, mata pelajaran terbaik


Pendidikan Islam.

Tahun 6

Dipersilakan, Farah Adibah binti Mohd Faisal Azizi, mata pelajaran


terbaik bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Inggeris pemahaman,
Bahasa Inggeris Penulisan, dan Matematik.

Seterusnya, Nur Anis Batrisya binti Rosli, mata pelajaran terbaik


Bahasa Melayu Penulisan dan Pendidikan Islam

Seterusnya, Nor Dalila binti Zambri, mata pelajaran terbaik, Sains.

8
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Md Taher Bin
Iberahim, Ketua Kampung Sepinang atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Majlis kita pada pagi yang indah ini dimeriahkan lagi dengan
MURID persembahan murid Tahun 4 . Dipersilakan.
TAHUN 4 Persembahan itu tadi dibawah bimbingan Pn Maskuria binti Osman.
Terima kasih diucapkan kepada murid Tahun 4 atas persembahan
menarik sebentar tadi.

******************************persembahan tahun 4******************

TAYANGAN Hadirin sekalian,


MULTIMEDIA Majlis kita diteruskan lagi dengan Tayangan Multimedia.

*** Tayangan Multimedia **

Untuk makluman, tayangan multimedia itu tadi disediakan oleh Encik


Mohd Assri bin Mohd Rudin. Terima kasih diucapkan atas tayangan
multimedia yang menarik itu tadi.

ANUGERAH Hadirin yang dimuliakan,


TAMAT
PERSEKOLAHAN Mengumumkan perarakan masuk para graduan didahului oleh * kalau
TAHUN 6 perasmi ada
Encik Helmyazizul Bin Abdul Hamid, Guru Besar SK Sepinang, Encik
sebut nama
TOKOH Muzaimi Bin Mohd Yusof, YDP PIBG SK Sepinang dan Tuan Hj Md perasmi tak
KOKURIKULUM Taher Bin Iberahim, Ketua Kampung, Kampung Sepinang perlu ketua
kg.
TOKOH
KURIKULUM ******************Perarakan Masuk ************************* Pn. Juliana
binti
Majlis menjemput Encik Helmyazizul bin Abdul Hamid, Guru Besar SK Abdullah
Sepinang untuk menyampaikan pelaporan pentaksiran sekolah Wakil Rasmi
rendah. Ahli Dewan
Dipersilakan Undangan
Negeri
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyampaian Kawasan
pelaporaran itu tadi. Buluh
Kasap.
Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis graduasi Tahun 6 , dijemput Encik


Muzaimi Bin Yusof, YDP PIBG SK Sepinang untuk mengiringi Encik
Helmyazizul Bin Abdul Hamid, Guru Besar SK Sepinang bagi
menyampaikan sijil. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

9
Dipersilakan …………………………………………………………………….

1. AHMAD ZUL HAKIMI BIN MOHD ZAINOL


2. DANISH HAILFAN BIN NORAZAM
3. KHAIRUNNABIL BIN BAHAROM
4. MOHAMAD ZULKIFLI BIN MAT ISA
5. MOHAMMAD DANNIAL RAFFLI RAFFIQ IMMAN MD RAPIE
6. MUHAMAD NUR RIDZUAN BIN BASRI
7. MUHAMMAD AKIMI BIN AZHAR
8. MUHAMMAD AMMAR ABDUL HADI
9. MUHAMMAD IKBAL BIN ABDULLAH
10. MUHAMMAD ZAMARUL HISYAM BIN RAHMAT
11. NORMAN BIN ZULKEPELI
12. AINUR AIMA AIMISA BINTI NOOR AZMI
13. FARAH ADIBAH BINTI MOHD FAISAL AZIZI
14. NUR ANIS BATRISYA BINTI ROSLI
15. NURHAZIQAH ZUKRINA BINTI HAIRIL
16. NURSYAMIMI BINTI MOHD FAKHRUL AZRAL
17. NURUL ATIQAH BT SHARULFAZLI
18. SITI NORAINA BINTI ALI
19. SITI NURAISYAH BINTI ABDULLAH
20. SITI NUR'AQILAH HUMAIRA' BINTI AZMAN
21. SITI NURMANISAH BINTI TUMIRAN
22. SITI NURQASHRINA BINTI MOHD NAJIF
23. PUTERI NUR IYLIA BINTI MOHD FADHIL
24. NOR DALILA BINTI ZAMBRI

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Tokoh


Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sepinang bagi tahun 2017.

Izinkan saya membacakan terlebih dahulu biodata penerima


anugerah Tokoh Kurikulum.

Tokoh Kurikulum ini dilahirkan pada 17 Mei 2005 di Hospital Segamat.


Anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Tokoh yang meminati
mata pelajaran Bahasa Inggeris ini bercita-cita untuk menjadi
seorang doktor suatu hari nanti. Di masa lapangnya, beliau gemar
menyanyi.

Tokoh Kurikulum ini juga sering menyertai aktiviti-aktiviti di


peringat sekolah dan peringkat daerah seperti pertandingan kalam
Jamaie, pertandingan bercerita, pintar matematik dan
pertandingan bola baling.

10
Di sekolah, Tokoh Kurikulum ini menjawat jawatan sebagai Penolong
ketua pengawas, pengerusi persatuan puteri islam, setiausaha
persatuan pendidikan islam dan naib pengerusi bola jaring.

Bapanya, Encik Mohd Faisal Azizi bin Mohd Baseer seorang


guru Bahasa Inggeris di SK Canossian Convent,. Ibunya, Puan Haryati
bin Abdullah juga seorang guru di Sekolah Menengah ___________.

Dengan ini, Tokoh Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sepinang bagi


Tahun 2017 dianugerahkan kepada Farah Adibah Binti Mohd Faisal
Azizi. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah terakhir iaitu Tokoh


Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sepinang 2017.

Terlebih dahulu, izinkan saya membacakan biodata penerima


anugerah.

Tokoh Kokurikulum dilahirkan pada 27 Mei 2005 di Hospital Segamat.


Anak sulung daripada 2 orang adik beradik ini bercita-cita ingin
menjadi seorang pelumba basikal.

Di sekolah, tokoh ini menyandang jawatan Ketua Pengawas,


Pengerusi Pengakap dan Pengerusi Kelab Kriket.

Tokoh ini juga seorang murid yang aktif di dalam aktiviti


kokurikulum. Tokoh kokurikulum ini telah berjaya mewakili sekolah ke
peringkat Zon bagi kejohanan balapan dan padang, kejohanan
bola sepak L12 dan pertandingan catur. Tokoh ini juga mewakili
sekolah ke peringkat daerah bagi kejohanan sepak takraw L12 dan
kriket L12. Bagi kejohanan kriket, tokoh ini telah berjaya sehingga ke
peringkat MSS Johor.

Dengan ini, Tokoh Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sepinang bagi


tahun 2017 dianugerahkan kepada Muhammad Ikbal bin Abdullah.
Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik


Helmyazizul bin Abdul Hamid, Guru Besar SK Sepinang atas kesudiaan
menyempurkan penyampaian anugerah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan perarakan keluar para graduan.

**************************PERARAKAN KELUAR*******************

11
PENUTUP Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Graduasi Prasekolah Sekolah
Kebangsaan Sepinang hampir melabuhkan tirainya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua


warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak
ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga SK Sepinang, saya
menyusun jari sepuluh memohon kemaafan jika terdapat sebarang
kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Sekian terima kasih.


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Diminta semua para graduan naik ke pentas bersama tetamu


jemputan bagi sesi bergambar.
Dipersilakan.

12

Anda mungkin juga menyukai