Anda di halaman 1dari 24

MAKSUD HEGEMONI BARAT

Mengikut Kamus Dewan (2002 (edisi ketiga): 448),hegemoni ialah pengaruh


atau dominasi sesebuah negara ke atas negara lain. Hegemoni membawa maksud
pengaruh dan kekuasaan sesebuah negara ke atas negara lain ( Oxford, 2003).
Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran barat. Konsep ini
merujuk kepada satu penguasaan menyeluruh atau kepimpinan satu negara atau
kumpulan dan sebagainya ke atas satu negara atau kumpulan yang lain ( New
Penguin English Dictionary 2000:647 ) Perkataan hegemoni adalah perkataan
Bahasa Inggeris yang pada asalnya dipinjam daripada bahasa Yunani ( Greek).

Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan


fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak yang
berkuasa. Pengaruh atau dominasi sesebuah negara ke atas negara dan sebagai
negara lain. Pengaruh ini mencangkumi pelbagai sudut seperti politik , ekonomi ,
sosial , budaya, pendidikan, perundangan dan sebagainya.

Hegemoni boleh difahami sebagai pencengkaman atau dominasi sesuatu


pihak ke atas pihak lain yang secara relatif lebih lemah dari segi ekonomi, politik dan
sosial. Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok
terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan , sehingga idea-
idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang
didominasi . Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi
kelompok yang yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral ,politik dan budaya
daripada kelompok dominan atau kelompok yang berkuasa.

Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi
kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi
hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan. Simon (1982)
memberikan pengertian hegemoni dengan melihatnya sebagai satu strategi
mempertahankan kekuasaan. Hegemoni juga berasal daripada perkataan Yunani,
hegemon yang bermaksud ketua (Mclean,1,1996.The Concise Oxford Dictionary of
Politics, Oxford: University Press, p. 218).

1
Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran barat.
Konsep itu merujuk kepada satu penguasaan menyeluruh atau kepimpinan satu
negara atau kumpulan dan sebagainya ke atas negara atau kumpulan dan
sebagainya ke atas negara atau kumpulan yang lain (New Penguin English
Dictionary 2000 : 647).

Secara amnya, istilah “Barat” dianggap sebagai masyarakat barat dan


tamadun barat. Masyarakat barat terdiri daripada pelbagai kumpulan manusia yang
menetap pada mulanya di Eropah dan selepas itu berhijrah ke merata-rata tempat di
dunia ini. Jika dilihat daripada perkembangan sejarah Eropah, akan didapati bahawa
negara Eropah sentiasa berubah-ubah, sama ada berpecah atau bergabung
hinggalah ke hari ini. Peristiwa perpecahan dan kemunculan negara baru yang
terakhir berpunca daripada kejatuhan kuasa kerajaan Russia sekitar tahun 1990.
Peristiwa penggabungan negara-negara Eropah masih sedang berjalan dengan
pembentukan EU (European Union).

Untuk memahami dengan lebih lanjut, kita lihat dulu pembentukan teori
hegemoni. Teori atau analisa mengenai hegemoni, diperkekalkan oleh Antonio
Gramsci (1891-1937), Analisa Gramsci merupakan usaha pembaikan terhadap
konsep determinisme ekonomi dan dialektika sejarah Karl Marx. Dalam dialektika
Marx, sistem kapitalisme akan menghasilkan kelas buruh dalam jumlah yang besar
dan terjadi resesi ekonomi yang pada akhirnya, akan terjadi revolusi kaum buruh
(proletar) yang akan melahirkan sistem sosialisme. Dalam erti kata lain, kapitalisme
akan melahirkan sosialiesme. Namun, hal ini tidak akan terjadi.

Gramsci mengeluarkan argument bahawa kegagalan tersebut disebabkan


oleh ideologi, nilai, kesedaran diri dan organisasi kaum buruh tenggelam oleh
hegemoni pemerintah atau penguasa. Hegemoni ini terjadi melalui media massa,
sekolah-sekolah, bahkan melalui ceramah atau dakwah golongan agama, yang
melakukan indroktrinasi hingga menimbulkan kesedaran baru bagi kaum buruh.
Daripada melakukan revolusi, kaum buruh malah berfikir untuk meningkatkan
statusnya ke kelas menengah, mampu mengikuti budaya popular dan meniru gaya
perilaku atau gaya kelas borjuis. Ini semua adalah ilusi yang diciptakan kaum
pemerintah agar kaum yang didominasi kehilangan ideologi serta jati diri sebagai

2
manusia merdeka.

Dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa
ancaman kekerasan, sehingga ide-ide yang didiktekan oleh kelompok dominan
terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar. Dapat
juga kita simpulkan bahawa dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil
mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik
dan budaya dari kelompok dominan

2. CONTOH-CONTOH HEGEMONI BARAT

2.1 PENJAJAHAN

Kebanyakan negara-negara yang pernah dijajah oleh kuasa-kuasa barat


secara fizikal sudah berlalu. Dunia Islam juga tidak pernah terlepas daripada
pengalaman pahit dibelenggu penjajahan. Sejarah merakamkan bahawa
kemunculan Islam dan proses penyebarannya dalam masa yang singkat (iaitu kira-
kira 80 tahun sahaja jika dibandingkan dengan empayar Rom kira-kira 1000 tahun
untuk sampai ke mercu kegemilangannya) daripada maghrib hingga ke masyrik
serta kejatuhan dua empayar dunia yang besar pada masa itu meninggalkan impak
khususnya terhadap Eropah.

Di dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka, penjajah sentiasa menekan


masyarakat pribumi dan menghalang apa jua tindakan yang mengancam
kedudukannya. Umpamanya tanah-tanah jajahan di bawah penjajahan Rusia
sentiasa menghadapi tekanan fizikal yang lebih dahsyat jika dibandingkan dengan
dengan jajahan-jajahan di bawah kuasa penjajah barat lain. Fahaman perkauman ini
ditiupkan hampir di kebanyakkan wilayah Islam termasuklah di negara kita,
diskriminasi ras amat ketara dalam keseluruhan struktur politik , ekonomi dan sosial
penjajah Inggeris pada masa itu. Kehancuran kekhalifahan Uthmaniah adalah
persaksian sejarah yang dapat kita lihat di mana semangat kebangsaan dan negara
bangsa ditiupkan oleh penjajah untuk menentang bangsa Turki pada suatu masa
dahulu.

3
Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh barat sebagai dasar
untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan
pengaruhnya. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan berasaskan
kepada kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan mewujudkan
kebebasan. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya telah
menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi dunia khususnya
negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang (Azhar Muhammad &
Abdullah Sulong, 2005:99)

Merujuk kepada operasi ketenteraan yang membawa kepada kejatuhan


pemerintahan Saddam Hussein di Iraq, kita perlu melihat kepada perspektif Gramsci
berkenaan pelaksaan hegemoni di mana beliau berpendapat bahawa kuasa
dominasi hegemoni berupaya mempengaruhi persetujuan ijmak. Ianya bukan sahaja
sekadar pengaruh fizikal (ketenteraan atau penjajahan tanah), sebaliknya berupaya
menggunakan segenap ruang seperti sekatan ekonomi, tekana psikologi dan
pemulauan antarabangsa. Dalam hal ini, ada yang berpendaat Amerika Syarikat
ialah sebuah kuasa ‘empayar tanpa tanah jajahan’. Ia boleh dilihat melalui
kesungguhan Amerika menghapuskan hutang piutang Iraq selepas peperangan
memerangi Saddam. Kita boleh melihat bagaimana saranan AS kepada Jepun dan
Perancis untuk membantu melangsaikan hutang Iraq. Dalam kes ini kita melihat
peripentingnya kuasa hegemoni menstabilkan keamanan dengan mengelakkan
sekatan berterusan serta pengaruhnya untuk menstabilkan dunia.

Jika direnung kembali, idea hegemoni AS terhadap politik antarabangsa


bermula selepas kemenangannya memimpin tentera bersekutu dalam Perang Dunia
Kedua. Sentimen ini dilanjutkan dengan lebih hebat apabila AS berjaya memenangi
Perang Dingin dengan tumbangnya empayar komunisme pada tahun 1989-1991.
Tempoh ini menyaksikan dunia mula diuar-uarkan dalam apa yang dipanggil George
H.W Bush (1989-1992) sebagai Orde Baru Dunia dan juga penggunaan sistem
unipolar seperti yang dihujahkan oleh Krauthammer (1991). Krauthammer
mengemukakan persoalan sama ada abad ke-21 akan sekali lagi menjadi abad AS
ataupun era Pax Americana dan menganggap hegemoni dinikmati AS. Pada masa
yang sama, hegemoni beridelogi yang dikenakan Doktrin Bush mendapat sokongan
yang kuat daripada media iaitu satu lagi elemen yang dikaji oleh Gramsci. Media

4
massa seperti majalah Commentary, majalah The Weekly Standard, jurnal The
nasional Interest, stesen televisyen Fox, akhbar Wall Street Journal dan Washington
Post merupakan nadi terhadap gerakan konservatif dan kerap digunakan untuk
mempengaruhi pendapat awam, mempertahankan Israel, menjadi platform idea
kebesaran demokrasi dan menjadi suara rasmi pentadbiran Bush (Takiyuddin Ismail,
2007)

Hegemoni mempunyai kelemahan dan krisisnya yang tersendiri. Mengambil


kira idelogi Doktrin Bush, Gramsci telah meramalkan dengan jelas bahawa krisis
hegemoni akan tercetus apabila pemerintah mengalami kegagalan dalam sesuatu
dasar yang dijalankan secara paksaan. Lebih menarik apabila Gramsci memberikan
contoh seperti kegagalan perang yang merupakan hujah utama mengapa teori
hegemoni beridelogikan Gramsci seolah-olah memberikan analisi tepat mengenai
hegemoni beridelogikan Doktrin Bush ini. Pada penghujung penggal pertama
pentadbiran Bush lagi, ideologi neokonservatif sudah mula mendapat tentangan
daripada pihak konservatif tradisional khususnya apabila bukti ternyata menunjukkan
tiada WMD yang dijumpai di Iraq. Kehadiran noekonservatif dilihat telah mencemar
ideologi dan pegangan asal konservatif kerana ia bukanlah sesuatu yang konservatif
tetapi bersifat radikalisme dan egoism . Dasar luar Bush juga bertitik tolak daripada
kesalahan mentafsir sejarah dan penekanan yang keterlaluan terhadap idea
unilateralisme dan ketenteraan (Takiyuddin Ismail, 2007)

2.2 SAINS DAN TEKNOLOGI

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan


teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini
berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan
kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat
sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah
mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan
limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai
oleh pelbagai bencana dan kemelut yang meresahkan hampir semua bidang
kehidupan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak
berpunca daripada kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan
manusia.
5
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kemajuan proses
globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang
menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik
kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan kemelut
kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne
global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-
sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin
tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.

Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia


semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam
Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya
dasar penguasaan globalisasi barat. Namun, kebangkitan tamadun barat mula
menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah
membuka era baru kepada dasar penguasaan barat terhadap negara lain
terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-barat yang diwar-warkan ke
seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada bermulannya dominasi barat atau
disebut sebagai hegemoni barat.

Fenomena yang disebut sebagai hegemoni barat ini ialah apabila barat
menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik,
ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Apa yang paling dahsyat ialah
apabila barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak
sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras
juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbulnya isu keganasan dan terrorism
yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.

2.3 PENDIDIKAN

6
Hegemoni barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat barat kerana
mereka menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini
termasuk bahasa komunikasi luas dunia di mana Bahasa Inggeris iaitu bahasa
utama peradaban barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia.
Segala urusan pengantarabangsaan dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Barat juga mampu
mendominasi dunia dengan polisi-polisi mereka kerana mereka jugalah yang
menguasai ekonomi dunia. Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti Dana
Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah penguasaan
mereka. Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal mata wang di mana US Dolar
dijadikan pengukur nilai mata wang dunia.

Hegemoni Bahasa Inggeris yang pertama berlaku sewaktu penjajahan Britain


di Malaya. Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama dalam bidang-bidang yang
penting seperti pendidikan, pentadbiran dan perdagangan. Selepas kemerdekaan,
Bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat. Namun berlaku pula hegemoni
Bahasa Inggeris yang kedua mulai awal tahun 90-an. Bahasa Inggeris merupakan
bahasa yang menjadi wahana penyebaran.

Penguasaan Bahasa Inggeris menjadi begitu penting di Malaysia sehingga


kerajaan sanggup melaksanakan Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah supaya para pelajar dapat
menguasai Bahasa Inggeris dengan baik lantas membolehkan kita berinteraksi
dengan masyarakat barat dengan mudah.

Kita perlu meneliti dengan terperinci untuk memastikan sama ada sesuatu
yang kita lakukan dipengaruhi oleh masyaralat barat atau tidak. Nilai-nilai budaya
barat yang kita gunakan hasil hegemoni barat amat sukar kita asingkan daripada
nilai budaya tempatan. Nilai yang dikaitkan dengan budaya korporat selalunya
merupakan sebahagian daripada nilai kebudayaan barat dalam melaksanakan
perniagaan. Istilah budaya yang digunakan ini berbeza daripada kebudayaan.
Budaya selalunya merujuk kepada satu ahli kumpulan nilai yang tidak lengkap atau
menyeluruh. Ia tidak mampu untuk menerangkan dunia sekeliling kita.

7
2.4 EKONOMI

Apabila masyarakat Eropah mampu keluar dari benuanya, mereka berkejar


untuk merebut tahah jajahan di seluruh pelosok dunia. Peperangan antara kuasa
Eropah pun berpindah tempat dari benua Eropah ke kawasan yang lain. Mereka
mendirikan kerajaan penjajahan di tempat-tempat taklukan mereka untuk mengaut
kekayaan . Kekayaan ini dibawa balik ke Eropah untuk meningkatkan penghidupan
masyarakatnya. Tanah jajahan mereka sekadar rangkaian luas mereka untuk
mendapatkan kekayaan demi mengekalkan cara kehidupan Eropah.

Pemodenan ciptaan masyarakat barat yang kita alami pada hari ini asasnya
mencerminkan nilai-nilai masyarakat barat. Apabila tanah jajahan Eropah diberi
kemerdekaan, kita dapati bahawa negara-negara yang baru merdeka mengekalkan
sistem pentadbiran yang diajar kepada mereka oleh masyarakat barat. Sering kali
sistem politik demokrasi diperkenalkan kepada masyarakat tempatan. Sebelum
mereka diberikan kemerdekaan oleh kerajaan nilai kewarganegaraan dan hak-hak
individu cuba diterapkan oleh kerajaan penjajah kepada masyarakat tempatan dalam
masa yang begitu singkat. Nilai-nilai ini merupakan nilai barat dan kerap kali
bercanggah dengan nilai masyarakat tempatan.

Setelah diberi kemerdekaan, negara-negara baru dimasukkan sebagai ahli


pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Komanwel bagi negara yang pernah dijajah
oleh Great Britian. Kemasukan ke dalam kumpulan negara dunia sedemikian untuk
mengikut peraturan sistem negara global yang sedia ada diasingkan dan diberi
sekatan-sekatan tertentu untuk menghindari kemajuan negara tersebut.

Hegemoni barat merujuk kepada kepimpinan masyarakat barat dalam


pelbagai perkara di dunia pada masa sekarang. Hegemoni ini muncul akibat peranan
masyarakat barat dalam mewujudkan negara-negara dan sistem-sistem pentadbiran
negara pada mulanya. Tujuan asal masyarakat membentuk sistem-sistem ini adalah
untuk mengekalkan kekuatan barat itu sendiri dalam persaingan kuasa-kuasa barat
untuk merebut kuasa dan tanah jajahan. Persaingan antara kuasa barat merupakan
satu perkara biasa yang berlaku beribu-ribu tahun lagi. Peperangan juga telah
menjadi kebiasaan di benua Eropah.

8
Adalah diakui bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada
kemajuan yang telah kita usahakan sejak dahulu lagi. Ramai ahli falsafah , pemikir
dan penulis beranggapan bahawa manusia kini berada di tahap Era informasi atau
Era Globalisasi. Alvin Toffler mengatakan bahawa manusia telah melewati period pra
pertanian, period pertanian, period perindustrian dan kini dianggap sebagai period
informasi. Prof. Dilwaraz daripada Clarion University of Pensylvania berpendapat
(Zamilah Mohamed Yasin, 1999 ) “Sudah menjadi sesuatu yang lumrah dewasa ini
untuk mengatakan Negara yang menguasai perairan laut di abad ke-19 atau yang
menguasai ruang udara di abad ke-20 telah menguasai dunia. Di abad ke-21 ini, apa
yang jelas ialah negara yang menguasai gelombang udara akan menguasai dunia
malah lebih daripada itu.”

Amerika Syarikat (AS) merupakan kuasa ketenteraan yang terkuat di dunia.


dari segi ekonomi AS adalah dua kali ganda saiz pesaing keduanya di samping AS
terus menikmati kadar inflasi yang rendah, kadar pengangguran yang kecil dan
pertumbuhan yang bertenaga.Hegemoni adalah budaya Amerika Syarikat, faktor
tersebut membantu budaya AS dapat disebar ke serata dunia. Dari segi diplomatik
pula, sesuatu konflik atau permasalahan tidak akan berjaya tanpa penglibatan AS.
Apabila AS memasuki Bosnia, peperangan dihentikan dan apabila AS campurtangan
di Timur Tengah, keadaan menjadi lebih baik. AS juga menentukan keputusan
perluasan NATO dan menentukan negara-negara anggota barunya.

Untuk memahami hegemoni barat, kita perlu memahami beberapa nilai dan
pemikiran barat yang masih lagi mempengaruhi pemikiran kita hingga ke hari ini.
Selalunya nilai-nilai ini telah cuba diterapkan kepada masyarakat tempatan sesebuah
negara sebelum diberi kemerdekaan. Masyarakat barat selalunya beranggapan
bahawa nilai-nilai amat penting untuk membentuk masyarakat bertamadun. Mereka
juga beranggapan bahawa nilai dan cara penyelesaian masyarakat barat sahaja
yang akan memastikan sesebuah masyarakat mencapai tahap tamadun.

2.5 PERUBAHAN KERAJAAN DAN POLITIK

Munculnya tamadun barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal
utama iaitu tamadun Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun
Rom (sekitar 753 sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun barat merupakan tamadun
9
yang berteraskan kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom (Azhar
Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 95).

Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal barat
iaitu tamadun Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamadun-
tamadun yang lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat
dalam tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, sosial
dan ekonomi. Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah yang
menjadi asas kepada falsafah Eropah atau falsafah barat itu sendiri.

Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai


dengan suasana politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini telah
menghasilkan ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke hari ini.
Antara mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates
mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam
perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal jawab adalah jalan
untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar dari Socrates telah
banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang bertajuk Republic merupakan
buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin yang
terbaik kerana berpegang kepada etika. Aristotle yang banyak menimba ilmu
daripada Plato dan juga guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great)
merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan
kaedah saintifik dalam mencari kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).

Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari


Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146 S.M.).
Zaman Helenistik ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran pelbagai
pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa

ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian, pemerintahan


kerajaan Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah kerajaan yang
berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan Antigonid di bawah
pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di bawah pimpinan jeneral
Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu memperkembangkan lagi kebudayaan

10
Yunani ke luar dari kawasan asalnya (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai
Letchumanan, 2001 : 160).

Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun
27 S.M. hingga tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman
kegemilangan dan digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud “Keamanan Rom”
kerana selama 200 tahun keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu
berkembang sebagai sebuah empayar meliputi. tiga buah benua Asia, Utara Afrika
dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan
walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang membawa
kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai
Letchumanan, 2001 : 164-165).

Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan


kerajaan-kerajaan orang gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada tahun
800 M muncul empayar Rom Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin gasar
berketurunan Frank, Charlemagne. Empayar ini merupakan satu usaha untuk
mengembalikan kegemilangan empayar Rom (Sivachandralingam Sundara Raja & A
yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan tercetusnya Perang Salib (1096-1291 M)
antara orang Islam dan Kristian untuk merebut Tanah Suci Jerusalem telah membuka
peluang kepada penduduk barat dan Eropah melihat kemajuan orang Islam.

Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya zaman


Renaisans pada abad ke-14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-nilai
humanisme, individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada
kemajuan-kemajuan yang lebih pesat. Ia juga membawa kepada perkembangan
semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti England, Sepanyol
dan Portugal (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001 :
xxi). Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada perkembangan ekonomi
kebangsaan yang disebut merkantilisme yang menyebabkan persaingan dalam
perdagangan, galakan kepada dapatan dan teori baru yang akhirnya membawa
kepada Revolusi Sains.

Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana


masyarakatnya lahir dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan perlembagaan.

11
Kesannya muncul negara berperlembagaan di England. Perubahan-perubahan
politik ini menyediakan suasana yang baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial di
Eropah pada abad-abad berikutnya.

Suatu ketika dahulu, imej Islam dipandang hebat oleh dunia barat dan Timur.
Rasulullah S.A.W membina asas tamadun dengan menjadikan Madinah sebagai
model asas dan dikembangkan oleh para sahabatnya, tabie tabien, para ulama dan
ilmuan yang terbilang sehingga menjadikannya tamadun yang bertahan hampir 700
tahun.

Baitulhikmah dibangunkan dengan tradisi perpustakaan dan ilmu yang amat


menakjubkan. Zaman Abbasiyyah adalah zaman yang menampilkan keunggulan
tradisi sains dan matematik yang amat mengkagumkan. Andalusia menjadi tempat
rujukan ilmu dan Barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam. Orang-orang barat
melihat Islam di Andalusia sebagai agama tamadun. Darinya lahir ilmuan terbilang
dalam pelbagai bidang. Karya-karya mereka diterjemahkan ke bahasa orang-orang
barat iaitu bahasa Latin dan Ibrani. Ilmunya diambil untuk dijadikan sandaran dalam
membangun ilmu-ilmu falsafah, astronomi, sains, perubatan, geografi, matematik,
muzik dan sebagainya.

Negara barat membangunkan kekuatannya sebagai bangsa maju dan


akhirnya menjadi penakluk dengan mengembangkan ilmu dan tamadun dalam
orientasi baru kepada umat manusia terutamanya orang-orang Islam. Ratusan tahun
umat Islam dijajah sudah tentu meninggalkan kesan yang amat besar terhadap
tradisi ilmu, kehidupan dan juga sistem. Fahaman sekular berkembang dalam
masyarakat Islam. Akhirnya sebahagian umat Islam mengagumi kekuatan barat
dalam melakukan pemodenan dan perubahan dalam acuan barat.

Pada hari ini umat Islam terpalit dengan imej buruk sehingga menimbulkan
fobia atau ketakutan bagi sesetengah orang di barat hingga timbul kebencian mereka
terhadap kebangkitan Islam itu sendiri. Islam dianggap agama yang membimbing
manusia ke arah keganasan, pelampau dan menyuburkan fahaman fundamentalis.
Sistem pondok, pesantren, madrasah dan seumpamanya menghasilkan taliban-
taliban yang bakal menghancurkan seluruh kepentingan barat.

12
Samuel Hutington dalam analisis politiknya mengenai ‘Pertembungan
Tamadun’ (Clash of Civilization) merupakan suatu kesengajaan lanjutan daripada
teori konflik barat yang sifatnya sentiasa mempertembungkan. Memang niat kuasa-
kuasa barat untuk menjadi kuasa penakluk dalam bentuk baru ternyata berkesan.
Hanya bangsa kulit putih dianggap mampu melakukan perubahan budaya dan
tamadun terhadap orang lain.

Sebab itulah globalisasi berlaku dengan maksud tersirat untuk melakukan


hegemoni atau penguasaan politik, ketenteraan, teknologi, budaya, sistem
komunikasi dan telekomunikasi terhadap umat Islam dan juga umat manusia. Alasan
Bush menyerang Iraq disebabkan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah dan
membantu perjuangan Osama bin Laden. Ternyata selepas Iraq dihancurkan tiada
pula senjata pemusnah itu ditemui. Apa yang nyata Iraq menjadi huru-hara. Perang
saudara sedang berlaku. Dasar pecah-belah dan perintah ini adalah bayangan teori
konflik yang telah berjalan sejak lama.

Pertembungan tamadun talah berlaku,tetapi mengapa pertembungan tamadun


tidak dihalakan kepada agama Kristian, atau orang-orang Yahudi dan Zionis yang
banyak mempengaruhi dasar-dasar utama kuasa-kuasa besar atau kepada agama
Buddha dan Hindu. Tentu ada sebab yang tersirat mengapa imej agama Islam
dirosakkan semahu-mahunya dan umat Islam ditekan dan dihimpit sesuka hati
mereka.

Satu lagi cara yang dilakukan oleh barat dalam mengukuhkan hegemoninya
ke atas dunia ialah dengan memomokkkan idea Islam ganas , ekstrim , fanatik, tiada
toleransi dan Islamiah yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari ini.
Perang terhadap pengganas adalah “modal baru” barat bagi menindas negara-
negara Islam pada hari ini. Penjajahan bentuk baru ini telah bermula selepas
bermulanya perang ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan ideologi.
Penjajahan atau dikenali sebagai neo-kolonialisme ini sedang menuju kemuncaknya
apabila Amerika telah menggerakkan serangan 11 September 2001 yang
meruntuhkan World Trade Centre di Amerika Syarikat apabila barat terus menuduh
kumpulan Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama ben Laden sebagai kumpulan yang
bertanggungjawab merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika Syarikat telah

13
menggerakkan kuasa ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin
menghapuskan kumpulan pengganas ini.

Keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan


dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di New York pada 11
September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan
dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya. Semenjak itu,
umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar
agama Islam dan pelbagai propaganda yang melampaui batas.

Hakikatnya, apa yang diwar-warkan oleh Amerika menerusi penguasaan


medianya terhadap dunia mula dipertikai. Peristiwa ini bagaikan satu usaha untuk
melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang
turut dimomokkan sebagai pengganas. Tragedi 11 september 2001 mula
diperkatakan sebagai satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi
menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam. Bush tidak rasa
bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup
mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri.

Hari ini , kesahihan peristiwa 11 September 2001 yang dikatakan dirancang


oleh pengganas Islam mula dipersoal bukan hanya oleh penduduk Islam tetapi
rakyatnya sendiri. Punca keruntuhan World Trade Centre pula disiasat dan ternyata
keruntuhan itu bukan disebabkan pelanggaran kapal terbang ‘Pengganas’ sebaliknya
disebabkan bahan letupan yang dipercayai diletakkan di kedua-dua menara World
Trade Centre ketika bangunan itu meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit ,
komputer , kerusi dan meja bertebaran ke udara akibat letupan tersebut (Utusan
Malaysia, 23 Jun 2006:20).

Tragedi 11 September 2001, dijadikan alasan kuat oleh Amerika untuk


mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama ben Laden dan
kumpulan Al-Qaeda yang dituduh menjadi dalang tragedi tersebut. Laporan media
yang berat sebelah dan tanpa siasatan telah menuduh Osama secara tidak langsung
umpama menghalalkan segala tindakan Amerika. Inilah bukti sikap prejudis barat di
mana sikap dan media mereka dalam melaporkan berita yang berkaitan dengan
keganasan amat dikesalkan. Sesuatu yang tidak adil apabila mereka cuba membela
14
dan menyembunyikan keganasan golongan militan , komunis dan pencerobohan
seperti kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi sebaliknya sering memperbesar-
besarkan isu berkaitan umat Islam (Khairul Azhar Idris,2002:5).

Ketidakupayaan yang paling ketara di kalangan negara Islam adalah


menggunakan kekayaan alam yang dianugerahkan Allah dengan baik. Ini diikuti oleh
kegagalan mereka membebaskan diri daripada hegemoni ekonomi dan ketenteraan
barat. Akibatnya, walaupun ada negara Islam yang kaya dengan hasil bumi, mereka
membazirkannya. Hanya segelintir golongan atasan yang kaya raya manakala rakyat
jelata menderita. Golongan atasan ini pula sanggup menjadi boneka barat semata-
mata untuk menjaga kekayaan dan kedudukan istimewa mereka.

Jadi, apabila Amerika dan sekutu Eropahnya menggunakan kuasa veto


mereka dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melanggar dan
menduduki negara-negara Islam, majoriti negara Islam menyokongnya dan ada yang
membenarkan wilayah mereka dijadikan pangkalan tentera bersekutu barat untuk
tujuan itu. Apabila ada rakyat yang benci dengan penaklukan barat bangun
menentang atau memberontak, mereka akan dilabelkan sebagai pelampau dan
pengganas. Tidak cukup dengan pasukan keselamatan sendiri, mereka
membenarkan perisik barat mengebom wilayah mereka sendiri dan penangkap
rakyat mereka untuk dibawa macam binatang ke Teluk Guantanamo di Cuba.

Di samping itu, terdapat banyak pemikiran yang berbeza tentang ajaran


agama Kristian yang sebenarnya. Dua aliran yang besar dalam agama Kristian Rom
dan Protestan. Mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa berhubung dengan kumpulan
manusia yang baru ditemui untuk mempelajari cara kehidupan mereka dan
seterusnya menyebarkan agama Kristian. Matlamat utama agama Kristian untuk
menyelamatkan manusia daripada kesesatan. Masih terdapat masyarakat barat yang
beranggapan bahawa agama Kristian dapat menyelamatkan manusia daripada
kehancuran.

2.6 HAK ASASI MANUSIA

15
Masyarakat barat memberikan perhatian terhadap kebebasan individu untuk
menganut agama masing-masing. Pemikiran ini timbul daripada sejarah
perkembangan aliran agama Protestan yang cuba mencari jalan keluar daripada
penindasan yang dilakukan oleh gereja Katholik Rom terhadap ahli-ahlinya. Pada
masa dahulu, gereja Katholik Rom mempunyai kuasa yang kuat sehinggakan
mereka menindas dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang ajarannya.

Bagi pemikiran penganut agama Kristian aliran Protestan pula, mereka


beranggapan bahawa dunia ini dijadikan oleh tuhan untuk digunakan oleh manusia.
Manusia mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja untuk mengaut keuntungan
dari dunia ini. Mereka menganggap ia sebagai sesuatu yang dianugerahkan oleh
tuhan dan tidak boleh disekat oleh manusia lain. Pemikiran ini berkaitan tentang
pemikiran terhadap ekonomi pasaran bebas di mana hak manusia yang
dianugerahkan oleh tuhan itu penting. Apabila kebebasan disekat, secara tidak
langsung sebahagian daripada hak manusia dihalang. Penekanan terhadap hak-hak
individu menjadi perkara utama dalam pemikiran barat yang menganggap dunia
sekeliling mereka sebagai sesuatu yeng menjdi hak mereka untuk digunakan untuk
mencapai kekayaan.

Hak asasi manusia mula dibincangkan semasa berlakunya Perang Dunia II


sehingga terbentuknya Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang
disebut sebagai Universal Declaration of Human Rights. Pada akhir abad ke 20, hak
asasi manusia mengalami pergolakan yang dipengaruhi oleh negara-negara kuasa
besar atau negara-negara barat. Hak asasi manusia tanpa batasan sudah mula
diamalkan di negara-negara Barat sehingga membelakangkan hak dan hukum
agama. Malah, kekuasaan mereka dalam bidang ketenteraan seolah-olahnya
memaksa negara-negara lain untuk menerima pemahaman hak asasi ini mengikut
acuan mereka sehinggakan mereka sendiri sebenarnya membelakangkan hak ini
dalam memastikan pengaruh mereka melebar di negara-negara dunia ketiga.

Di Malaysia contohnya, sudah ada suara-suara yang mahukan kebebasan


beragama mutlak sedangkan sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam
sebagai agama Rasmi, ia perlu menurut kehendak syariat Islam itu sendiri.
Walaupun Islam memberikan kebebasan individu tetapi dalam banyak hal ia perlu

16
mengikut garis panduan syara’. Sebagai contoh masalah hubungan sejenis yang
semakin menular dalam masyarakat kita, walaupun dianggap hak individu di
beberapa negara barat ia tidak harus diterima di negara ini.

Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain digunakan oleh


Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan
satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan
tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen
globalisasi yang menghakis kecekapan dan kedaulatan sesebuah negara.

Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan


prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negara-
negara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha
mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan
terhadap rakyat sendiri. Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara
bermasalah seperti Korea, Mexico melalaui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF)
sebenarnya percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui
liberalisasi pasaran (Shahrom TM Sulaiman 2001:22).

Malaysia tidak terkecuali daripada menerima pengaruh dari negara Barat.


Bermula dengan penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu yang secara langsung
telah dapat menerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik , ekonomi dan
sosial masyarakat Melayu. Dasar-dasar yrng diperkenalkan Inggeris telah mula
tersebar dalam kotak pemikiran masyarakat Melayu. Walaupun Inggeris telah lama
meninggalkan Tanah Melayu dan kita telah mencapai kemerdekaan tetapi dasar-
dasar Inggeris masih diguna pakai dan pemikiran masyarakat Melayu masih ke arah
barat hingga ke hari ini.

Pihak barat telah berusaha membentuk masyarakat yang lebih terbuka


berasaskan ekonomi kapitalisme dan liberalisme yang sebenarnya hanya
menguntungkan sebelah pihak sahaja. Malahan, negara-negara membangun juga
disyaratkan melonggarkan peraturan-peraturan domestik yang sebenarnya
menghalang proses membangunkan ekonomi. Mereka menggunakan dan
mengeksploitasi sumber-sumber semulajadi yang kaya di negara-negara
membangun, di samping harga pasaran terikat dengan faktor penawaran dan
17
permintaan menyebabkan barat dapat memanipulasi ekonomi dunia. Institusi-
institusi seperti IMF, Bank Dunia dan WTO digunakan sebagai landasan untuk
memenuhi kehendak mereka.

Satu lagi bidang teknologi yang dikuasai oleh barat sehingga kini ialah
teknologi satelit. Selepas pelancaran satelit oleh Soviet Union pada 4 Oktober 1957,
dunia menyaksikan ‘perang’ pembinaan dan pelancaran satelit oleh negara-negara
lain termasuklah Malaysia. Selepas pelancaran Measat 1 dan Measat 2, Malaysia
sudah mampu berbangga kerana mempunyai satelit untuk membantu penguasaan
dalam teknologi maklumat barat. Boleh juga dikatakan bahawa Malaysia hanya
mengenali teknologi-teknologi terkini selepas daripada penjajahan barat.
Persoalannya adakah kita mampu mengekang perkembangan masalah sosial yang
berkembang seiring dengan perkembangan teknologi terutamanya dalam bidang
teknologi maklumat.

Menerusi kolonialisme barat berjaya membentuk ‘cultural superiority’ di


kalangan masyarakat dunia. Gaya hidup masyarakat barat yang mengamalkan
hubungan tanpa ikatan perkahwinan, hubungan rambang serta songsang melibatkan
hubungan sesama jenis turut meresap ke dalan kehidupan anak muda di seluruh
dunia. Budaya ini sebenarnya jauh tersasar daripada tatasusila kehidupan manusia
normal yang semakin kuat mempengaruhi generasi muda sekarang. Budaya timur
yang penuh dengan sopan santun yang telah lama kita amalkan kini jauh
ditinggalkan.

Para remaja harus dapat membezakan asas-asas dari barat dan timur yang
sifatnya universal atau sejagat dan terkandung faedah berbanding yang bermanfaat.
Pada masa yang sama ajaran dan prinsip Islam yang terdapat memerlukan olahan
bijaksana bagi menangani faktor cabaran zaman yang sifatnya dinamik berubah.
Remaja Islam dituntut untuk menekuni ilmu-ilmu mengurus diri seperti akidah,
ibadah, syariah dan akhlak. Pada masa yang sama para remaja harus mempunyai
tekad untuk mempunyai keahlian dan kepakaran dalam ilmu-ilmu mengurus sistem
seperti sains dan teknologi. Kekuatan ilmu-ilmu mengenai nilai dan kemahiran, nilai
dan sains sekiranya dapat diadun dengan kreatif dan inovatif, ia bakal melahirkan
suatu tradisi keilmuan yang berada dalam acuan sendiri tanpa mengikut acuan barat.

18
Pemikiran hak asasi manusia bermula dari barat akibat daripada penindasan
masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama.Para pejuang emansipasi
wanita begitu komited dengan fahaman-fahaman feminisme yang kebanyakkannya
bersandarkan kepada akal dan keadaan semasa di tempat mereka. Mereka
memperjuangkan keadilan terhadap kezaliman yang berlaku akibat daripada sistem
yang sememangnya tempang. Ada yang mengambil jalan keluar yang tidak juga
mudah dengan menegakkan sistem baru dengan nilai baru.

Malangnya, terdapat segelintir para pejuang hak wanita kita turut terseret di
dalam perjuangan yang sama tanpa melihat kepada keadaan sosio budaya dan
sistem yang berbeza di negara mereka. Malah ada yang menganggap lelaki sebagai
musuh utama kepada ketempangan sistem tersebut. Aliran pemikiran feminisme
barat pada asasnya merupakan penentangan kepada teori-teori yang berasaskan
kepada “misogyny” iaitu benci kepada wanita. Plato (427-347SM) di dalam buku
pertamanya The Republic yang ditulis dalam tahun 332-333 Masihi menganggap
wanita sebagai individu yang lemah dan hanya dianggap golongan bawahan.

2.8 PENGARUH MEDIA

Media massa sebenarnya tidak berdiri sendiri, melainkan merupakan


sebahagian dari masyarakat. Dalam bahasa teori sistem sosial yang terus menerus
dikembangkan, fungsi media adalah memungkinkan pengamatan diri masyarakat.
Fungsi media sebenarnya bukan ‘merekonstruksikan realiti sosial, dengan erti kata
lain, media massa merupakan cermin kebaikan dan keburukan masyarakat, bukan
mencerminkan keadaan masyarakat. Perbincangan mengenai media tidak dapat
dipisahkan dari kepentingan yang ada di sebalik media tersebut. Di dalam
perkembangan media terkini, setidak-tidaknya ada dua kepentingan utama di sebalik
media, iaitu kepentingan ekonomi dan kepentingan kekuasaan yang membentuk isi
media, informasi yang disajikan dan makna yang ditawarkan. Di antara dua
kepentingan utama tersebut, ada kepentingan lebih dasar yang terabai iaitu
kepentingan masyarakat. Media seharusnya berperanan sebagai suara masyarakat,
namun disebabkan oleh kepentingan-kepentingan di atas, maka media mengabaikan
kepentingan masyarakat itu sendiri. Kuatnya kepentingan ekonomi dan kekuasaan
politik inilah yang menjadikan media tidak dapat neutral, jujur, adil, objektif dan

19
terbuka. Akibatnya, informasi dan maklumat yang diberikan oleh media telah
menimbulkan persoalan pengetahuan yang serius pada media itu sendiri.
Kepentingan-kepentingan ekonomi dan kekuasan politik itu sendiri akan menentukan
apakah informasi yang disampaikan oleh sesebuah media mengandungi kebenaran
atau kebenaran palsu, bersifat neutral atau berpihak, merealisasikan fakta atau
menyelewengkan fakta, mengambarkan realiti atau mensimulasikan realiti.

Penggunaan media elektronik dalam mengirim dan menerima informasi yang


terjadi sekarang memungkinkan berlakunya hegemoni informasi dan media. Mula-
mula melalui radio dan televisyen, kemudian melalui jaringan internet. Kesan yang
timbul hasil daripada penggunaan radio dan tv ialah ruang dan waktu menjadi kecil,
kerana apa yang terjadi di Jepun, atau Afrika sudah dapat diketahui di Malaysia atau
Singapura pada siaran berita di kedua-dua negara satu jam sesudah terjadi sesuatu
peristiwa atau kejadian. Para ahli komunikasi menyebutnya sebagai gejala time-
space compression atau menyusutnya ruang dan waktu. Penggunaan radio dan
televisyen, betapa pun luas jangkauannya, ternyata dapat diawasi oleh kekuasaan
politik suatu negara.

Pembatasan tersebut tidak berlaku lagi pada internet kerana hubungan


melalui internet dan e-mail tidak mampu dibatasi oleh pemerintah manapun. Malah
internet memungkinkan pengiriman informasi dalam jumlah yang tidak terbatas,
dalam waktu yang lebih pantas dari tv dan radio, dan dengan biaya yang jauh lebih
murah. Tambahan yang boleh mengirimkan informasi atau propagandanya melalui
internet adalah sesiapa sahaja tanpa memerlukan lesen atau bukti kelulusan pun.

Barat sebagai negara yang mendominasi penggunaan media mempunyai


peluang yang luas untuk menyebarkan berita propaganda kepada negara-negara
lain di dunia. Agensi berita yang mereka miliki menguatkan lagi dominasi kerana
laporan berita yang diutarakan melalui media lebih memihak kepada kuasa barat
yang juga membantu proses globalisasi.

Sesuatu yang menjadi kelebihan dalam bidang ini ialah sifatnya yang tidak
bersempadan dan mampu menerobos sempadan mana-mana negara serta sukar
disekat , ditapis dan dihalang. Inilah yang menjadi alat yang amat berkesan untuk
kuasa barat meluaskan hegemoninya ke atas dunia.
20
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya akibat daripada keghairahan mengutamakan


keagungan kaum masing-masing umat Islam membuka laluan kepada penjajahan.
Umpamanya pemberontakan di Tunisia menentang kerajaan pusat iaitu
pemerintahan khalifah Uthmaniah di Turki memberi laluan kepada Perancis menjajah
Tunisia pada tahun 1881. Pada tahun 1882 Britian menjajah Suez (Mesir) diikuti
dengan Belanda menjajah Indonesia dan Rusia menjajah Asia Tengah. Britian
melebarkan penjajahan mereka dengan menakluki India dan Sudan. Keadaan ini
seolah-olah memberi gambaran bahawa Barat hampir menghancurkan seluruh dunia
Islam. Justeru itu, implikasi daripada penjajahan ini melahirkan negara bangsa-
negara bangsa di seluruh wilayah Islam yang pada satu ketika dahulu adalah satu
kesatuan.

Cabaran yang dibawa oleh penjajah perlu ditangani dengan penuh kesedaran
oleh semua pihak malah mestilah mengikut kaedah penyelesaian yang dianjurkan
oleh Islam. Umat Islam perlu berganding bahu dan memainkan peranan sewajarnya
mengikut platform masing-masing agar penjajahan bentuk baru yang sedang dan
akan berlaku dapat ditangani dengan baik dan berkesan.

Kebangkitan tamadun barat selepas kejatuhan Islam telah membuka dasar


baru kepada pelbagai aspek seperti ekonomi , media , ketenteraan , hak asasi
manusia dan sebagainya. Barat terutamanya Amerika Syarikat telah menggunakan
kuasanya untuk menguasai dunia dengan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk
menegakkan keadilan yang ternyata hanyalah untuk kepentingan ekonominya
sahaja.

Bagi mana-mana negara yang menentang mereka akan dikenakan sekatan


dan tekanan. Antaranya, sekatan ekonomi , bekalan makanan, perubatan , bahan
binaan, minyak dan sebagainya. Negara-negara miskin juga ditindas dengan
memberi bantuan Tabung Mata Wang Dunia yang mempunyai agendanya tersendiri
di sebalik bantuan tersebut.

21
Masyarakat barat tidak dapat menerima pemikiran agama Islam yang bersifat
dogmatic iaitu percaya kepada sesuatu dan mengikut kepercayaan itu tanpa
menyoal kebenarannya. Mereka lebih senang menerima falsafah sains di mana
mereka hanya percaya kepada perkara yang boleh dibuktikan dengan nyata.
Terrorisme atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa
serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di New York
pada 11 September 2011 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh
berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya.
Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan
yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang melampai batasan.

Adalah menjadi harapan kita akan berlaku kebangkitan Islam pada zaman
moden untuk keluar dari belenggu hegemoni barat. Untuk itu, semua pihak perlu
bekerja keras membawa umat Islam keluar dari belenggu kekacauan, kemalasan ,
perpecahan, kemunduran dan sebagainya kepada hidup yang lebih positif ( Yusuf al-
Qardhawi 1999:251). Ini bertepatan dengan maksdu Al-Quran Surah ar-Ra’d ayat 11
bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

REFLEKSI

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah TITAS saya, Encik Md.


Razhi Bin Hassan kerana telah menugaskan saya untuk mengkaji dan
menghasilkan satu kerja kursus yang berkaitan dengan Kerja kursus Tamadun Islam
dan Asia (WAJ 3101). Kerja kursus TITAS ini merupakan kerja kursus yang pertama
yang telah diberikan kepada saya setelah memasuki semester 1(PPG). Saya telah
merentasi pelbagai cabaran dan halangan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Hal ini
kerana,saya tidak mempelajari TITAS sejak meninggalkan alam persekolahan.

22
Pada masa yang sama, saya juga terpaksa melaksanakan rutin harian di
sekolah semasa menyiapkan kerja kursus ini. Saya telah dapat lebih memahami
tentang sejarah TITAS dan di samping itu ia juga dapat membantu saya dalam
peperiksaan yang bakal diduduki oleh kami. Melalui kerja kursus ini, saya telah dapat
memahami dengan lebih lanjut lagi sejarah TITAS. Saya telah dapat memahami
dengan lebih terperinci tentang konsep hegemoni Barat dan contoh-contohnya.
Selain itu, kerja kursus ini telah mengajar tentang pelbagai keburukan dan kebaikan
yang berlaku akibat hegemoni Barat dan ia dapat menjadi panduan dan teladan
dalam hidup saya.

Sekian , terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Mohd Zin. et.al. (2006) Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Kuala
Lumpur. Penerbitan Universiti Malaya.

Azhar Md. Aros et.al. (2000). TITAS 2. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Mohd.Liki Hamid.ed.(2002) Pengajian Tamadun Islam.Sejarah, Pencapaian


dan Masa Depannya. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Sazelin Arif et.al. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: Mc.
Graw Hill.

23
Zuraini Haji Jamil@Osman.(2006) Modul Titas:Tamadun Islam dan Tamadun
Asia.Kuala Lumpur : Prospecta Printers Sdn.Bhd.

http://kassimahmad.blogspot.com/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

http://black40.blogspot.com/2008_07_01_archive.html

24

Anda mungkin juga menyukai