Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PENJAMINAN KUALITI (PEMANTAUAN)

A. PENGENALAN Pemantauan adalah satu proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. B. OBJEKTIF 1. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi. 2. Mengenalpasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru. 3. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS di sekolah. 4. Mengelak berlakunya penyelewengan dan ketidakaturan dalam pelaksanaan PBS. 5. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan. C. JENIS PEMANTAUAN 1. Pemantauan Dalaman 2. Pemantauan Luaran D. KEPERLUAN PEMANTAUAN 1. PEMANTAUAN DALAMAN a. Pemantauan Pertama - Februari hingga April (Pematuhan Prosedur PBS) b. Pemantauan Kedua - Jun hingga September (Pematuhan Prosedur PBS) 2. PEMANTAUAN LUARAN a. Sekolah yang menerima Prestasi BAND 1 dan BAND 2 (Membimbing Sekolah) b. Sekolah yang menerima Prestasi BAND 3 dan BAND 4 (Mengesahkan Prestasi) E. PEMANTAU DALAMAN a. Pengetua/Guru Besar b. Guru Penolong Kanan c. Guru Kanan Mata Pelajaran d. Guru Cemerlang e. Ketua Panitia f. Jurulatih Utama Pentaksiran g. Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar F. PEMANTAU LUAR a. Pegawai Lembaga Peperiksaan b. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri c. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah d. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti e. Pegawai LAPORAN PEMANTAUAN

G. FASA PEMANTAUAN 1. SEBELUM PEMANTAUAN a. SEKOLAH - Menyediakan Jadual Pemantauan di peringkat sekolah. - Menyerahkan Jadual Pemantauan kepada Guru Pemantau 2. SEMASA PEMANTAUAN a. Guru Besar memaklumkan kepada pemantau tentang tarikh-tarikh pemantauan fail PBS mulai Februari hingga April (Fasa 1) Julai hingga September (Fasa 2). b. Guru Besar memaklumkan aktiviti dan jadual pemantauan kepada guru-guru. c. Guru Pemantau menyemak Fail Induk/Fail Showcase/Fail Perkembangan Murid/dokumen dan evidens. d. Guru Pemantau mengisi instrumen pemantauan dan menyerahkan laporan pemantauan kepada Guru Besar. e. Guru Besar mengambil tindakan atas laporan Guru Pemantau serta laporan pemantauan. 3. SELEPAS PEMANTAUAN a. Menerima analisis dan laporan pemantauan dari pemantau dalaman atau pemantau luaran. b. Menganalisis data pemantauan dan membuat rumusan bagi semua guru. c. Menyediakan laporan pemantauan pelaksanaan PBS. d. Melaporkan dapatan pemantauan PBS kepada Guru Besar e. Mengambil tindakan bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan PBS.

Anda mungkin juga menyukai