Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN 2A

CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

Projek Keceriaan Bilik Bimbingan Dan Kaunseling

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Pihak pentadbir dan seluruh warga sekolah sentiasa memberi dorongan dan
galakan sepanjang menyiapkan projek individu ini. Berkat nasihat daripada
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) iaitu Puan Patimah Agos, saya mampu
memperoleh projek yang sesuai untuk dilaksanakan sebagai projek individu
sepanjang menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Balung. Selain itu, projek
keceriaan bilik kaunseling ini turut mampu dilaksanakan dengan lancar walaupun ia
bermula agak lewat iaitu pada minggu kedua tempoh internship. Hal ini demikian
kerana, peruntukan untuk membuat pengubahsuaian dekorasi bilik bimbingan dan
kaunseling memang telah disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, pembelian
barang dan alatan yang diperlukan untuk keceriaan dapat disediakan dengan
mudah.

Di samping itu, ketua penyelaras unit tersebut iaitu Encik Rahim Isah juga turut
memberi banyak bimbingan sepanjang saya menyiapkan projek dari segi memberi
kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk mendekorasi ruangan bilik bimbingan
kaunseling. Selain itu, bantuan daripada murid-murid khasnya dari kalangan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang telah banyak meluangkan masa bersama
saya untuk menyiapkan kerja-kerja mendekorasi bilik bimbingan dan kaunseling.
Tidak dilupakan juga jasa baik pekerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Balung
yang sentiasa menghulurkan bantuan sekiranya dipinta. Hal ini demikian kerana,
aktiviti mendekorasi semula bilik bimbingan kaunseling memerlukan kerja-kerja
pertukangan seperti pemasangan paku dan sebagainya. Tanpa bantuan mereka
sudah pasti projek ini tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan.
2.2 Kelemahan:

Walaupun projek keceriaan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, namun terdapat
sedikit kelemahan yang wujud seperti banyak lebihan barangan dekorasi seperti
wallpaper. Hal ini terjadi akibat daripada kurangnya pengetahuan berkaitan keluasan
bilik bimbingan dan kaunseling. Disebabkan itu, banyak lebihan wallpaper dan ia
merupakan satu pembaziran. Selain itu, kelemahan lain yang ketara adalah dari
aspek keterbatasan masa dalam kalangan murid yang secara sukarela untuk
membantu menyiapkan projek. Hal ini demikian kerana, mereka perlu masuk ke
kelas semula apabila berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Cadangan penambahbaikan:

Setiap kelemahan dan kekangan yang wujud sudah pasti mempunyai jalan penyelesaian.
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi daripada berlakunya pembaziran semasa
berbelanja untuk bahan dan alatan dekorasi adalah, guru pelatih perlu mengetahui keluasan
ruangan bilik yang ingin didekorasi serta membuat senari barangan keperluan yang ingin
dibeli sahaja. Melalui cara ini sudah pasti duit peruntukan dapat digunakan dengan lebih
sistematik. Bagi mengatasi masalah seterusnya, guru pelatih intern sepatutnya membuat
strategi pelaksanaan kerja dengan teliti. Sebagai contoh kerja-kerja mengecat dilakukan di
luar waktu bilik darjah seperti sebelah petang atau hujung minggu. Melalui cara ini sesi
pembelajaran murid tersebut tidak akan diganggu.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

Disediakan oleh Disahkan oleh

Tandatangan :_____________________ Tandatangan :_____________________


Nama Pelajar :Hazirah Binti Hashim Nama Mentor :En. Adzhar Adama
Tarikh :_____________________ Tarikh: :_____________________

Anda mungkin juga menyukai