Anda di halaman 1dari 2

Sebelum kita memulakan slot kita yang seterusnya, di minta para pelajar duduk

dalam keadaan yang selesa.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang dihormati Pn. Susiyathy Laslile, Guru bimbingan dan kaunseling,

Yang dialu-alukan wakil daripada Kolej Vokasional Tawau En. Samsuddin b


Ibrahim, ketua unit sector perhubungan kolej vokasional tawau Serta rombongan
kolej vokasional tawau.

Guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalam’mualaikum wbh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kepada yang Maha Esa, kerana dengan limpah dan izin-Nya
dapat kita berkumpul di dalam dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra ini untuk sama-
sama berkongsi maklumat tentang salah satu institusi Latihan yang disediakan oleh
kerajaan iaitu koLEJ VOKASIONAL tawau.

Terima kasih juga diucapkan kepada tetamu kita, di atas kesudian untuk berkunjung ke
sekolah kita bagi memberi sedikit maklumat berkaitan koLEJ VOKASIONAL tawau.

Terlebih dahulu, izinkan saya membacakan sepintas lalu berkaitan koLEJ


VOKASIONAL tawau. agar rakan-rakan mendapat sedikit gambaran tentang tajuk
perkongsian kita pada pagi ini..

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan
Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan
pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara
ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana,
menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di
peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah
Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.

Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang
mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja
dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-
program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai
bidang teknikal dan kejuruteraan.

Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian


Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik
dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4
mengikut fungsi utamanya.

Tanpa membuang masa, saya dengan ini menjemput


En. ___________________________________________ nama
______________________________________________ jawatan

Untuk memberi penerangan yang lebih lanjut tentang Giat Mara..

Dipersilakan.

( sesi ceramah berjalan )

( sesi ceramah selesai )

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada


En. Samsuddin bin Ibrahim, ketua unit, sector perhubungan, kolej vokasional tawau
di atas perkongsian maklumat yang disampaikan sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, di jemput


Cikgu Resmah Pailan, Guru Media, SMK DHPJ
Untuk menyampaikan cendermata kepada penceramah kita.

Majlis menjemput sekali lagi


En. Samsuddin bin Ibrahim, ketua unit, sector perhubungan, kolej vokasional tawau
Untuk menerima cendramata daripada pihak sekolah..

Dengan berakhirnya penyampaian cendramata itu tadi, maka berakhirlah sesi


perkongsian kita pada pagi ini.

Saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam
sejahtera.

Majlis menjemput tetamu kita untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan.
Dipersilakan

Anda mungkin juga menyukai