Anda di halaman 1dari 1

Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana

ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih
dan tenang.

Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang
berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap pelajaran

Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan
intelektual dan guru.

Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu
mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia
sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat.

Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji
melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin.

Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus.

Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum


menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya.

Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang
dipelajari.

Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai
ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur
sesama manusia.

Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya
mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk
sampingan.

Anda mungkin juga menyukai