Anda di halaman 1dari 2

makna di sebaliknya.

Ini juga bertujuan supaya penghayat tidak melihat seni itu sebagai satu
hiburan kosong semata-mata.

f) Penggiat seni perlu sentiasa merancang aktiviti yang merangkumi bidang perkara, tema,
media/bahan, hasil fungsi, rekabentuk dan gaya.

- Aktiviti kesenian perlu banyak sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan
sebagai. Ini kerana seni mampu mengupas isu permasalahan yang dipaparkan oleh seniman.
Melalui aktiviti seni ini juga mampu membawa masyarakat menyelami erti kehidupan yang
sebenarnya. Masyarakat seharusnya mendekati seniman untuk menimba semua ilmu itu. Di
bahu seniman terletak satu tanggungjawab sosial yang berat. Ini kerana seniman bukan lagi
berkarya untuk keseronokan sendiri tetapi selebihnya untuk menjana fikiran masyarakat.
Masyarakat perlu didedahkan bagaimana cara menghayati ’nature’ nya.

g) Peminat seni dan pengkritik seni perlu peka dengan isu persekitaran dan semasa kerana ianya
melibatkan pengurusan diri (perasaan), tindakbalas, warisan artistik dalam konteks seni
dalam masyarakat.

- Ini adalah kerana seni melambangkan tamadun dan budaya sesuatu masyarakat,

justeru warganegara diajar menggunakan seni bagi menyatakan hasrat, idea,

nilai dan pandangannya mengenai pelbagai bidang kehidupan yang dialaminya.

Secara tidak langsung penghargaan terhadap warisan budaya dapat dipupuk.

PENUTUP:

Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap
sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan
bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang
berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan
penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek
ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial
di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.

Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan. Memang benar
apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam
sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.

Anda mungkin juga menyukai