Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. setinggi-tinggi

kesyukuran dipanjatkan kepadaNya, kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya, dapat

saya menyempurnakan kerja kursus ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan

penghargaan buat Tuan Haji Ishak Ali Shah, selaku pensyarah subjek ini. Segala tunjuk ajar,

bimbingan dan curahan ilmu yang diberikan sepanjang tugasan ini dilaksanakan amat

bermanfaat.

Ungkapan terima kasih yang tidak terhingga turut ditujukan kepada semua pensyarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam yang memberi nasihat, dorongan dan galakan

kepada semua pelajar sepanjang mengikuti Kursus Diploma Pendidikan Lepas Ijazah

(Tahfiz).

Penghargaan istimewa buat kedua ibu bapa saya, isteri, anak-anak, ahli keluarga dan rakan-

rakan seperjuangan yang tidak putus memberikan semangat dan sokongan dalam

melaksanakan tugasan ini. Juga penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini. Semoga segala jasa yang

dicurahkan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. seterusnya berjaya di dunia dan akhirat.

Syed Najib bin Syed Rosalan

Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim

Rembau, Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai