Anda di halaman 1dari 2

Mr Soren Sj Ng

Jm Auto Gallery Sdn. Bhd.


No 1 & 3, Ground Floor,
Jalan Perdana Height,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
______________________________________________________________________

Abd Rahim Bin Pir Mohamad


30,31, Taman Delima Jaya,
Jalan Datuk Kumbar,
05300 Alor Star
Kedah Darul Aman 25hb Ogos 2018

Tuan,

PER: ADUAN KE ATAS JM AUTO GALLERY BERKENAAN PEBELIAN KERETA


MITSUBISHI OULANDER 2.0.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk..

2 Untuk makluman tuan, saya Abd Rahim Bin Pir Mohamad ingin menyatakan
ketidakpuasan hati saya di atas pembelian kereta Mitsubishi outlander 2.0 pada 5hb julai
2018 pada pukul 7.00 petang dengan jurujual Muhd Ikmal Bin Md Isa .

3. Semasa saya mengambil kereta tersebut, keadaan kereta tidak memuaskan,


kereta tidak berada dalam keadaan bersih dan daun kering penuh apabila bonet enjin
hadapan dibuka, daun kering banyak didapati berada di tempat-tempat sulit. Selain itu,
tali pinggang barang di bahagian belakang dalam bumbung telah mengalami kerosakan
(tertanggal). Kemudian saya dapati plastik kusyen depan belakang di dalam kereta
sudah ditanggalkan, sepatutnya apabila mengambil kereta baharu, plastik masih ada
dan pembeli yang akan menanggalkannya (ini adalah pengalaman saya semasa saya
membeli kereta Nissan Grand Levena). Semasa saya mengambil kereta didapati
‘mileage’ didapati sudah melebihi seratus kilometer lebih, apabila saya betanya kepada
jurujual , di jawabnya “INI ADALAH BIASA” tetapi ini adalah bukan biasa bagi saya(
jawapan ini memang membuatkan saya tidak puas hati. Dan dari sini terdetik di hati
saya yang ini mungkin satu penipuan keatas saya. Kemudian semasa saya memandu
pulang, didapati keadaan steering hadapan tidak ‘centre’ dan tidak berada dalam
keadaan tepat.
4. Dari apa yang terjadi kepada saya ini,amat berbeza sekali dari pengalaman
rakan saya yang baru membeli kereta Mitsubishi Outlander 2.0 di tempat yang sama
dan dia menerima kereta dalam keadaan sempurna dan tidak mengalami apa-apa
kerosakan seperti ‘milage’ berada di bawah 10 kilometer semasa mengambil kereta
tersebut. Untuk pengetahuan tuan, saya menjangkakan kereta Mitsubishi yang saya
terima ini mungkin kereta pameran atau kereta ini sudah dipandu ke mana-mana kerana
‘milage’ sudah melebihi. Sepatutnya kereta ini dijual di bawah harga yang asal kerana
telah digunakan. Saya juga di bawa untuk menandatangi surat penerimaan kereta
sebelum , kereta di tunjukkan kepada saya.

5. Pihak penjual tidak telus dalam memberi kereta kepada pembeli kerana menjual
kereta sedemikian dengan harga yang penuh. Saya merasa tidak puas hati terhadap
kereta Mitsubishi Outlander 2.0 yang telah saya terima. Sepatutnya syarikat kereta
terbesar seperti Mitsubishi tidak seharusnya melakukan begini terhadap pelangan.

3. Saya harap aduan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan
dan aduan saya mendapat maklum balas dengan segera dan pihak Mitsubishi mestilah
mematuhi piagam pelangan syarikat.

Sekian, terima kasih.

ABD RAHIM BIN PIR MOHAMAD

Cc: Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd.


Level 6, Building A,
Peremba Square, Saujana Resort,
Seksyen U2,
40150 Sham Alam,
Selangor Darul Ihsan

Anda mungkin juga menyukai