Anda di halaman 1dari 6

PERNYATAAN PROFESIONAL

Pernyataan Sebelum Praktikum

Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 3 ambilan Jun 2017 akan
menghadiri praktikum yang akan berlangsung selama 12 minggu persekolahan. Sebagai
salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Kampus Pendidikan Islam Bangi, saya
wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 3 bulan yang bermula pada
9 Julai 2018 hingga 5 Oktober 2018. Praktikum ini adalah untuk mengajar bidang teras
iaitu bidang Tahfiz bagi matapelajaran Maharat Al-Quran. Latihan praktikum ini
dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan
Guru Malaysia bagi memperolehi Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI).

Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi
taklimat bersama Unit Praktikum IPG Kampus Pendidikan Islam. Sesi taklimat ini telah
berlangsung pada 9 Jun 2018 di Dewan Kuliah Marbawi IPG Kampus Pendidikan Islam.
Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh Puan Sariza binti Said. Untuk taklimat
praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum
peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis
panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Selain itu, antara persediaan penting yang
telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah
membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum tersebut,
saya dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit
Praktikum. Oleh itu, saya perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani
praktikum tersebut. Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah
mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai
semak yang telah disediakan oleh Unit Praktikum. Disamping itu, saya juga perlu
menyediakan Portfolio Praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang diperoleh
serta hasil penulisan yang telah dibuat ke dalam portfolio sebagai bukti serta rujukan
dimasa akan datang.
Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman
amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang berjaya. Sehubungan dengan
itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar dari guru pembimbing saya
dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat penting kepada saya
sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut. Sebelum menjalani
praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah bagaimana mengawal bilik
darjah dengan baik melalui buku serta laman sesawang. Malah saya juga telah
membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan yang perlu mereka patuhi
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Selain itu, saya turut
merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat pelajar
dalam pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Saya berharap agar praktikum yang
akan saya jalani pada 9 Julai hingga 5 Oktober 2018 berjalan dengan baik sepertimana
yang telah saya rancangkan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah
sentiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya
seseorang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah
sukar baginya untuk berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan
saya alami kelak. Insya-Allah.
Pernyataan Semasa Praktikum

Saya Mohd Abqhari Bin Abd Rahimtelah menjalani latihan praktikum pada semester
tiga di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Rembau, Negeri Sembilan.
Praktikum ini mengambil masa selama tiga bulan (9 Julai - 5 Oktober 2018) dan
saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu
tersebut.

Antara tujuan praktikum ini adalah untuk membolehkan pelajar membiasakan diri di
sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di
sekolah juga saya perlu mengajar bidang Tahfiz iaitu Subjek Maharat Al-Quran
selama 8 masa. Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum
dan sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak
tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya
tentang pembelajaran pelajar di sekolah. Selain itu, saya juga dapat memahami
pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui rekod pengajaran. Antara
lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran
berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti
ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada
mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan
datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku
murid- murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalaui pemerhatian, interaksi dan
refleksi.

Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik
yang perlu disesuaikan dengan latar belakang pelajar saya. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-
murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, pelajar di sekolah
tersebut agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan pengajaran
dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih
mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.
Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya
sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak didik saya pulang dengan “otak
kosong” bagi subjek saya. Saya juga sedar, kebanyak murid kurang ingin belajar dan
merasakan bosan untuk belajar. Prinsip yang cuba saya tanamkan bagi anak-anak
didik saya, saya akan pastikan mereka pada suatu hari nanti keinginan untuk belajar
dengan tekun ada pada diri mereka dan mengurangkan bermain semasa berada di
sekolah. Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu
membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas
sekali kejayaan pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan
bermula dari guru yang konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini
juga, sedikit sebanyak sikap suka membuat kerja “last minute” dapat dikikis.

Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan
dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk
mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap
kali mencari bahan bantu mengajar yang kelakar serta logik dan berkaitan dengan isi
pelajaran.
Pernyataan Selepas Praktikum

Seminggu sebelum berakhir praktikum, saya berasa amat bersyukur kerana hampir
keseluruhan tugas ang diamanahkan oleh pihak IPG telah saya laksanakan dengan baik
bersama-sama rakan praktikum saya yang lain.

Sepanjang berada di SMA Haji Mohd Yatim terdapat beberapa aktiviti dan projek telah
saya lakukan bersama rakan yang lain. Antara aktiviti yang dilakukan adalah
perkhemahan kokurikulum serta banyak lagi aktiviti yang diadakan. Berdepan dengan
pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa
apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah
tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut
menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi
mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta
berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen
penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru, ini dapat
menyedarkan saya supaya sentiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia
mampu dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya
berdepan dengan sebaran masalah.

Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru
pelatih. Saya berharap praktikum ini dapat memberi sumbangan yang lebih kepada
kepada sekolah dan penambahbaikan lagi prestasi saya dalam proses P&P.
Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada semua
pelajar. Kesimpulannya pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat
dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya
dapat menjayakan praktikum ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta
kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada semua pihak. Setiap pengalaman dan ilmu
pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan
datang sebagaimana kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu
tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengalaman yang baik.

Anda mungkin juga menyukai