Anda di halaman 1dari 12

[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BARU,


06750 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN.

CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA 2018

Tarikh
Hari
Masa
Tempat

Kehadiran :
Bil Nama Guru Kehadiran
1 Encik Khalil Anuar bin Mohd Rejab ( Guru Besar )

2 Encik Mohammad Fauzi bin Ibrahim ( PK. Pentadbiran )

3 Encik Abdul Razak bin Bakar (PK. Kokurikulum )

4 Pn. Zaiton Binti Saad

5 Encik Zawawi bin Osman (Pengerusi)

6 Puan Zaleha binti Morat ( Setiausaha )

7 Encik Ismail bin Awang

8 Encik Said bin Khasim

9 Encik Zainol Abidin Bin Ismail

10 Puan Fadhilah binti Abdul Rahman

11 Puan Habsah binti Ahmad

12 Puan Tuherah binti Shafie

13 Puan Sabariah binti Jaafar

14 Pn. Che Hayat Binti Abdul Wahab


[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca Ummul Kitab.


1.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang dapat meluangkan masa
menghadiri mesyuarat panitia pada kali ini.
1.3 Diharap semua guru dapat menyumbangkan idea-idea untuk
memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Melayu serta meningkatkan pencapaian
anak didik sekolah ini.
1.4 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru Bahasa Melayu kerana hasil kerja keras
pencapaian Bahasa Melayu UPSR tahun 2016 dengan pencapaian gred purata
yang membanggakan.

2.0 UCAPAN GURU PENASIHAT

2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir
dalam mesyuarat pada kali ini.
2.2 Pada tahun ini kita mensasarkan 8 orang atau 10 % murid kita mendapat semua A
dalam UPSR dengan penetapan target 70.5% atau 55 orang lulus semua subjek.
2.3 Guru-guru Bahasa Melayu perlu lebih gigih kerana mata pelajaran Bahasa Melayu
penyumbang utama kepada peningkatan GPS sekolah.
2.4 Semua guru juga diminta menyediakan headcount kelas masing-masing. Dalam
mesyuarat kurikulum kali 1 telah menetapkan TOV di ambil dari Peperiksaan
Akhir Tahun 2016. Manakala ETR pula penambahan 5 markah dari TOV.
2.5 Guru juga diminta melengkapkan sudut Bahasa Melayu di dalam kelas dengan
maklumat dan topik semasa.
2.6 LINUS adalah salah satu sub dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional
(NKRA) Kementerian Pendidikan.
2.7 Guru Besar juga mengharapkan kerjasama dan komitmen semua guru Bahasa
Melayu meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu selaras dengan
Aspirasi Kedah Unggul 2020.

Makluman : Semua guru panitia

3.0 DSKP, RPT DAN RPH

3.1 Semua guru Bahasa Melayu perlu ada DSKP dan RPT bagi tahun 2017.
3.2 DSKP perlu difotostat untuk dimasukkan ke dalam fail panitia.
3.3 Panitia telah mewujudkan fail untuk tujuan tersebut. Semua Sukatan Pelajaran
(SP), HSP dan RPT telah dimasukkan ke dalam fail sebagai rujukan guru.
3.4 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru agar melengkapkan buku rekod
mengajar. Perkara yang perlu ada dalam RPH adalah:
[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

3.4.1 Tema
3.4.2 Tajuk
3.4.3 Objektif
3.4.4 Aktiviti
3.4.5 Refleksi
3.5 Buku rekod mengajar perlu dibawa bersama semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
3.6 Bagi guru bahasa yang mengajar murid LINUS, RPH LINUS perlu ditulis
bersama RPH arus perdana.
3.7 Masukkan objektif, aktiviti dan refleksi murid LINUS.
Makluman : Semua guru panitia
4.0 BUKU LATIHAN – PENANDAAN/ PEMBETULAN/ KEKEMASAN, P&P-
BERKUALITI/ PENGGUNAAN ICT/ BBM/ MMI

4.1 Buku latihan

4.1.1 Buku latihan perlu disemak oleh guru dari masa ke semasa supaya dapat
mengenal pasti kelemahan murid.
4.1.2 Setiap kesalahan murid perlulah dibuat pembetulan.

4.2 P&P- Berkualiti/ Penggunaan ICT/ BBM/ MMI

4.2.1 Guru bahasa digalak menggunakan ICT seperti Web TV semasa pdp.
4.2.2 Puan Fadhilah mencadangkan agar meletakkan TV di dalam kantin bagi
tujuan tersebut.
4.2.3 Penggunaan buku teks sebagai salah satu BBM dibolehkan semasa pdp.
Pada tahun 2015 soalan peperiksaan telah diambil daripada buku teks yang
berbentuk soalan (KBAT).
4.2.4 Melindungi Masa Instruksional (MMI) menekankan tentang keberadaan
guru di dalam kelas supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan.
4.2.5 Panitia juga telah membincangkan tentang Pendidikan Keselamatan Jalan
Raya (PKJR).
4.2.6 PKJR merupakan komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sejumlah 30 minit diperuntukkan untuk PKJR dan terkandung dalam
jadual waktu guru bahasa.

Makluman : Semua guru panitia


Tindakan : Semua guru panitia

5.0 FAIL PANITIA

5.1 Sistem fail masih mengekalkan format yang lama.


5.2 Terdapat 7 jenis fail panitia
5.2.1 Fail 01 : Mesyuarat Panitia
5.2.2 Fail 02 : Surat Menyurat
[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

5.2.3 Fail 03 : Maklumat Guru Panitia


5.2.4 Fail 04 : Dokumen Panitia
5.2.5 Fail 05 : Bank Soalan
5.2.6 Fail 06 : Post-mortem Peperiksaan
5.2.7 Fail 07 : Pengurusan Headcount
5.3 Setiausaha perlu mengemas kini isi kandungan fail dan disimpan di dalam bilik
Penolong Kanan Pentadbiran.

Makluman : Semua guru panitia


Tindakan : Setiausaha Panitia

6.0 PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI (PKB)

6.1 Buku rekod mengajar perlu dihantar untuk disemak mengikut jadual yang telah
ditetapkan kepada Guru Besar, PK Pentadbiran, PK HEM atau PK Kokurikulum.
( Jadual pemantauan rujuk Takwim Sekolah )
6.2 Buku rekod mengajar mesti dihantar setiap hari Khamis kepada pentadbir.
6.3 Pencerapan adalah seiring dengan pemantauan bilik darjah.

Makluman : Semua guru panitia

7.0 PEPERIKSAAN

7.1 Ujian bulanan akan dilaksanakan pada bulan Mac dan Julai. Manakala
Peperiksaan Pertengahan Tahun pada bulan Mei dan Peperiksaan Akhir tahun
pada bulan Oktober.
7.2 Selepas peperiksaan OT1, OT2 dan OT3 perlu buat dialog prestasi dan analisis
item bagi menyelaraskan intervensi yang perlu dijalankan untuk memantapkan
pencapaian murid.
7.3 Setiap soalan peperiksaan perlu sediakan Jadual Spesifikasi Item.

Makluman : Semua guru panitia

8.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

8.1 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) masih diteruskan.


8.2 Puan Habsah meminta guru mengisi data offline sekurang-kurangnya 2 kali
setahun.
8.3 Tapak bagi data perekodan telah disediakan.
8.4 Markah hendaklah diisi dari semasa ke semasa. Jangan tunggu hingga saat akhir
untuk mengelak kesesakan talian.
8.5 Guru-guru akan dimaklumkan apabila terdapat maklumat terkini tentang PBS.

Makluman : Semua guru panitia


[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

9.0 KONTRAK LATIHAN

9.1 Semua guru panitia dikehendaki menyediakan kontrak latihan mengikut kelas
yang diajar.
9.2 Kontrak latihan mingguan dan tahunan hendaklah dipamerkan di dalam
Buku Ringkasan Mengajar.
9.3 Jumlah latihan perlu sesuai mengikut aras murid.
9.4 Tahap 1 menggunakan buku aktiviti yang dibekalkan oleh KPM dan
memaksimumkan latihan tersebut.
9.5 Tahap 2 menggunakan buku aktiviti yang dibeli, buku penulisan (panjang), buku
ulasan dan buku lima ayat.
9.6 Bilangan jumlah buku terpulang kepada guru masing-masing.

Makluman : Semua guru panitia


Tindakan : Semua guru panitia

10.0 PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)

10.1 Pada tahun ini pihak sekolah belum menerima makluman terkini dari PPD tentang
PLBS.
10.2 Walaupun demikian guru perlu sentiasa bersedia sekiranya ada pemantauan.

Makluman : Semua guru panitia

11.0 PROTIM

11.1 Pada tahun 2016 tiada arahan rasmi dari PPD berkaitan PROTIM.
11.2 Guru boleh menggunakan modul lama sekiranya ingin menguji tahap pencapaian
murid.
11.3 Dilaksanakan kepada murid Tahap 2 kelas B.

Makluman : Semua guru panitia

12.0 NILAM

12.1 Program Nilam masih lagi diteruskan.


12.2 Di peringkat sekolah aktiviti NILAM dijalankan pada setiap hari Selasa.
12.3 Semua murid akan membaca buku yang disediakan oleh PSS di tapak
perhimpunan dengan dipantau oleh guru bertugas mingguan serta guru NILAM.
12.4 Maklumat dari hasil pembacaan buku akan ditulis dilam buku NILAM.
[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

12.5 Anugerah NILAM akan diberikan kepda murid yang banyak membaca pada Hari
Anugerah Cemerlang sebagai galakkan.

Makluman : Semua guru panitia


Tindakan : Guru Nilam

13.0 LINUS

13.1 Program LINUS merupakan dasar kerajaan untuk memastikan murid menguasai
3M dan diletakkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama (NKRA).
13.2 Pengerusi menyarankan agar satu program yang dapat membantu murid-murid
LINUS.
13.3 Guru yang berkelapangan diminta mengambil murid LINUS yang telah
ditetapkan.
13.4 Analisis Saringan 2, 2016

TAHUN JUMLAH TIDAK TIDAK JUMLAH % MENGUSAI


MURID MENGUASAI MENGUASAI MENGUASAI
(K1-K2) (K3-K12)
TAHUN 1 58 0 9 49 84.5%

TAHUN 2 73 0 10 63 86.3%

TAHUN 3 68 0 0 68 100%

Makluman : Semua guru panitia


Tindakan : Guru LINUS

14.0 PEMULIHAN KHAS

14.1 Pemilihan murid ke Kelas Pemulihan berdasarkan kepada keputusan Saringan 2


LINUS bagi murid tahun 2 dan 3.
14.2 Data murid pemulihan Januari 2017.

ENROL MURID JUM MURID TIDAK MENGUASAI LITERASI / IPP2M


BAKI
SEMUA OKU MURID
BIL. TAHUN MURID Melayu Cina India Lain-lain
MURID MENGIKUT
PEM.
(L+P) L P I L P L P L P L P

1 TAHUN 1 65 0 0 0 0 0 0 0 0

2 TAHUN 2 56 0 0 11 11 7 3 0 1

3 TAHUN 3 72 0 1 8 8 6 0 2 0

4 TAHUN 4 69 0 0 6 6 6 0 0 0

5 TAHUN 5 78 0 0 2 2 1 1 0 0
[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

6 TAHUN 6 80 0 0 1 1 1 0 0 0

JUMLAH 432 0 1 28 12 21 4 0 0 0 0 2 1

13.3 Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M) merupakan


instrumen yang digunakan bagi menguji pencapaian murid-murid pemulihan
tahap 2.
13.4 Pelaksanaan IPP2M akan diadakan pada bulan Mei dan Oktober setiap tahun.
13.5 Bagi murid tahun 4 yang belum menguasai kemahiran asas 3M, ujian IPP2M
akan dilaksanakan pada bulan Januari.
13.6 Waktu Bahasa Melayu yang diambil adalah 10 waktu bagi tahun 2 dan 10 waktu
tahun 3.
13.7 Hanya murid-murid tahap 1 sahaja yang diambil mengikuti kelas pemulihan khas.

Makluman : Semua guru panitia


Tindakan : Puan Zaleha

15.0 HEADCOUNT ( TOV & ETR 2017 )

15.1 Analisis UPSR 2016


14.1 GPS JPN KEDAH : 5.82
14.2 GPS PPD PENDANG : 3.53
14.3 GPS SEKOLAH : 3.45
14.4 GPS SKKB Bahasa Melayu : Pemahaman : 2.34 dan Penulisan : 2.34

15.2 Unjuran ETR 2017 berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun (TOV) 2016 dan UPSR
2016.

15.2.1 UPSR Bahasa Melayu Pemahaman

UPSR CALON A % B C D LULUS % E GAGAL GPS


2016 68 7 10.3 22 32.4 11 16.2 18 26.5 58 85.29 10 14.7 3.02
ETR 80 33 41.25 12 15 18 22.5 9 11.25 72 90 8 10 2.34
2017

15.2.2 UPSR Bahasa Melayu Penulisan

UPSR CALON A % B % C % D % LULUS % E GAGAL GPS


2016 68 5 7.4 12 17.6 20 29.4 22 32.4 59 86.76 9 13.2 3.24
ETR
2017 80 33 41.25 12 15 18 22.5 9 11.25 72 90 8 10 2.34

15.2.3 Bahasa Melayu ( Pemahaman )

TOV ETR
TAHUN CALON LULUS % TAHUN CALON LULUS %
[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

1 65
1 58 49 84.48 2 56 50 89.2
2 72 62 86.11 3 72 65 90.0
3 68 52 76.47 4 69 55 79.7
4 79 56 70.89 5 78 64 82.05
5 75 46 61.33 6 80 72 90

15.2.4 Bahasa Melayu (Penulisan)

TOV ETR
TAHUN CALON LULUS % TAHUN CALON LULUS %
2 3
3 68 51 77.27 4 69 56 81.15
4 79 51 64.56 5 78 65 83.33
5 75 50 66.67 6 80 72 90

15.3 TOV dan ETR bagi tahun 6 berdasarkan pencapaian UPSR tahun 2016.
15.4 Semua guru perlu menyediakan headcount bagi kelas masing-masing berdasarkan
Peperiksaan Akhir Tahun lepas.
15.5 Tahun 1, ETR berdasarkan ujian bulan Mac.
15.6 Perlu ada TOV, OT1, OT2, OT3, AR dan ETR.
15.7 Headcount yang disediakan perlu dimasukkan ke dalam buku ringkasan mengajar
dan satu salinan kepada setiausaha panitia untuk dimasukkan ke dalam fail
panitia.
15.8 Semak analisa pencapaian murid berdasarkan pencapaian headcount. Buat
perbandingan dan cari punca kemerosotan pencapaian sebenar.
15.9 Perancangan dan tindakan susulan (sediakan kumpulan murid ). Senaraikan
tindakan susulan, punca tidak dapat dicapai (cari zon kelemahan). Buat tindakan
dan perbaikinya.

Makluman : Semua guru panitia


Tindakan : Semua guru panitia

16.0 GURU GANTI TERANCANG

16.1 Guru yang tidak hadir ( kursus ) perlu menyediakan latihan sebelum bercuti
kepada murid bagi kegunaan guru ganti semasa waktu pdp tersebut.
16.2 Jadual ’relief’ perlu dimasukkan ke dalam buku rekod mengajar.
16.3 Keberadaan guru di dalam kelas penting sebagai langkah Melindungi Masa
Instruksional (MMI).

Makluman : Semua guru panitia


[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

17.0 AKTIVITI PANITIA

17.1 Pengerusi berharap panitia akan dapat digerakkan lebih aktif lagi.
17.2 Antara program panitia yang dirancang diperingkat sekolah adalah :
17.2.1 Nilam
17.2.2 Minggu Bahasa Melayu

17.2.2.1 Pertandingan Pidato


17.2.2.2 Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan 2
17.2.2.3 Pertandingan Sajak
17.2.2.4 Pertandingan Syair

17.2.3 Bulan Bahasa Melayu pada bulan Oktober (DBP)


17.2.4 LINUS / Pemulihan Khas

17.3 Program Kecemerlangan UPSR


17.3.1 Kelas Tambahn petang dan malam
17.3.2 Teknik Jawab Soalan

17.4 Pondok Panitia

Makluman : Semua guru panitia

18.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

18.1 Sehingga ke hari ini jumlah peruntukan kewangan panitia belum diperolehi.
18.2 Guru-guru yang hendak membeli BBM untuk memudahkan proses pdp
dikehendaki mengisi nota minta yang boleh diambil daripada Puan Khuzaimah di
pejabat.

Makluman : Semua guru panitia

19.0 BUKU STOK / INVENTORI

19.1 Setiap guru panitia yang mengambil barang panitia hendaklah mengisi dalam
buku stok.

Makluman : Semua guru panitia

20.0 HAL-HAL LAIN


[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

20.1 Encik Ahmad Ashadi memaklumkan murid Tahun 2B iatu Muhammad Lutfi
sering tidak menyiapkan kerja sekolah, tidak membawa buku dan suka
mengganggu kawan.
20.2 Encik Said menyatakan terdapat murid Tahun 4B yang belum membeli buku,
buku tidak cukup kerana digunakan oleh guru subjek lain dan juga ada murid
yang tahap pencapaian murid yang terlalu rendah. Ini menyebabkan kesukaran
guru untuk mengawal dan mengajar murid.
20.3 Encik Ismail meminta guru Tahap 2 bersama-sama membantu murid Tahun 6C.
Jika ada peluang dan ruang beri idea untuk peningkatan murid-murid tersebut.
20.4 Puan Fadhilah mencadangkan murid tahun 6 hanya dibenarkan terlibat dalam
aktiviti sukan dan ko-akademik setakat bulan Mac sahaja.
20.5 Encik Razak juga mencadangkan pihak sekolah melanggan akhbar didik setiap
hari Rabu bagi murid Tahap 2 sahaja.

Makluman : Semua guru panitia

21.0 UCAPAN PENANGGUHAN

21.1 Kejayaan panitia Bahasa Melayu merupakan penyumbang utama dalam penetapan
GPS sekolah dengan gred purata 2.3 untuk membantu GPS sekolah.
21.2 Bagi tujuan tersebut seramai 30 orang murid perlu mendapat A.
21.3 Terima kasih kepada semua guru. Harapan apa yang telah dibincangkan dapat
bersama-sama kita laksanakan dengan baik.

22.0 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.22 petang.

Disediakan oleh.

..............................................
(ZALEHA BINTI MORAT)
Setiausaha Panitia BM
SK Kampong Baru.

Disemak oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ................................................
(ZAWAWI BIN OSMAN) Guru Besar,
[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

Ketua Panitia BM SK Kampong Baru.


SK Kampong Baru
[CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KELIMA ] 2018

BIL AGENDA CATATAN

Anda mungkin juga menyukai