Anda di halaman 1dari 12

Nama : _____________________________________ Kelas : ______________

011 011
Bahasa
Malaysia
PPT
2015
50 minit

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN


MODUL FOLUS : 2015
SET 6

011 – BAHASA MELAYU


Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 2 011 – KLON UPSR

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

011 Pengesanan PertengahanTahun : Tahun 2010

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B,
C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.
Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1


1 __________ telah bermesyuarat untuk mengatasi masalah
yang melanda syarikat tersebut.
A Dia
B Beliau
C Mereka
D Baginda
Gambar 1

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2


2 Pak Din memotong kayu itu __________ gergaji yang baru
dibelinya semalam.
A oleh
B akan
C dengan
D daripada
Gambar 2

3 Encik Tan berniaga barangan runcit __________ menjadi pembeli barangan kitar semula.
A dan
B lalu
C maka
D tetapi

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 3 011 – KLON UPSR

4 “Bas ekspress dari selatan ke __________ akan sampai


sebentar lagi,” kata Salmi kepada kawannya.
A jeti
B kiri
C darat
D utara
Gambar 3

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4


5 “__________lah jamah hidangan yang saya sediakan,” kata
Nazri kepada rakan-rakannya.
A Sila
B Minta
C Tolong

Gambar 4

6 Oleh sebab selalu berangan-angan, Muhammad Shahrul __________ apabila namanya


dipanggil oleh Cikgu Hanizan.
A disentak
B tersentak
C bersentak
D menyentak

7 Ustaz Hanafi terpaksa menggunakan __________ buat sementara waktu kerana komputer
ribanya rosak.
A mesin taip
B mesin kira
C mesin jahit
D mesin cetak

Soalan 8 berdasarkan Gambar 5


8 __________ orang pelancong sedang mandi-manda di
Pantai Teluk Batik.
A Segala
B Sekalian
C Beberapa

Gambar 5

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 4 011 – KLON UPSR

9 Encik Muhammad Amiruddin membeli __________ tanah kebun di hujung kampung itu
untuk dijadikan dusun buah-buahan.
A seulas
B sebuah
C sebidang
D selembar

Soalan 10 berdasarkan Gambar 6


10 Cikgu Zahidi mengajar anak muridnya cara menggunakan
__________ yang betul.
A kekisi
B tetikus
C bebola
D kekunci
Gambar 6

11 Persatuan Rebana di kampung itu __________ kerana tidak mendapat sambutan.


A didirikan
B dinaikkan
C ditubuhkan
D dibubarkan

Soalan 12 berdasarkan Gambar 7


12 Anak kucing yang dijumpai oleh Mei Lan di dalam longkang
itu __________ comot.
A betul
B benar
C sekali
D sangat
Gambar 7

13 Dua orang __________ kembar Puan Zakiah yang lahir pada tahun baharu 2007 itu diberi
nama Suhana dan Suzana.
A anak bapa
B cahaya mata
C anak tunggal
D saudara baru

Soalan 14 berdasarkan Gambar 8

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 5 011 – KLON UPSR

14 __________ yang dihidangkan semasa kenduri kahwin


kakaknya itu sungguh sedap rasanya.
A Kuih-muih
B Lauk-pauk
C Sayur-mayur

Gambar 8

15 Tukang masak di hotel itu menggunakan __________ yang bermutu tinggi sahaja untuk
melazatkan masakannya.
A sayur-mayur
B rempah-ratus
C rumput-rampai
D tulang-temulang

Soalan 16 berdasarkan Gambar 9


16 Suhaimi dan datuknya __________ buah-buah durian itu
dan memasukkannya ke dalam raga besar.
A mengutip
B menyusun
C membelah

Gambar 9

17 Adik __________ pintu bilik dengan kuat hingga abangnya terjaga daripada tidur.
A menutup
B mengunci
C membuka
D mengelap

Soalan 18 berdasarkan Gambar 10


18 Air sungai itu __________ kerana banyak sampah sarap
yang dibuang ke dalamnya.
A keruh
B kelam
C kering
D kusam
Gambar 10

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 6 011 – KLON UPSR

19 Orang kaya yang __________ itu telah menderma sejumlah wang bagi membina sebuah
surau di kampungnya.
A periang
B pembelit
C peramah
D pemurah

20 Terdapat pelbagai jenis kuih dan lauk dijual di pasar Ramadhan itu setiap hari, mulai pukul
2.00 petang.
Perkataan seerti bagi pelbagai ialah
A semua
B banyak
C beraneka
D sebahagian

21 Pemuda itu berasa bimbang untuk meneruskan perjalanannya kerana cuaca buruk dan
hujan yang sangat lebat.
Perkataan berlawan bagi bimbang ialah
A yakin
B curiga
C khuatir
D waspada

22 Apakah yang dilakukan oleh kedua-dua orang murid itu?


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Mereka yang menconteng dinding makmal komputer itu.
B Mereka mengecat dinding makmal komputer pada hari Sabtu.
C Mereka sedang melukis mural pada dinding makmal komputer.
D Mereka telah menyiapkan mural pada dinding makmal komputer.

23 Syarikat itu terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian yang teruk akibat banjir besar.
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas.
A Mengapakah syarikat itu terpaksa ditutup?
B Di manakah letaknya syarikat yang terpaksa ditutup itu?
C Siapakah yang menyebabkan syarikat itu terpaksa ditutup?
D Berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh syarikat itu?

Soalan 24

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 7 011 – KLON UPSR

Pilih ayat seruan yang betul.

24 A Aduh, kamu pun ada di sini!


B Cis, berani engkau menyindir aku!
C Wah, terimalah hadiah pemberianku ini!
D Nah, cantik sungguh pemandangan di sini!

Soalan 25 dan Soalan 26


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25 I Gula pasir mudah parut dalam air panas.


II Encik Murad amat gemar makan sate parut lembu.
III Ahli gusti itu mempunyai parut pada bahagian mukanya.
IV Ibu menggantung parut kelapa supaya tidak dicapai oleh adik.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

26 I Husna belum lagi cerah buku cerita itu kepada adiknya.


II Mengikut ramalan cuaca, sepanjang hari ini diramalkan cerah.
III Daripada kesemua adik-beradiknya, hanya Erna yang bermata cerah.
IV Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai masa hadapan yang cerah.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

27 Opah sedang menjahit baju kebaya cucunya di ruang tamu rumahnya.


A Baju kebaya cucunya sedang dijahitnya di rumah ruang tamunya.
B Baju kebaya cucunya di ruang tamu rumahnya sedang opah jahit.
C Baju kebaya cucunya sedang opah dijahit di ruang tamu rumahnya.
D Baju kebaya cucunya sedang dijahit oleh opah di ruang tamu rumahnya.

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat yang betul.

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 8 011 – KLON UPSR

28 A Dia suka mengasari akan adik bongsunya itu.


B Ibu bertanyakan tentang khabar kakak di bandar.
C Budak yang berlesung pipit itu tidak adik Nur Naemah.
D Daerah Baling bukan di negeri Perak tetapi di negeri Kedah.

29 A Mereka-meraka ialah petani yang rajin dan gigih.


B Emak menyuruh kakak angkatkan kain ke ampaian.
C Pekerja itu sedang memperlebar jalan ke kampung saya.
D Pemuda itu sanggup berkorban demi untuk negara tercinta.

30 I Siput itu sedang merangkak ke atas batang kelapa muda itu.


II Jesbir Kaur amat gemar memakai baju yang berwarna garang.
III Sekiranya ingin berjaya, janganlah suka membuat kerja sambalewa.
IV Novel remaja terbaharu itu dapat diperolehi di mana-mana buku toko terkemuka.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kemalangan berlaku di mana-mana dan bila-bila sahaja, sekali pun di rumah. Di rumah,
kebanyakan kemalangan berlaku di dapur. Punca kemalangan ini adalah disebabkan kecuaian
penghuni rumah itu sendiri.
Kemalangan yang berlaku di dapur bukan saja mengakibatkan kecederaan yang kecil
tetapi juga mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda. Bagi mengelakkan kemalangan
tersebut, ikutilah langkah-langkah keselamatan yang berikut.
Janganlah meletakkan barang-barang yang besar lagi berat di tempat yang tinggi.
Sebaliknya, letakkanlah barang-barang tersebut di tempat yang rendah. Hal ini demikian untuk
mengelakkan barang-barang tersebut daripada terjatuh dan menghempap penghuni rumah.
Menjaga kebersihan lantai dapur dengan menggunakan cecair pencuci adalah amalan
yang baik. Namun demikian, pastikan lantai yang telah dicuci itu dilap hingga benar-benar
kering. Jika tidak, kemalangan boleh berlaku seperti, terjatuh, terseliuh atau tergeliat akibat
tergelincir di atas lantai yang licin itu.
Sesudah masak-memasak, eloklah pili gas pada dapur gas dan pada tangki gas ditutup.
Dengan berbuat demikian, kemungkinan berlakunya letupan oleh gas yang terkeluar akan
dapat dielakkan. Dalam masa yang sama, pastikan percikan minyak ke atas lantai ketika
memasak dibersihkan dan dilap. Kesan minyak ini boleh menyebabkan seseorang terjatuh.

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 9 011 – KLON UPSR

Sebenarnya ada beberapa lagi langkah keselamatan yang harus diamalkan oleh
penghuni rumah. Kesemuanya dapat dilakukan dengan mudah. oleh itu, beringat-ingat dan
berpeganglah kepada langkah keselamatan yang dicadangkan. Janganlah berbuat acuh tak
acuh atau mengambil mudah sahaja. Keselamatan terjaga keluarga bahagia.

31 Apakah punca berlakunya kemalangan di rumah?


A Kecuaian penghuninya
B Ketegasan penghuninya
C Ketenangan penghuninya
D Ketangkasan penghuninya

32 Untuk mengelakkan tergelincir di atas lantai yang basah, kita mestilah


A mengelap lantai itu.
B menyental lantai itu.
C menyabun lantai itu.
D membasuh lantai itu.

33 Kemalangan di rumah boleh mengakibatkan perkara yang berikut kecuali


A Kehilangan nyawa
B Kecederaan parah
C Keletihan penghuninya
D Kemusnahan harta benda

34 Perkataan tergeliat dalam petikan membawa maksud


A salah urat
B salah tulang
C salah rangka

35 Pada pendapat kamu, apakah tajuk yang paling sesuai untuk petikan di atas?
A Cara menjaga kebersihan di rumah
B Cara mengelakkan kemalangan di rumah
C Cara mengemas barang-barang di rumah
D Cara merawat kecederaan ringan di rumah

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 10 011 – KLON UPSR

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SABTU, 27 JANUARI 2007

5.30 pagi
Saya bangun lebih awal kerana hendak pergi ke Taman Medan, Petaling Jaya. Pada hari ini,
pak long saya akan melangsungkan kenduri perkahwinan anak perempuan sulungnya. Selepas
mandi dan bersarapan, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk bertolak ke destinasi yang
telah kami rancang sebulan yang lalu.

7.00 pagi
Tepat pada pukul 7.00 pagi, kami sekeluarga bertolak ke Petaling Jaya. Cuaca baik pada pagi
itu. Keadaan jalan raya yang kurang sibuk menjadikan perjalanan kami ke rumah pak long
menyeronokkan. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah
Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Meru. Kami singgah di Tanjung Karang
untuk membasahkan tekak.

10.45 pagi
Kami tiba di Taman Medan, Petaling Jaya. Kami disambut oleh Pak Long Hamdan dengan
penuh kegembiraan. Kami berbual-bual dengan Pak Long Hamdan dan Mak Long Halimah.
Kemudian, ibu dan kakak saya ke bilik pengantin kerana hendak menyerahkan hadiah dan
mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baharu’ kepada Kakak Norhayati.

12.00 tengah hari


Para jemputan telah membanjiri keempat-empat khemah tetamu. Saya dan saudara mara yang
lain turut membantu melayan para tetamu yang hadir. Saya mengangkat hidangan untuk para
tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis itu. Para tetamu dan jemputan dihadiahi bunga
telur yang menarik serta berwarna-warni sebagai tanda hati daripada tuan rumah.

2.00 petang
Rombongan pengantin lelaki tiba tepat pada masa yang telah dijanjikan. Pengantin lelaki diarak
dengan paluan kompang. Kemudian, kedua-dua pasangan mempelai menikmati hidangan
‘Makan Beradab’ bersama-sama keluarga terdekat. Kakak Norhayati dan suaminya kelihatan
sama cantik dan sama padan seperti pinang dibelah dua.

5.00 petang
Kami bersalam-salaman dengan Pak Long Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak
Long Halimah membekalkan lauk-pauk dan bunga telur kepada kami. Kakak Norhayati dan
suaminya pula memberitahu kami bahawa mereka akan bertandang ke rumah kami pada
minggu hadapan. Ayah memulakan perjalanan pulang.

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 11 011 – KLON UPSR

36 Majlis kenduri perkahwinan itu diadakan di


A Petaling Jaya.
B Taman Medan.
C Kuala Selangor.
D Tanjung Karang

37 Siapakah yang bergelar ‘Pengantin Baharu’ pada 27 Januari 2007 yang lalu?
A Anak lelaki penulis
B Sepupu lelaki penulis
C Anak perempuan penulis
D Sepupu perempuan penulis

38 Jika penulis singgah minum di Tanjung Karang selama tiga puluh minit. Berapa lamakah
perjalanan penulis ke Taman Medan?
A Tiga jam 15 minit
B Tiga jam 30 minit
C Tiga jam 45 minit

39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.


A Penulis merupakan anak pertama dalam keluarganya.
B Pak Long Hamdan ialah abang kepada ibu dan bapa penulis.
C Bunga telur merupakan tanda hati tuan rumah kepada para jemputan.
D Penulis dan keluarganya memulakan perjalanan pulang pada pukul 5.00 petang.

40 Perkataan mempelai dalam petikan membawa maksud


A tetamu
B sepupu
C jemputan
D pengantin

- KERTAS SOALAN TAMAT -

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM
Modul Fokus Lulus (FOLUS) 12 011 – KLON UPSR

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN 2010


BAHASA MELAYU (FOLUS) : TAHUN 6

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
C C A D A B A C C B

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
D D B B B A A A D C

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
A C A B D C D D C B

31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
A A C A B B D A A D

*Taburan Jawapan : A = 13 B = 09 C = 09 D = 09

PENGESANAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2015


DISEDIAKAN OLEH : UNIT BAHASA MELAYU PPD SABAK BERNAM

Anda mungkin juga menyukai