Anda di halaman 1dari 4

1.

0 TAJUK PROGRAM
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2017

2.0 PENGENALAN
Dalam meningkatkan prestasi murid dari segi akademik, kita perlu sedar
bahawa murid-murid adalah golongan yang mempunyai peranan yang besar
dalam mencorakkan masa hadapan negara. Mereka perlu dibimbing sebaik-
baiknya, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani, emosi dan
jasmani seperti yang terhasrat dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Justeru itu, satu pendekatan khusus yang lebih sistematik dan terancang
perlu segera diambil pada peringkat awal ini bagi memberi peluang kepada
murid meningkatkan lagi potensi dan keazaman diri dan seterusnya membantu
murid meningkatkan keazaman dan kesungguhan bagi berusaha mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2017 ini.

3.0 MATLAMAT

 Meningkatkan tahap kefahaman murid tentang teknik menjawab yang


berkesan dan efektif.

 Setiap pelajar didedahkan dengan kemahiran menjawab dengan cara yang
betul dan efektif.

 Meningkatkan cara pengurusan sebagai calon UPSR


4.0 OBJEKTIF
 Bagi meningkatkan pencapaian pangkat A dan kualiti bagi setiap mata
pelajaran yang diambil melalui teknik menjawab yang betul.

 Membantu murid meningkatkan kemahiran belajar dan kefahaman murid
tentang cara belajar yang berkesan.

 Bagi membina semangat berlumba-lumba bagi meningkatkan prestasi
akademik.
SJK(T) Natesa Pillay

 Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan


mengendalikan pengurusan masa yang betul bagi seorang pelajar.

 Membina keyakinan pelajar bahawa mereka berpotensi untuk berjaya dalam
pelajaran serta menjadi individu, pelajar dan pemimpin yang cemerlang.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid Tahun 6 SKSS2
Jumlah Murid : 127 Orang Murid

6.0 TARIKH DAN MASA YANG DICADANGKAN


Tarikh : 25 Julai 2017
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 t/hari
7.0 TEMPAT YANG DICADANGKAN
Dewan SKSS2

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : En. Mohd Kaman bin Awang


(Guru Besar SKSS2)

Penasihat : En. Adnan bin Sulong


(PK Pentadbiran SKSS2)

Setiausaha : En.K.Premkumar
Penyelaras Program Teknik Menjawab Soalan UPSR
Bendahari : Cik. K. Shalini
AJK : Guru-Guru Mata Pelajaran Tahun 6
SJK(T) Natesa Pillay
SJK(T) Ladang Sussex
SJK(T) Dato Sithambaram Pillay
SJK(T) Natesa Pillay

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM


 Pihak sekolah bermesyuarat untuk memutuskan penceramah yang bakal
dijemput untuk mengisi slot Bengkel Kecemerlangan UPSR.

 Bengkel ini akan diadakan selama satu hari hari pada pagi hari. Jadual
perlaksanaan bengkel ini akan diadakan pada bulan Julai :

Tarikh & Masa Penceramah

Pn Norhaida
(Kump Elit)
26 Julai 2017
Puan Izzarina
(Kump Halus)
SJK(T) Natesa Pillay

 Guru mata pelajaran Tahun 6 diwajibkan hadir bersama pada hari bengkel
dijalankan dan berperanan untuk membantu penceramah untuk mengendalikan
LCD sekiranya diperlukan sewaktu bengkel tersebut berlangsung.

 Semua guru mata pelajaran yang berkaitan adalah digalakkan untuk hadir
bersama sewaktu bengkel ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran guru
dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlah
Bil Perkara
(RM)

Bayaran Penceramah
1 4 x RM150 700.00
1 x RM 100
2 Bahan Fotostat 20.00

3 Makanan 25.00

Jumlah Keseluruhan 745.00

12.0 PENUTUP

Semoga bengkel menjawab kertas peperiksaan UPSR 2017 ini dapat


dijalankan dengan jayanya serta dapat mencapai objektif seperti yang
diinginkan. Di samping itu, ia juga turut diharapkan dapat meningkatkan lagi
keyakinan diri murid untuk menghadapi UPSR yang akan datang. Kerjasama
antara ahli jawatankuasa, kakitangan sekolah dan murid-murid adalah sangat
dialu-alukan dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(RASYILAWATI ABD RASHID) (MOHD KAMAN BIN AWANG)


Setiausaha Guru Besar,
Panitia Bahasa Inggeris SK Sultan Sulaiman II
SK Sultan Sulaiman II

Anda mungkin juga menyukai