Anda di halaman 1dari 2

Mungkin, kelihatannya amat sukar bagi sesiapapun – khasnya mereka

yang berada di persekitaran universiti - untuk menelan sedemikian

mudah kenyataan yang menyebut bahawa pengangguran siswazah di

negara ini semakin meruncing. Lebih-

lebih lagi apabila kebimbangan serupa itu ditujukan terus kepada


institusi pendidikan awam negara, yang seolah-olah memberi
gambaran bahawa dari semasa ke

semasa, perbandingan sentiasa dibuat dengan institusi pendidikan swasta.

Lalu mereka yang tidak berpuas hati, mungkin akan

mengajukan soalan “Benarkah IPTS lebih baik daripada IPTA?”

Namun persoalan yang penting untuk

difikirkan di sini bukanlah sama ada kualiti pendidikan antara IPTA dan
IPTS itu yang sebenarnya lebih dititikberatkan, kerana bukan itu pokok
persoalan yang

dibentangkan dalam kertas ini, sebaliknya isu ini lebih berkaitan

dengan governans, iaitu kedudukan kerajaan selaku “pemegang

saham” yang mengamanahkan seluruh IPTA untuk beroperasi dengan

cara terbaik demi kemanfaatan rakyat seluruhnya (yang merupakan

pemodal secara tidak langsung).

Soal peninggian kualiti perkhidmatan, pentadbiran, dan

universiti dalam memberikan pendidikan berkualiti adalah persoalan

asas yang releven di sini. Isu pengangguran perlu dibaca bersama-

sama dengan pengembangan dan pembangunan pendidikan, selain

daripada faktor-faktor lain yang dikatakan menyebabkan meningkatnya

bilangan siswazah menganggur. Adakah sebarang kaitan, misalnya isu

kekurangan tenaga kerja dalam “bidang-bidang khusus” seperti yang


ditonjolkan oleh Kementerian Sumber Manusia, dengan isu

pengangguran siswazah? Tentu sahaja isu ini menjadi penting

sehinggakan kerajaan terpaksa mempertimbangkan untuk membawa

masuk pekerja-pekerja mahir dan separa mahir

Anda mungkin juga menyukai