Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 20117 SK Sawah Dato’

.‫السالم عليكم ورحمة هللا و بركاته‬.‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Yang berusaha, Encik Zulkifli bin Mohd Amin, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’

Yang dihormati encik Khairul Asmadi bin Abu Bakar, Penolong Kanan Kurikulum,

Puan Hajah Ramlah binti Ismail, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, encik ishak bin
mohd bakri, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke


hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya
jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan
hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan
melalui program-program sebegini.

#############

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah
tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan ustaz Hasanus Syazili bin abd Hadi untuk
memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

Amin..ya rabbal alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu
tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Encik Zulkifli bin Mohd Amin,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sawah Dato’

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Khairil Wan Mahmood


untuk memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

#########

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.Namun,
majlis kita masih belum selesai.

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran bagi murid-


murid Tahun 6 yang telah selesai mengkhatam Al-Quran.
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang berusaha Encik Zulkifli bin
Mohd Amin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sawah
Dato’untuk menyampaikan cenderamata
tersebut.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan anak-anak yatim SK Sawah


Dato’, dijemput

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan


sempena ihya ramadhan yang diadakan pd 13 hingga 20 jun 2017

Bagi pertandingan mewarna

Bagi pertandingan kuiz ramadhan

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Puan
Hajah Norhayati bt. Saad atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil s
ebentar tadi.

#########

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Puan Hajah Norhayati bt.
Saad atas kesudian menyampaikan tanda hati sebentar tadi.
Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya mewakili seluruh
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Qur’an tahun 2017, ingin
mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung
mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya
Allah.

kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-
`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Anda mungkin juga menyukai